perangkat | ; seperangkat selengkap (pakaian dll), seperangguan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perangkat | , perangkatan 1. kelengkapan, perlengkapan, peralatan; ~ adat alat per-lengkapan adat; 2. = keangkatan ark keberangkatan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
susun I | 1. longgok yg teratur (berlapis-lapis, bertindih-tindih); 2. tingkat, (se)perangkat barang yg bertingkat-tingkat (pinggan, mangkuk, tepen, dll): ia membeli pinggan se~; 3. rangkai, untai (sajak); se~ sajak; 4. rangkap berlapis (kelopak bunga mawar dll); ~ atur cara menyusun dan mengatur sesuatu spt perabot, hiasan dsb dlm sesuatu ruang, taman dsb mengikut pelan yg dikehendaki; bersusun 1. berlonggok bertindih-tindih (yg satu di atas yg lain): beberapa keping atap zink masih ~ di bawah rumahnya; 2. terletak atau teratur baik-baik (berbaris-baris, berturutturut, dll): nama-nama itu harus dicatat ~ menurut abjad; 3. kalimat ~ Id (Lin) dua tiga ayat yg dipadukan menjadi satu; 4. sl berikut, bersusul: Ahad ~ dgn Isnin; bersusun-susun terletak dlm beberapa banyak susun, berlapis-lapis, bertingkat-tingkat: kereta kelihatan ~ di perkarangan rumah itu; maka segala perahu hulubalang pun tampil, ~ rupanya; menyusun 1. meletakkan berlapis-lapis (bertindih-tindih, yg satu di atas yg lain), menaruh berlapis-lapis: ia sedang ~ buku di atas meja; 2. mengatur baik-baik, meletakkan beraturan, merencanakan: sekarang kami tengah ~ rancangan lima tahun yg kedua; 3. mengatur (karangan dll), menggubah: Antologi Cerita Pendek Sebelum Perang Dunia Kedua, disusun, dikaji dan diberi kata pengantar oleh Ali Hj. Ahmad; ~ acara mengatur acara; ~ barisan (pasukan dll) mempersiapkan barisan (pasukan dll); ~ huruf mengatur huruf (dlm percetakan); ~ jari = ~ jari sepuluh menangkupkan keduadua belah tapak tangan spt hendak menyembah; ~ kalimat Id mengatur kata-kata utk dijadikan ayat; ~ kamus membuat (mengarang) kamus; ~ laporan (rancangan, undang-undang, dll) membuat laporan (rancangan, undang-undang, dll); menyusunkan menyusun sesuatu utk, mengaturkan; tersusun sudah disusun (diatur, disiapkan) baik-baik atau dgn teratur: beberapa buah buku ~ rapi di atas meja; kata-katanya ~ indah; susunan 1. timbunan (barang) yg bertindih-tindih, longgok yg bertindih-tindih: ~ batu bata; 2. sesuatu yg disusun (diatur dll), sesuatu yg letaknya bersusun: nama mereka ditulis dlm daftar itu mengikut ~ abjad; jari bagai ~ sirih; ~ buku-buku di dlm almari itu kelihatan kemas dan rapi; penyusunan perihal menyusun: suatu kesempatan utk para peserta mengkaji sendiri tentang ~ dan peranan Bangsa-Bangsa Bersatu; ~ kembali sejarah Malaysia; penyusun 1. orang yg menyusun (mengatur, menyediakan sesuatu, dll): Wilkinson dan ~ kamus lainnya ikut menggunakan perkataan utas dgn pengertian pandai atau tukang dlm kamus mereka; ~ huruf orang yg kerjanya menyusun huruf (dlm percetakan); 2. alat utk menyusun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
angkat | 1. meninggikan, menaikkan ke atas: ~ tangan; 2. yg dijadikan atau diakui spt (anak, ayah, dll): abang ~; anak ~; 3. ark kali (kekerapan) membawa: sudah tiga ~ minuman; 4. turunan: se~ seumur, sebaya (dgn); ~ berat = ~ besi sukan atau latihan jasmani dgn mengangkat besi; ~ kaki a) melarikan diri, cabut lari; b) meninggalkan sesuatu tempat (majlis dsb) dgn tergesa-gesa; ~ sembah melakukan sembah; ~ sumpah bersumpah; dr jauh orang ~ telunjuk, kalau dekat dia ~ mata prb jika kita berbuat salah akan diumpat orang di belakang kalau tidak di depan kita; angkat-angkat yg boleh (dapat) diangkat-angkat: jambatan ~; berangkat 1. mula meninggalkan sesuatu tempat utk pergi ke tempat lain, bertolak: rombongan itu akan ~ ke Pulau Pinang; 2. mulai menjadi (besar, dewasa, dll): anak itu sudah ~ dewasa; orang yg ~ hamil sering didatangi perasaan yg aneh-aneh; memberangkatkan menyuruh berangkat: keesokan harinya rombongan itu diberangkatkan ke ibu kota; keberangkatan perihal berangkat (bertolak), berangkatnya: dia pergi tanpa memberitahukan ~nya padaku; mengangkat 1. menggerakkan ke atas, menaikkan, meninggikan: ia ~ panggang dr api; beberapa orang murid ~ tangan utk menjawab soalan guru; 2. membawa pergi atau membawa dr satu tempat ke tempat lain: diangkatnya barang itu ketika ia berangkat tadi; ~ beg-beg masuk ke dlm kereta; 3. melantik, menaikkan (kedudukan, taraf, pangkat): hendak ~nya menjadi pengerusi; peristiwa dan tindakan penting yg ~ taraf bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan; 4. (mulai) melakukan (menyatakan dll): ~ sumpah; 5. mengambil sbg, mengakui sbg (anak dll): ia telah diangkat anak oleh penghulu; 6. Id menangkap dan membawa pergi: semalam ia diangkat oleh polis; 7. ki memuji (kerana hendak menyukakan hati): pandailah kau ~ dia; ~ bicara Id mulai berpidato; ~ hadas menyucikan diri drpd hadas kecil atau hadas besar; ~ suara meninggikan suara; ~ tabik memberi hormat; ~ wuduk menyucikan diri dgn mengambil air sembahyang; mengangkat-angkat 1. mengangkat berulang kali; 2. ki meninggi-ninggikan, memuji-muji (utk menyukakan hati): jangan engkau suruh aku ~ orang; mengangkati berkali-kali mengangkat, mengangkat-angkat; mengangkatkan mengangkat utk: tolong angkatkan saya peti itu sebentar; ~ topinya akan memberi hormat; angkatan 1. berat yg diangkat: ~nya lebih drpd 200 paun; 2. pasukan tentera (dgn alat kelengkapan), bala tentera: ~ bersenjata Malaysia; 3. pengiriman pasukan (tentera): ~ pasukan ke daerah pertempuran sudah selesai; 4. ark = pengangkatan, keangkatan pelantikan: ~ beliau sbg duta telah disahkan; 5. Id yg diangkat atau dilantik, lantikan (bkn jawatan, pangkat): jawatan Perdana Menteri bukanlah ~ tetapi pilihan; 6. golongan orang yg mempunyai haluan atau pendirian (kecenderungan, cita-cita, dsb) yg sama: Usman Awang ialah tokoh ~ Sasterawan ‘50 atau Asas ‘50; 7. golongan orang yg sebaya, generasi: ~ muda; 8. sl selengkap; pakaian ~ a) selengkap pakaian kebesaran; b) pakaian kebesaran; c) pakaian seragam; ~ baru generasi baru (penganut aliran zaman baru); ~ bersenjata keseluruhan tentera sesebuah negara (yg terdiri drpd tentera darat, tentera laut, dan tentera udara); ~ darat tentera darat; ~ laut tentera laut, armada; ~ muda para pemuda; ~ perang bala tentera yg berperang atau sedia utk berperang; ~ raja (adiraja, diraja) kereta yg membawa jenazah raja; ~ udara tentera udara; perangkat, perangkatan 1. kelengkapan, perlengkapan, peralatan; ~ adat alat per-lengkapan adat; 2. = keangkatan ark keberangkatan; seperangkat, seperangkatan 1. selengkap, sepemakai; 2. ark segolongan; pengangkatan perihal (perbuatan, cara, dsb) mengangkat (dgn berbagai-bagai erti); pengangkat 1. alat utk mengangkat; 2. orang yg mengangkat; 3. orang yg suka memuji-muji. | Kamus Dewan Edisi Keempat |