tunggal | 1. tidak ada yg lain lagi, itulah sahaja, satu-satunya: bahasa Melayu sanggup dan mampu mengambil peranan sbg Bahasa Kebangsaan yg ~ pd tahun 1967; berdiri berkaki ~ = berdiri dgn kaki ~ sl berdiri dgn kaki sebelah; anak ~ anak yg seorang sahaja (tidak beradik berkakak); ejen ~ = wakil ~ wakil yg hanya satu; 2. Id bukan jamak; kata ~ mufrat; kalimat ~ Id ayat selapis; 3. tidak berbelah bagi (perasaan, fikiran), dgn sepenuh-penuhnya, bulat-bulat; dgn ~ hati dgn sepenuh hati; setunggal ark tidak berbeza, sama..., se...; ~ darah sama darahnya, seketurunan, sebaka; ~ darjat sama darjat (taraf); menunggalkan 1. menjadikan tunggal (tidak ada dua tiganya): rayuan mereka itu berlawanan dgn perjuangan hendak ~ bahasa kebangsaan; 2. membulatkan (me-musatkan) jadi satu, menyatukan; ~ diri menyatukan diri; ~ fikiran memusatkan (membulatkan, menumpukan) fikiran; ketunggalan 1. perihal tunggal, keesaan; 2. kebulatan (fikiran dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peran I | 1. pemain sandiwara; 2. pelawak dlm pertunjukan makyung, badut; 3. topeng pelawak; memerankan melakonkan peranan: jadi bung minta aku ~ bahagian-bahagiannya? peranan 1. pemain sandiwara, pelawak; 2. bahagian (sandiwara, pekerjaan, tugas) yg dipegang: bahasa Melayu sanggup dan mampu mengambil ~ sbg bahasa Kebangsaan yg tunggal; berperanan mempunyai peranan, memainkan (memegang) sesuatu peranan: dlm hal ini guru ~ sbg penasihat saja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sanggup | 1. bersedia (utk melakukan sesuatu dll), rela, sudi: tiada siapa yg ~ mendengar dongeng itu lebih lanjut; 2. boleh atau mampu (melakukan sesuatu): bahasa Melayu ~ meng-ambil peranan sbg Bahasa Kebangsaan di Tanah Melayu; pak ~ a) lelaki yg mengahwini perempuan yg sedang hamil (tetapi bukan dia yg menyebabkan kehamilan itu); b) cina buta; menyanggup sanggup melakukan sesuatu: janganlah kamu ~ saja; menyanggupi 1. menyatakan sanggup (utk melakukan sesuatu), menerima dan bersedia, merelai: demikian sumpah ayahku ketika permintaan itu diterima, dan engkau pun ~nya pula; 2. menyatakan atau menjadikan boleh (kuasa, mampu): tidak seorang pun yg berani ~ cabaran itu; kesanggupan 1. kesediaan (kerelaan dll) utk melakukan sesuatu: kalau ada ~ berun-ding, maka ada harapan baik utk menyelesai-kannya dgn damai; 2. kebolehan, kemam-puan: kaum wanita juga mempunyai ~ utk memegang jawatan sbg penyelia itu; berkesanggupan mempunyai (menunjukkan) kesanggupan, sanggup: pelajar di sekolah menengah sudah ~ utk menerima pengajaran melalui penyampaian hukum-hukum bahasa yg dipelajarinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peranan | 1. pemain sandiwara, pelawak; 2. bahagian (sandiwara, pekerjaan, tugas) yg dipegang: bahasa Melayu sanggup dan mampu mengambil ~ sbg bahasa Kebangsaan yg tunggal; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mempertingkatkan | menjadikan lebih tinggi atau lebih besar lagi (kedudukan, taraf, mutu, hasil pengeluaran, dll), menjadikan lebih hebat (giat, erat, dll), memperhebat: peranan ~ mutu bahasa Melayu tidak terletak di bahu pengkaji dan peminat bahasa sahaja; sikap kejam Soviet itu telah menambah keazaman Mujahideen utk ~ perjuangan mereka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bahasa | 1 sistem lambang bunyi suara yg digunakan sbg alat perhubungan dlm sesuatu kelompok manusia utk melahirkan perasaan dan fikiran: ~ Melayu; ~ Jawa. 2 kata-kata yg disusun menurut tatabahasa dan digunakan oleh seseorang dlm percakapan atau tulisan: Orang-orang drpd pelbagai kaum di Malaysia menggunakan ~ Melayu. 3 kelakuan yg baik: tak tahu ~ kurang ajar; tidak sopan. ~ asing bahasa yg bukan bahasa ibunda sendiri, yg dipelajari secara formal atau tidak formal. ~ badan cara berkomunikasi melalui gaya duduk, berjalan, mimik muka dsb, bukan melalui pertuturan. ~ baku ragam bahasa yg diakui betul dan diterima oleh penutur aslinya yg terdidik dlm bahasa bkn (ditandai oleh bentuk kata dan ayat yg mengikut kaedah tatabahasa dan digunakan dlm perhubungan rasmi, tulisan ilmiah atau perbicaraan umum). ~ basahan bahasa yg digunakan sehari-hari dlm keadaan tidak rasmi. ~ dalam kata-kata atau bahasa yg biasa digunakan di kalangan raja-raja (spt santap, gering, dan mangkat). ~ halus kata-kata atau bahasa yg sopan yg digunakan dlm pertuturan atau tulisan (spt bersalin, hamil, dan meninggal dunia). ~ ibu (ibunda) bahasa yg pertama sekali dikuasai oleh seseorang dan digunakan utk berhubungan dgn keluarga dan lingkungannya. ~ kasar kata-kata atau bahasa yg tidak sopan yg digunakan dlm pertuturan atau tulisan (spt mampus dan melahap). ~ kebangsaan bahasa yg diterima dan digunakan oleh rakyat sesebuah negara sbg alat perhubungan dan juga menjadi kebanggaan negara. ~ lisan ragam bahasa yg digunakan dlm pertuturan, iaitu sewaktu bercakap. ~ moden bahasa yg masih hidup dan berkembang serta digunakan hingga kini, mis bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. ~ pasar ragam bahasa Melayu yg tidak betul jalan bahasanya (terutamanya spt yg dituturkan oleh orang asing yg tidak tahu akan kaedah bahasa Melayu). ~ pengantar bahasa yg digunakan utk berhubung dlm mesyuarat, dlm pemberian pelajaran di sekolah dsb. ~ penyatu bahasa yg memainkan peranan penting dlm menyatukan masyarakat, terutamanya masyarakat yg berbilang kaum, budaya, agama dsb. ~ persuratan bahasa yg digunakan dlm penulisan dan dlm karya kesusasteraan. ~ rasmi bahasa yg digunakan dlm perhubungan rasmi kerajaan sesebuah negara. ~ tulis (tulisan, surat) ragam bahasa spt yg digunakan dlm karangan-karangan bertulis (sbg lw bahasa lisan). berbahasa 1 menggunakan bahasa: Orang Melayu ~ Melayu. 2 mempunyai budi bahasa yg baik; bersopan santun: Orang berbudi kita ~. membahasakan 1 menyebut atau memanggil seseorang dgn panggilan tertentu: Orang-orang di negeri Perak ~ saudara lelaki mereka yg tertua, yop. 2 menyatakan dgn kata-kata; menuturkan: Dia tidak sanggup ~ kesedihan yg ditanggungnya. kebahasaan hal mengenai bahasa atau yg berkaitan dgn bahasa. perbahasaan perihal berbahasa; pertuturan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengupayakan | 1. mencari jalan (agar), mengikhtiarkan, mengusahakan; 2. mengambil tindakan (supaya); 3. menjadikan berupaya (mampu, boleh, dapat dsb) mencapai sesuatu, membolehkan: penerbitan senarai istilah, buku istilah dan glosari sesungguhnya telah ~ bahasa Melayu menjadi sbg wahana bagi semua bidang ilmu pengetahuan, khususnya sains dan teknologi; strukur organisasi yg ada kini hanya ~ pelaksanaan peranan secara reaktif; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
upaya | usaha utk mencapai sesuatu tujuan, daya usaha, akal, ikhtiar: kalaulah segala apa yg diberikannya selama ini masih belum dapat menjamin kecintaannya, maka habislah ~; seupaya-upaya, seupaya-upayanya setakat mana yg terdaya, seboleh-bolehnya, sedapat-dapatnya; berupaya 1. berusaha dgn sekuat tenaga, berdaya upaya; 2. berkebolehan, berke-mampuan, mampu, dapat, sanggup: menteri yg berkenaan sama sekali tidak ~ mencegah kenaikan harga barang keperluan sehari-hari; mengupayakan 1. mencari jalan (agar), mengikhtiarkan, mengusahakan; 2. mengambil tindakan (supaya); 3. menjadikan berupaya (mampu, boleh, dapat dsb) mencapai sesuatu, membolehkan: penerbitan senarai istilah, buku istilah dan glosari sesungguhnya telah ~ bahasa Melayu menjadi sbg wahana bagi semua bidang ilmu pengetahuan, khususnya sains dan teknologi; strukur organisasi yg ada kini hanya ~ pelaksanaan peranan secara reaktif; terupaya sanggup, mampu; tidak ~ tidak sanggup (mampu); keupayaan kesanggupan (kebolehan) utk mencapai atau melakukan sesuatu, kemampu-an: kanak-kanak mempunyai perangai, kecenderungan, dan ~ yg berbeza; bahasa itu sendiri perlulah mempunyai ~ utk menjadi sebuah bahasa moden; berkeupayaan mempunyai keupayaan: satu variasi yg lengkap dan sempurna, ~ memperkatakan semua gejala dlm masyarakat kita; ketidakupayaan perihal (sifat dsb) tidak berupaya, perihal tidak ada keupayaan: ~ penulis utk menjadi tokoh atau pemimpin politik; pengupayaan perihal (perbuatan, tindakan, usaha dsb) menjadikan berupaya (berke-mampuan, berkebolehan dsb) utk mencapai sesuatu: sistem yg lebih menekankan proses ~ ini telah menjadi teras kpd pembinaan keusahawanan; isu yg lebih penting ialah ~ golongan miskin ini utk mempunyai pen-dapatan yg lebih tinggi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
utama | 1. penting sekali, terpenting: beliau sering diberi peranan ~ dlm cerita-cerita sandiwara; ~ jiwa sl jiwa, sukma; air ~ jiwa sl air yg boleh menghidupkan orang-orang yg mati; syarat ~ syarat yg terpenting; 2. paling baik, amat baik, terbaik: kebenaran dan kejujuran itulah menjadi hakim ~; mengutamakan 1. menganggap lebih penting drpd yg lain, menganggap utama, mementing-kan: sistem ekonomi telah mula berubah drpd memiliki tanah kpd ~ wang; 2. menganggap penting hanya, menumpukan perhatian dll kpd: seseorang itu mesti ~ diri sendiri dahulu baru orang lain; terutama 1. utama sekali, terpenting: Hamzah menulis karangan-karangannya ~ utk orang yg tidak mengetahui bahasa Arab dan Parsi; 2. pertama sekali, asas (pokok): tujuan kita yg ~ sekali ialah memajukan orang Melayu dlm bidang perniagaan; 3. lebih-lebih lagi, apa lagi, teristimewa pula: mustahaklah kita mengetahui sedikit sebanyak mengenai cabang-cabang sains yg lain ~ kajihayat, kimia, dan fizik; 4. lebih baik... (drpd), biarlah, remak: maka ~ mati dgn nama yg baik drpd hidup dgn nama yg jahat; keutamaan 1. kelebihan drpd yg lain-lain tempat yg utama: masalah menjaga ke-amanan negeri hendaklah diberi ~ dlm per-sidangan itu; 2. perihal utama, keistimewaan, keunggulan: kalau manusia itu tidak mem-punyai fikiran, hilanglah ~nya sbg makhluk yg tinggi; 3. kebaikan budi pekerti; pengutamaan perihal mengutamakan: ~ Bahasa Kebangsaan mestilah diterima oleh segala golongan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kaya I | 1. banyak harta (wang dsb): bak kata adat, tuah dek sisik, ~ dek pendapatan; ia berasal drpd keluarga yg ~ juga; orang ~ a) orang yg mempunyai banyak harta (wang dsb); b) = orang ~-~ sl orang yg tinggi kedudukannya (pangkatnya, martabatnya); c) Mn isteri orang yg berpangkat; 2. = Maha K~ Maha Besar, Maha Berkuasa (bkn Tuhan): Tuhan yg Maha K~; 3. = ~ dgn (sesuatu) banyak mempunyai atau mengandungi (dlm berbagai-bagai erti): buah betik ~ dgn vitamin A dan C; negeri yg ~ dgn sumber alam; seorang lelaki tua yg ~ dgn pengalaman; bahasa yg ~ bahasa yg banyak kata-katanya (ungkapannya dll); ~ anak banyak anak; ~ hati (orang yg) mulia hatinya, dermawan, pemurah; ~ hutang (orang yg) banyak hutangnya; ~-raya kaya sekali (besar), sangat kaya; (orang) ~ baru (orang yg) baru menjadi kaya; hendak ~ berdikit-dikit, hendak tuah bertabur urai, hendak berani berlawan ramai prb hemat itulah titian kaya dan murah itulah titian tuah serta banyak lawan itu mendatangkan berani; kalau ibu ~, anak jadi puteri, kalau anak ~, ibu jadi budak prb perihal perbezaan antara kesayangan ibu dgn kesayangan anak; orang baru ~ jangan dihutangi, orang lepas nikah jangan ditandangi prb sia-sialah mengerjakan perbuatan yg tidak mendatangkan faedah; orang ~ suka dimakan, orang elok (muda) selendang dunia prb orang hartawan yg selalu dermawan, orang muda adalah perhiasan dunia (utk puji-pujian); tak ~ oleh emas pembawa, tak gadis oleh kain berselang prb hendaklah berusaha sendiri utk mencapai kemuliaan dlm hidup dan janganlah mengharapkan bantuan orang; mengayakan menjadikan kaya (berharta atau berwang banyak); memperkaya 1. menjadikan bertambah (makin) kaya: ~ diri sendiri; 2. ki menjadikan makin banyak (luas dsb), menambah banyaknya (luasnya dsb), memperbanyak atau memperluas: usaha ~ perbendaharaan kata bahasa Melayu; kedatangan agama Hindu ~ kepercayaan-kepercayaan lama ini dgn dewa-dewa Hindu dan berbagai-bagai mantera; terkaya kaya sekali, paling kaya; kekayaan 1. perihal kaya: apabila tuan hamba dlm ~ dan kebesaran tuan hamba, kami sentosalah dgn kesukaan kami; perhiasan-perhiasan itu dipakai mungkin utk menunjuk-nunjukkan ~; 2. segala harta benda (wang dll) yg dipunyai oleh seseorang atau sesuatu pihak: harta ~nya akan diwariskannya kpd isterinya; mereka berhak mempunyai ~nya sendiri; 3. kekuasaan, kebesaran: ~ Allah SWT; pemerkayaan perbuatan (proses) menjadikan sesuatu bertambah (makin) kaya: kemasukan pengaruh bahasa asing memang memainkan peranan penting dlm ~ bahasa Indonesia; pengayaan perihal (usaha, proses, dsb) mengayakan: pelajaran kesusasteraan secara tidak langsung mencepatkan proses ~ dan penguasaan bahasa; ~ atau peluasan perbendaharaan kata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |