perap | ; memerap membiarkan daging, ikan dsb bercampur atau bergaul dgn rempah, herba, cuka, garam dll supaya bersebati: Ibu ~ daging dgn pelbagai jenis rempah sebelum memasaknya. pemerapan perbuatan atau proses memerap (daging, ikan dsb). pemerap bahan yg terdiri drpd rempah, herba, cuka, garam dll yg digaulkan dgn daging, ikan dsb dan dibiarkan supaya bersebati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perap III | Kd; memerap meminta sesuatu dgn memaksa (kanak-kanak), merengek utk mendapatkan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perap II | ; memerap 1. mengurung (menyembunyikan) diri dlm rumah dll (tidak keluarkeluar): dia ~ sahaja di rumah; 2. membiarkan daging, ikan dsb yg telah digaul dgn bahan yg terdiri drpd sos, garam, rempah dsb, utk beberapa waktu sebelum dimasak: ~ daging ayam itu beberapa jam atau semalaman; ~ diri memerap; terperap 1. tertahan, tidak terurus, tertumpuk (surat dll); 2. terkurung, terpendam: dia lebih suka ~ di dlm biliknya; perapan sesuatu (spt ayam, daging, sotong dsb) yg diperap, hasil memerap: ~ itu direbus selama 3 jam sehingga masak; pemerapan perihal (perbuatan atau proses) memerap: ~ daging itu sekurang-kurangnya dua jam; pemerap 1. (orang) yg bertabiat suka memerap: si anak akan berasa tersinggung, jauh hati, lalu menjadi kanak-kanak yg ~; 2. bahan yg terdiri drpd rempah, herba, minyak, cuka dsb yg digaulkan pd daging, ikan dsb, dan dibiarkan menyerap beberapa waktu sebelum dimasak utk menambah rasa dan melembutkan daging, ikan dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perap I | ark; memerap mengepak-ngepakkan (mengirai-ngiraikan) sayap, menggelepar (ayam, itik, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
baju kanji perap | ark anak baju; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
baju | pakaian utk menutup badan; ~ alang baju kurung yg berlengan pendek; ~ anggerka ark baju dalam cara India; ~ antakesuma = ~ layang sl baju utk terbang; ~ antari = ~ lantari ark baju spt baju anggerka (cara Arab); ~ ayat = ~ pelias ark baju belah yg berazimat; ~ bajang = ~ bersayap ark baju belah yg menyerupai ekor burung layang-layang; ~ basterop Id baju yg tidak ada kolar dan lengan; ~ belah bakung ark baju yg berlengan pendek (berbelah di bahu); ~ belah benian = ~ bunian sj baju belah; ~ belah Bentan = ~ Bentan = ~ Mintan ark baju belah yg pergelangan lengannya berbelah; ~ besi baju drpd besi (dipakai dlm peperangan); ~ beskat = ~ weskot baju yg dipakai di bawah baju kot; ~ bidadar ark baju kot pengantin baru; ~ bakdung ark baju yg berbutang di belakang; ~ Cina baju potongan Cina; ~ dalam anak baju; ~ hujan sj baju labuh drpd bahan kalis air, mis plastik yg dipakai utk melindungi seseorang drpd dibasahi air hujan; ~ jas Id kot; ~ (kanji) perak = ~ kanji perap = ~ kain jiperak ark anak baju; ~ Johor a) baju Melayu yg tidak berkolar; b) baju kurung; ~ kebaya baju perempuan, yg pendek dan berbelah di bahagian dada; ~ kemeja baju potongan Eropah; ~ kepuk baju yg berleher tinggi; ~ kuntum sj baju potongan Melayu; ~ kurung baju yg tidak berbelah dada; ~ kutang anak baju (perempuan); ~ maskat ark baju dalam yg diikatkan di belakang; ~ Melayu baju laki-laki potongan Melayu; ~ monyet Id sj baju anak-anak (baju dan seluar bersambung); ~ panas a) = ~ sejuk b) anak baju; ~ pendapan = ~ pendepan = ~ pendipun = ~ mendipun = ~ jipun ark baju Sumatera yg dihiasi bunga drpd emas perada; ~ pesak sebelah ark baju belah yg dadanya dua lapis; ~ pokok ark baju belah yg tidak berlengan; ~ rantai sj baju besi drpd rantai kecil-kecil; ~ sejuk = ~ panas baju yg dipakai utk memanaskan badan; ~ seroja = ~ teratai ark baju Sumatera yg berbunga benang emas; ~ sikap sj baju Jawa berlengan panjang; ~ songsong barat sl baju antakesuma; ~ tapung sj baju Bugis; ~ Teluk Belanga baju Melayu; ~ toro ark baju Jawa yg dipakai oleh pelayan; ~ indah dr balai, tiba di rumah menyarungkan prb hukum yg telah putus dan tidak boleh dibanding lagi; bagai memakai ~ sempit prb perbuatan yg tidak sesuai dgn keadaan diri; mengukur ~ di badan sendiri prb kejahatan kita jangan dijadikan pengukur kejahatan orang lain (atau darjat kita jangan disamakan dgn darjat orang lain); mencabik ~ di dada prb meceritakan aib sendiri;berbaju memakai baju;membajui mengenakan (memakai) baju kpd: ~ boneka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |