peratusan | kadar atau bilangan mengikut peratus. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
peratusan | 1. bilangan (dgn kiraan) peratus: ~ rakyat yg sudah berumur juga kian meningkat; 2. persen. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peratusan | kadar atau bilangan mengikut peratus. | Kamus Pelajar |
komisen | (komisén) sejumlah (peratusan) bayaran yg dibayar kpd seseorang, ejen, jurujual, dsb kerana perkhidmatannya, dalal: jika laku keretanya, kita akan diberi ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kebolehsediaan(availability) | Kadar atau peratusan jumlah masa sesuatu peralatan boleh digunakan atau boleh dikendalikan tanpa ralat dalam tempoh tertentu. | Kamus Komputer |
keandalan litar(circuit reliability) | Peratusan masa litar dapat memenuhi set piawaian yang ditetapkan oleh pengguna atau pereka bentuk asal sistem. | Kamus Komputer |
carta pai | carta bulat yg terbahagi kpd beberapa bahagian yg masing-masing mewakili peratusan tertentu sesuatu satuan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kebarangkalian | (Mat) pengukuran kemungkinan berlakunya sesuatu (perkara, hal) dinyatakan sama ada dlm bentuk pecahan atau peratusan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aras keyakinan(confidence level) | Darjah keyakinan terhadap kejayaan atau kebaikan sistem yang dinyatakan dalam bentuk peratusan. | Kamus Komputer |
dalal | 1. Ar orang tengah, wakil penjual, ejen; ~ surat khabar wakil penjual surat khabar; 2. bayaran (biasanya peratusan) yg dibayar kpd ejen, jurujual yg menjalankan perniagaan atau yg memberikan perkhidmatan, komisen: ~ antara 15% hingga 25% drpd harga buku diberikan kpd penjual. | Kamus Dewan Edisi Keempat |