Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ra.hu] | ڤراهو

Definisi : sj kenaikan (drpd kayu dll) di air dan biasanya tidak mempunyai geladak, sampan besar; ~ jalur sj perahu yg dibuat drpd sebatang kayu yg dibelah dua, dikorek isi tengahnya dan dibentuk spt perahu; ~ kura sj kapal perang lama; ~ lading perahu yg kecil panjang dibuat drpd sebatang kayu; ~ layar perahu yg mema­kai layar; ~ mayang (payang, pemayang, pukat) perahu utk memukat di laut; ~ som sj perahu perang yg kecil dan laju; ~ bertambatan, dagang bertepatan prb teratur dan kena pd tempatnya (perdaga­ngan); ~ papan bermuat intan prb sesuatu yg tidak layak diperjodohkan; ibarat ~ takkan karam sebelah prb dua orang yg bersyarikat dll jika rugi tentulah ditanggung oleh kedua­duanya; terlangsung ~ boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik prb sebelum mengeluarkan perkataan hendaklah berhati­hati, kalau sudah terlanjur tidak dapat ditarik balik; berperahu menaiki perahu: mereka lari ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ra.hu] | ڤراهو

Definisi : kenaikan di air yg dibuat drpd sebatang kayu yg ditebuk dan tidak bergeladak. ~ getah pelampung yg berbentuk perahu dan dibuat drpd getah (biasanya digunakan ketika kecemasan di laut dll). berperahu menaiki perahu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perahu (kata nama)
Bersinonim dengan sampan, gurap, sambuk, sagur, biduk, baluk, tongkang, sekoci, selob, selup;,
Kata Terbitan : berperahu,

Puisi
 

Perahu belayar menyusur arus,
     Patah kemudi susur di pantai;
Baik cari cindai yang halus,
     Alah beli menang dipakai.


Lihat selanjutnya...(152)
Peribahasa

Perahu papan bermuat intan.

Bermaksud :

Sesuatu yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Penyapu diikat sutera, b. Permata lekat di pangkur, c. Seperti penyapu bersimpai dengan benang sutera, d. Seperti sapu diikat dengan benang sutera).

 

Lihat selanjutnya...(39)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mayang II; perahu ~ perahu utk menangkap ikan di laut; perahu pukat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sagur; perahu ~ perahu yg diperbuat drpd batang kayu.Kamus Dewan Edisi Keempat
gebeng I(gébéng); perahu ~ perahu yg mempunyai bilik yg kecil.Kamus Dewan Edisi Keempat
pair I1. peronda atau penjaga keamanan di laut: dialah yg menjadi suluh dan ~; 2. = perahu ~ perahu yg meronda di laut (utk menjaga keamanan; berpair-pair belayar pulang balik (utk men­jaga keamanan di laut); memair meronda dgn perahu (di laut): maka titah Raja, “Kapitanlah kita suruh pair di laut”; memairi merondai atau mengawali (laut) dgn perahu (kapal); pemair 1. perahu (kapal) pair, kapal peron­da; 2. kapal penjajah.Kamus Dewan Edisi Keempat
pemayangsj jaring yg besar, pukat; perahu ~ perahu yg digunakan nelayan utk menangkap ikan dgn jaring besar; ®payang I, mayang IV.Kamus Dewan Edisi Keempat
memperkerumunkanark mengerumuni: maka dikerumunkanlah oleh perahu-perahu Siak itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengerumunkanark mengerumuni: maka dikerumunkanlah oleh perahu-perahu Siak itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
hiruk-pirukkeadaan riuh-rendah, sibuk dan bising, gempar, huru-hara: dlm ketika ~-pikuk itu, perahu-perahu lanun bertempiaran lari arah ke selatan; ketawa hilai yg bercampur dgn ~-pikuk suara orang yg mabuk;Kamus Dewan Edisi Keempat
hiruk-pikuk= ~-piruk keadaan riuh-rendah, sibuk dan bising, gempar, huru-hara: dlm ketika ~-pikuk itu, perahu-perahu lanun bertempiaran lari arah ke selatan; ketawa hilai yg bercampur dgn ~-pikuk suara orang yg mabuk;Kamus Dewan Edisi Keempat
hiruk; ~-pikuk = ~-piruk keadaan riuh-rendah, sibuk dan bising, gempar, huru-hara: dlm ketika ~-pikuk itu, perahu-perahu lanun bertempiaran lari arah ke selatan; ketawa hilai yg bercampur dgn ~-pikuk suara orang yg mabuk; menghiruk membuat huru-hara (gempar, ribut, bising, dll): kampung itu bising sekali, dihiruk dgn pelbagai bunyi yg tidak dapat ditentukan; menghirukkan menjadikan gempar (bising dll), menggemparkan; penghiruk orang yg suka membuat gempar (gaduh dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas