peragut | orang (penjahat) yg meragut dan melarikan sesuatu barang yg sedang dipakai atau dibawa oleh seseorang: Pelancong menjadi sasaran ~ bermotosikal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
peragut | orang (penjahat) yg meragut dan melarikan sesuatu barang yg sedang dipakai atau dibawa oleh seseorang: pelancong asing juga sering menjadi sasaran ~ bermotosikal; dlm kejadian itu, ~ melarikan beg tangan seorang wanita yg sedang membeli-belah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ragut | ; meragut 1 menarik dgn paksa; menyentak; merenggut: Seorang pemuda telah ~ tas tangannya ketika ia sedang membeli-belah. Kalung emas yg dipakai-nya telah diragut. 2 memakan rumput hidup dll (bkn lembu, kambing dll): Lembu-lembu itu dibiarkan ~ rumput di padang. ~ nyawa menyebabkan mati dgn tiba-tiba: Kemalangan ngeri itu telah ~ nyawa pemandu tsb. peragut orang (penjahat) yg meragut dan melarikan sesuatu barang yg sedang dipakai atau dibawa oleh seseorang: Pelancong menjadi sasaran ~ bermotosikal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ragut | ; meragut 1. menarik (menyentak, merabut, mencabut) dgn paksa atau dgn kekuatan: tas tangannya diragut perompak; 2. memakan rumput hidup dsb (bkn lembu, kambing, dll): yg meragut-ragut rumput, itulah kerbau; 3. ki mencabut, merampas, menyebabkan kehilangan (sesuatu) secara paksa (tiba-tiba dsb): dia berasa dirinya diperlakukan secara tidak adil apabila ke-bahagiaannya yg tinggal secebis itu diragut dgn tiba-tiba; ~ nyawa menyebabkan mati dgn tiba-tiba: kemalangan itu telah ~ nyawa pemandu tersebut; ragutan hasil meragut; peragut orang (penjahat) yg meragut dan melarikan sesuatu barang yg sedang dipakai atau dibawa oleh seseorang: pelancong asing juga sering menjadi sasaran ~ bermotosikal; dlm kejadian itu, ~ melarikan beg tangan seorang wanita yg sedang membeli-belah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |