pepohon serupa(similar tree) | Pepohon struktur data yang mempunyai struktur atau bentuk yang sama. Dua pepohon adalah serupa berdasarkan jumlah buku atau akarnya yang sama dan rupa bentuknya yang serupa. | Kamus Komputer |
pepohon minimum(minimal tree) | Struktur pepohon yang mempunyai nod hujung yang tersusun untuk membolehkan pepohon digunakan dengan optimum. | Kamus Komputer |
pepohon | pohon-pohon. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pepohon keputusan(decision tree) | Perwakilan maklumat bergambar tentang pilihan yang wujud dalam keadaan yang hendak dibuat keputusan. | Kamus Komputer |
pepohon terpencong(skewed tree) | Pepohon struktur data yang tidak seimbang. | Kamus Komputer |
pepohon tertib(ordered tree) | Struktur data berbentuk pepohon yang teratur kerana susunan buku dan rantingnya dipentingkan. | Kamus Komputer |
pepohon tak tertib(unordered tree) | Struktur data berbentuk pepohon yang tidak teratur kerana susunan buku dan rantingnya tidak dipentingkan. | Kamus Komputer |
pepohon perentangan(spanning tree) | Subgraf bagi graf yang berbentuk struktur pepohon dan mengandungi semua nod graf asal. | Kamus Komputer |
pepohon hurai(parse tree) | Struktur berbentuk pohon yang menyatakan struktur sintaks sesuatu ayat, bebas daripada sebarang konteks. Pepohon ini biasanya dijanakan pada peringkat awal penyusunan atur cara. | Kamus Komputer |
isihan pepohon(tree sort) | Kaedah pengisihan yang dilakukan dengan menukarkan butiran pada ranting sebagai nod untuk pepohon. Apabila sesuatu butiran sampai ke nod akar, butiran itu akan ditukarkan kepada nod daun yang terkecil. Sinonim isihan timbunan. | Kamus Komputer |