pengejaman(clocking) | 1. Kaedah yang digunakan untuk menyeragamkan perjalanan dua peranti. 2. Tindakan menyegerakkan peranti penghantar dan peranti penerima dalam sistem penghantaran segerak. 3. Tindakan menjalankan peranti mengikut pemasaan jam. | Kamus Komputer |
penumpu peranti(device concentrator) | Peranti yang digunakan dalam sistem komunikasi komputer untuk membolehkan beberapa peranti berkelajuan rendah dan berkelajuan sederhana disalurkan ke peranti berkelajuan tinggi. | Kamus Komputer |
tuan-hamba(master-slave) | Hubungan antara dua peranti, dengan peranti yang mengawal bertindak sebagai tuan manakala peranti yang dikawal bertindak sebagai hamba. | Kamus Komputer |
pengantaramukaan(interfacing) | Proses menyambungkan peranti pada peranti lain yang tidak sepadan secara fizikal untuk membolehkan pertukaran data dan maklumat dilakukan antara satu sama lain. | Kamus Komputer |
nama peranti(device name) | Nama yang diberikan kepada peranti untuk membezakan peranti dan juga untuk memudahkan pemanggilannya. | Kamus Komputer |
panel depan(front panel) | Bahagian hadapan konsol sistem yang memegang suis, peranti input, peranti penunjuk, dan paparan. Rupa bentuk panel ini direka bentuk supaya nampak lebih kemas dan cantik kerana panel ini merupakan bahagian hadapan sistem yang boleh dilihat oleh orang ramai. | Kamus Komputer |
pengendalian bertimbal(buffered operation) | 1. Pengendalian yang menggunakan peranti untuk berada di antara peranti penyampai data dengan peranti penerima data. 2. Pengendalian yang menggunakan ingatan sementara untuk menyimpan data yang diterima atau yang akan dihantar. | Kamus Komputer |
penggera(alarm) | 1. Isyarat yang dijana oleh peranti pendengaran atau peranti penglihatan yang menandakan bahawa suatu ralat atau kecemasan telah berlaku yang mungkin mengganggu atau sedang mengganggu perjalanan sistem. 2. Peranti yang menjana isyarat untuk memberitahu akan kewujudan suatu keadaan khas. | Kamus Komputer |
kelengkapan komunikasi data(data communication equipment) | Kelengkapan yang berkaitan dengan penghantaran data dari satu peranti ke peranti lain. Misalnya, modem dan terminal jauh. | Kamus Komputer |
antara muka | (Komp) bahagian (peranti, sambungan, dll) yg menjadi sempadan dan penghubung di antara dua komponen, litar, peranti, sistem, dll yg berlainan utk membolehkan pertukaran maklumat dilakukan; ~ analog sambungan pd komputer yg boleh menerima peranti analog; ~ bas litar atau peranti yg berfungsi memadankan atau menyambungkan alat lain pd sistem bas; ~ bersiri antara muka yg membolehkan maklumat dihantar satu per satu melalui saluran tunggal; ~ Centronics antara muka piawai utk menyambungkan komputer dgn pencetak selari; ~ digital sambungan yg membolehkan komputer menerima peranti digital; ~ pengguna penentuan dan peraturan komputer yg membolehkan pengguna mudah berinteraksi dgn komputer; pengantaramukaan proses menghubungkan dua atau lebih alat, peranti, dll yg berlainan supaya dapat saling berhubung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |