perawatan | hal atau perbuatan merawat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perawatan muka | rawatan utk memelihara kesihatan dan kecantikan muka (dgn membubuh krim dan mengurut bahagian muka, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perawatan | perihal (perbuatan dsb) merawat, pemeliharaan, penyelenggaraan, pembelaan, penjagaan: orang yg berwang saja yg menghendaki ~ yg luar biasa; ~ muka rawatan utk memelihara kesihatan dan kecantikan muka (dgn membubuh krim dan mengurut bahagian muka, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perawatan | hal atau perbuatan merawat. | Kamus Pelajar |
fototerapi | (fototérapi) (Ubat) perawatan penyakit dgn menggunakan cahaya, mis perawatan penyakit kuning pd bayi yg baru lahir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hidropati | perawatan penyakit dgn menggunakan air. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
termoterapi | (termotérapi) perawatan penyakit dgn menggunakan haba. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
imunoterapi | (imunotérapi) (Ubat) perawatan atau pencegahan penyakit dgn bahan atau antibodi yg merangsang gerak balas imun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
homeopati | (homéopati) kaedah perawatan apabila pesakit diberi ubat (biasanya sedikit) yg dapat mengeluarkan gejala penyakit yg serupa spt gejala yg kelihatan apabila ubat itu diberikan kpd orang yg sihat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
elektroterapi | (éléktrotérapi) (Ubat) perawatan penyakit dgn menggunakan arus elektrik (biasanya utk meredakan rasa sakit, terutamanya yg diakibatkan oleh kecederaan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |