peperiksaan | ujian yg diadakan utk menguji pengetahuan (kebolehan dll) seseorang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
peperiksaan | ujian (utk menentukan kebolehan atau kepandaian seseorang): kira-kira 60% sahaja penuntut-penuntut sekolah itu masuk ~ Sijil Rendah Pelajaran; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peperiksaan | ujian yg diadakan utk menguji pengetahuan (kebolehan dll) seseorang. | Kamus Pelajar |
mengambil peperiksaan (ujian) | menyertai sesuatu peperiksaan atau ujian. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
soalan bocor | soalan (peperiksaan, ujian dsb) yg sudah diketahui sebelum peperiksaan, ujian dsb dijalankan: mereka mendapat ~ bocor SPM drpd pemuda itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
soalan | sesuatu yg ditanyakan (dlm peperiksaan dll), pertanyaan: jawab lima drpd tujuh soalan yg di bawah ini; ~ bocor soalan (peperiksaan, ujian dsb) yg sudah diketahui sebelum peperiksaan, ujian dsb dijalankan: mereka mendapat ~ bocor SPM drpd pemuda itu; ~ ramalan soalan yg diramalkan akan keluar atau ditanyakan dlm peperiksaan, ujian dsb: dlm saat-saat akhir ini, Siti mahu memberi perhatian kpd ~ ramalan serta tip yg diberi oleh guru. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengambil ujian | a) menduduki sesuatu ujian (peperiksaan di sekolah, ujian memandu kereta, dll); b) Id memberi peperiksaan, memeriksa (guru dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tempuh;menempuh | 4 turut serta; mengikuti (kursus dll); menjalani peperiksaan, ujian dsb; menyertai: Tiap-tiap tahun beribu-ribu orang murid akan ~ peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. | Kamus Pelajar |
markah | 1. tanda, tanda pd tali penduga; garis ~ garis tanda; 2. angka yg diberikan pd mata pelajaran dlm peperiksaan dll (sbg ukuran bagi mutu jawaban kpd soalan): dia berazam hendak mendapat ~ yg tertinggi dlm ujian tawarikh nanti; memarkahi memeriksa dan memberi markah kpd (kertas jawaban peperiksaan dsb): kertas jawaban mereka tidak dikenali oleh orang-orang yg ~ kertas itu; pemarkahan perihal (cara dsb) memberi markah kpd sesuatu, penentuan atau pemberian markah: ~ ujian ini ialah 100% objektif; pemarkah pemeriksa atau penguji yg memberikan markah: ~ tidak mempunyai ruang utk berlaku tidak adil; ujian berbentuk esei juga boleh diberi markah secara objektif, tetapi biasanya agak sukar dan ~ cenderung utk menjadi subjektif. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
soal | 1 = soalan 1 apa-apa yg ditanyakan dlm peperiksaan dll; apa-apa yg memerlukan jawapan; pertanyaan: Segala ~ ttg urusan bank akan dijawab oleh Encik Sanusi. 2 sesuatu perkara yg sulit atau rumit yg perlu diselesaikan; masalah: ~ wang, engkau jangan khuatir. bersoal memberikan soal; bertanya: ~ jawab saling memberikan soalan dan jawapan. menyoal mengemukakan soal (yg sulit-sulit); menanyakan sesuatu (dlm peperiksaan dll): Pihak polis telah ~ tiga orang pemuda yg disyaki merompak. mempersoalkan menjadikan sesuatu sbg soal atau sbg masalah: Kita tidak boleh ~ hal-hal politik dlm majlis kita ini. persoalan sesuatu yg dipersoalkan; masalah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |