kekecilan hati | 1. tersinggungnya perasaan, perasaan kecil hati; 2. hilang keberaniannya, ketakutan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kecil hati | 1. tersinggung perasaan, marah sedikit; 2. tawar hati; berkecil hati 1. berasa tersinggung perasaan (agak marah); 2. tawar hati; mengecilkan hati menyebabkan (berasa) kecil hati, menyinggung perasaan: sbg anak, kita janganlah sekali-kali ~ orang tua kita; kekecilan hati 1. tersinggungnya perasaan, perasaan kecil hati; 2. hilang keberaniannya, ketakutan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terusik | 1. telah diusik (diganggu, dicemari dsb): di kawasan pedalaman itu masih terdapat banyak lubuk ikan yg belum ~; 2. ki tersentuh (terharu dsb) perasaan: perasaan-nya mudah ~ apabila mendengar lagu itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendalam | 1 bertambah dalam; menjadi dalam: Lukanya kian ~ kerana tidak diubati. 2 teliti (sempurna, luas dll): Pengetahuannya ttg sastera Melayu sungguh ~. 3 lebih melarat (penyakit); lebih dalam, kuat, kukuh (bkn perasaan): Perasaan bencinya terhadap bangsa asing sungguh ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
marah | 1 = kemarahan perasaan panas hati atau perasaan tidak senang hati kerana dihina (dikeji, diperlakukan kurang baik dll); perasaan yg menyebabkan seseorang mahu berkelahi: ~nya kpd pemuda yg kurang ajar itu masih belum hilang lagi. 2 (berasa) panas hati kerana dipermain-mainkan dll; (berasa) berang: Ia ~ sekali mendengar jawapan orang itu. memarahi melarang atau menegur seseorang dgn menuturkan kata-kata yg kasar; memberangi: Dia ~ adiknya kerana memecahkan botol dakwatnya. memarahkan menimbulkan marah; menyebabkan menjadi marah: Ucapannya itu telah ~ kaum keluarganya. kemarahan perasaan marah; kegusaran. pemarah orang yg cepat atau lekas marah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kemarahan | perasaan panas hati atau perasaan tidak senang hati kerana dihina (dikeji, diperlakukan kurang baik dll); perasaan yg menyebabkan seseorang mahu berkelahi: ~nya kpd pemuda yg kurang ajar itu masih belum hilang lagi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
suka | 1 perasaan senang atau perasaan gembira: Hanya engkaulah sahabatku dlm ~ dan duka. 2 = ~ hati (berasa) senang hati; (berasa) gembira; girang: Aku tidak ~ tinggal di kampung ini. 3 mahu mengerjakan sesuatu; gemar akan sesuatu; berkenan akan sesuatu: Aku boleh pergi bila-bila aku ~. Aku tidak ~ engkau mengganggu mereka. 4 menaruh perasaan kasih atau sayang: Tidak ada ibu yg tidak ~ akan anak-anaknya. bersuka-suka bergembira; bersenang-senang: Pd ketika itu, baginda telah pergi ke Rembau ~ beberapa lama. bersuka-sukaan 1 bergembira beramai-ramai (dgn makan minum, nyanyian dsb): Setelah itu menteri Kelahan pun berjamu makan minum ~ tiga empat hari lamanya. 2 bercinta-cintaan (antara lelaki dan perempuan). menyukai 1 suka akan; menggemari; meminati: Kanak-kanak sangat ~ filem kartun. 2 menaruh kasih kpd; suka kpd; menyayangi: Banyak gadis yg ~nya. menyukakan menyebabkan menjadi suka; menjadikan suka; menggirangkan hati; menggembirakan: Apa yg ~ engkau tinggal di kampung ini? kesukaan 1 keadaan atau rasa suka; kegembiraan: Mereka bermain beramai-ramai dgn penuh ~. 2 apa-apa yg disukai; apa-apa yg menyukakan; kegemaran; kemahuan: ~nya pd waktu lapang ialah memancing. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pertunjukan perasaan | ark tunjuk perasaan, demonstrasi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menunjuk perasaan | mengadakan tunjuk perasaan (dgn berpiket, berarak, dsb), berdemontrasi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penuh perasaan | dgn seluruh perasaan (hati); | Kamus Dewan Edisi Keempat |