Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ra.pa.tan] | ڤراڤتن

Definisi : Br (bahagian tepi sampan dll) yg hampir bertemu: ~ perahu itu berlubang-lubang menyebabkan air masuk sedikit ke dalamnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ra.pa.tan] | ڤراڤتن

Definisi : Jw simpang empat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ra.pa.tan] | ڤراڤتن

Definisi : perbuatan, hal dsb berapat, merapat atau merapatkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perapatan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
perapatanperbuatan, hal dsb berapat, merapat atau merapatkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
perapatanBr (bahagian tepi sampan dll) yg hampir bertemu: ~ perahu itu berlubang-lubang menyebabkan air masuk sedikit ke dalamnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
perapatanJw simpang empat.Kamus Dewan Edisi Keempat
rapat I1 hampir-hampir bertemu; hampir tidak ada selanya; kerap (bkn anyaman): Mereka disuruh duduk ~ sebelum diambil gambar. Dinding rumahnya dibuat drpd buluh yg dianyam ~. 2 tidak bercelah atau tidak bersela sedikit pun; tidak renggang: Peti itu ditutup ~. 3 dekat sangat; hampir sungguh: Kapal itu berlabuh ~ ke pantai. 4 sangat sesuai (bkn persahabatan); erat; karib: Perhubungan kedua-dua orang itu sangat ~. berapat, berapat-rapat berada (duduk dll) dekat-dekat: Mereka duduk ~ semasa menonton cerita seram itu. berapatan berhampiran; berdekatan. merapat 1 menjadi rapat: Sedikit demi sedikit, kedua-dua pihak mula ~. 2 berlabuh dekat dgn: Sebaik-baik saja kapal itu ~ ke pelabuhan, ia pun bergegas turun. merapati datang rapat dgn (pd); datang menghampiri; mendekati: Sepasukan tentera Rusia bergerak dgn pantas ~ kota Berlin. merapatkan membuat supaya menjadi rapat; mendekatkan; menutup rapat; mengeratkan (bkn persahabatan): Ada sesuatu yg ~ mereka berdua. memperapat menjadikan lebih rapat; memperdekat; mempererat. kerapatan keadaan rapat. perapatan perbuatan, hal dsb berapat, merapat atau merapatkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
rapat I1. hampir bertemu, hampir tidak bercelah: duduk ~ dlm masjid; kampung yg rumah-rumahnya ~ sekali; padi yg ditanam ~ tidak dapat beranak banyak; 2. tidak renggang, kerap (anyaman, pertukangan, tanaman, dll), padat (penduduk); 3. penuh sesak, padat (penduduk): kawasan yg ~ penduduknya; 4. tertutup dgn tidak bercelah-celah (beruang), terkepung (hingga tidak dapat ditembusi lagi): tabung itu ditutup ~; kawasan itu telah terkepung ~; pinggang gadis itu dirangkulnya sehingga ~; 5. dekat sangat (dgn), berhampiran sungguh (dgn): hatta sampailah ke negeri lalu ~ ke jam­batan; 6. erat, karib, kuat, teguh (persaha­batan, pertalian, dll): perhubungan antara Malaysia dgn kedua-dua negara jirannya sangat ~; ada kerjasama yg ~ antara penga­rang-pengarang Melayu dgn ahli-ahli sains Melayu; rapat-rapat dgn seberapa rapat yg boleh, dgn betul-betul rapat: tutup pintu itu ~; je­maah diminta meluruskan saf dan berdiri ~; berapat 1. = berapatan menjadi rapat (dekat), saling rapat (dekat): lalu berperang ber­bedil-bedil senapang dan pemburas se­belah-menyebelah ... maka, apabila ~ lalu­lah beramuk; maka berperanglah antara kedua-dua pihak, berapatan; 2. berkawan, bersahabat: Wan Umar cuba hendak ~ dgn Kompeni Inggeris; 3. bersama-sama, ber­sekali: orang-orang dlm negeri itu telah ber­selisih, maka sebab itulah kedua-dua masjid itu membaca khutbah, tetapi kemu­dian ~ zuhur; merapat 1. menjadi rapat, mendekat; dia melangkah surut dan seorang lagi datang ~; 2. menutup (mata): lari ~ tiada memandang ke belakang lagi; 3. berlabuh atau berhenti dekat dgn (pangkalan dll): kapal pun ~, tangga pun diturunkan orang, penumpang telah siap dgn barang-barangnya; ~ sambil belayar prb sekali melakukan pekerjaan, dua tiga maksud tercapai; merapati 1. menghampiri, mendekati: ia berjalan perlahan-lahan dan berhati-hati ~ rumah itu; 2. datang (utk memperbaiki hu­bung­­an persahabatan dll), selalu mengun­jungi (mendatangi): dia mesti ~ setiap orang kam­pung ini jikalau dia ingin mendapat kerja­sama drpd mereka; merapatkan 1. menjadikan rapat, men­de­katkan (pd sesuatu): muka dirapatkan pd cermin; ~ kapal ke pangkalan melabuhkan kapal dekat pangkalan; 2. menjadikan rapat (tidak renggang), mengeratkan, menutup rapat-rapat; 3. memperkukuh (persahabatan dll), mengeratkan (perhubungan): tentu ada se­suatu yg ~ mereka berdua; ~ diri dgn meng­gabungkan diri dgn; ~ tali silaturrahim mengu­kuh­kan tali persahabatan; memperapat menjadikan lebih atau makin rapat, merapatkan lagi; ~ sila bersila baik-baik; rapatan sesuatu yg menyebabkan rapat (sambungan dll), sesuatu yg dirapatkan: drpd pandainya utus berbuat itu, tiadalah kelihat-an ~nya lagi; kerapatan perihal atau keadaan rapat: pelabur Britain akan menjadikan Malaysia sbg pusat pelaburan yg paling menarik memandangkan ~ hubungan sejarah antara kedua-dua negara; perapatan Br (bahagian tepi sampan dll) yg hampir bertemu: ~ perahu itu berlubang-lubang menyebabkan air masuk sedikit ke dalamnya.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas