perasmian | perbuatan merasmikan; pengumuman yg rasmi; pengesahan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perasmian | pengisytiharan (pelantikan, penentuan, penetapan, pengangkatan, pengumuman, dll) yg rasmi: masa transisi sesudah ~ ejaan itu akan mengurangi kerugian yg mungkin dideritai; ~ lantikan panitia Bahasa Melayu-Indonesia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perasmian | perbuatan merasmikan; pengumuman yg rasmi; pengesahan | Kamus Pelajar |
rasmi | disahkan atau ditentukan oleh kerajaan atau oleh pihak yg bertanggungjawab: bahasa ~; pakaian ~. merasmikan mengumumkan dgn rasmi; mengesahkan: Menteri Pelajaran telah hadir utk ~ seminar itu. perasmian perbuatan merasmikan; pengumuman yg rasmi; pengesahan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
upacara | 1. alat kerajaan, tanda kebesaran (pedang, payung, dll); 2. majlis menurut adat (kebiasaan, agama), keramaian atau peralatan (menurut adat): seisi negeri menyaksikan ~ perkahwinan tersebut; 3. seluruh perbuatan yg dilakukan menurut peraturan dan istiadat tertentu (utk merasmikan, memperingati, merayakan, melantik, dll): ~ penobatan; ~ perasmian persidangan; 4. sl perihal meng-hormati dgn rasmi (tetamu dll), penghormat-an rasmi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rasmi | disahkan oleh kerajaan atau yg berkuasa, (yg) diisytiharkan (ditentukan, disahkan) oleh kerajaan atau jabatan dll: bahasa ~; ejaan ~; kenyataan ~; pakaian ~; resit ~; tugas ~; upacara ~; rasmi-rasmian bersifat rasmi: majlis yg ~; merasmikan mengisytiharkan (melantik, menentukan, menetapkan, mengesahkan, dll) dgn rasminya: ~ pameran lukisan; ~ pembukaan sekolah; kerasmian perihal rasmi: bahasa Melayu akan sanggup menggantikan bahasa Inggeris dlm segala lapangan ~ dan keilmuan; perasmian pengisytiharan (pelantikan, penentuan, penetapan, pengangkatan, pengumuman, dll) yg rasmi: masa transisi sesudah ~ ejaan itu akan mengurangi kerugian yg mungkin dideritai; ~ lantikan panitia Bahasa Melayu-Indonesia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |