PERNAS | akronim bagi Perbadanan Nasional (perbadanan yg berusaha menubuhkan syarikat-syarikat perusahaan dan perniagaan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memperbadankan | menjadikan perbadanan, menubuhkan (sesuatu) sbg perbadanan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perbadanan | jabatan kerajaan yg ditubuhkan mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri; badan berkanun. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perbadanan | agensi yg ditubuhkan oleh kerajaan utk menjalankan (melaksanakan) fungsi yg tertentu: ~-~ yg bebas spt Lembaga Letrik Negara dan Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang;P~ Kewangan Antarabangsa;P~ Kemajuan Ekonomi Negeri;P~ Perfileman Nasional; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perbadanan | jabatan kerajaan yg ditubuhkan mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri; badan berkanun. | Kamus Pelajar |
korporat | berkaitan dgn syarikat (besar) atau perbadanan: imej ~. mengkorporatkan membentuk sesebuah syarikat (besar) atau perbadanan sbg badan korporat yg sah di sisi undang-undang: Proses utk ~ syarikat tsb masih dlm perancangan. pengkorporatan perihal atau proses mengkorporatkan: ~ beberapa agensi kerajaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
subsidi | bantuan berupa wang atau kebendaan (biasanya drpd kerajaan) yg diberi kpd sesuatu pihak tertentu (spt perbadanan, kumpulan petani, dll): BP ialah sebuah perbadanan yg mendapat ~ drpd pemerintah pd masa itu; bersubsidi mendapat atau diberi subsidi: bas disediakan dgn tambang yg ~; mensubsidi memberikan subsidi supaya sesuatu lebih rendah harganya: sebenarnya kerajaan juga telah ~ harga minyak di negara ini; pensubsidi pihak (orang, badan dsb) yg memberikan subsidi, pemberi subsidi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
badan | 1. tubuh, jasad (manusia): pakaian yg dibawanya hanya yg lekat di ~nya; 2. pokok tubuh (selain anggota dan kepala): ~nya gemuk tetapi kakinya kurus; susuk ~ keadaan bentuk badan dr segi fizikal, susuk tubuh; tidak sedap ~ tidak (berapa) sihat; ~ tengah naik badan sedang membesar; 3. bahagian yg (ter)utama drpd sesuatu: ~ baju; ~ kereta; 4. diri (sendiri); ~ malang diri orang yg malang; 5. kumpulan orang yg merupakan suatu kesatuan utk mengerjakan sesuatu: ~ penasihat; ~ amanah; 6. bahagian utama (penting) ucapan (buku, dokumen, dsb) dan tidak termasuk pendahuluan (penutup, lampiran, dsb), isi; 7. agensi, pertubuhan: FELDA ialah sebuah ~ kerajaan; ~ berkanun; ~ amanah badan utk menyelenggarakan harta dll bagi faedah seseorang atau sesuatu golongan; ~ berkanun agensi kerajaan yg ditubuhkan utk melaksanakan fungsi-fungsi tertentu; ~ kehakiman badan yg diberi kuasa utk mentafsirkan undang-undang; ~ boleh dimiliki, tetapi hatinya tidak prb walaupun menjadi atau bersifat spt hamba atau orang lemah terhadap orang yg berkuasa, namun hatinya tidak begitu; hancur ~ dikandung tanah, budi baik terkenang juga prb budi bahasa yg tidak akan dilupakan orang; rosak ~ kerana penyakit, rosak bangsa kerana laku prb kerana penyakit, rupa kita boleh menjadi buruk dan kerana kelakuan jahat, nama baik bangsa atau suku itu boleh tercemar; berbadan mempunyai badan: gadis itu ~ langsing; ~ dua hamil; memperbadankan menjadikan perbadanan, menubuhkan (sesuatu) sbg perbadanan; perbadanan agensi yg ditubuhkan oleh kerajaan utk menjalankan (melaksanakan) fungsi yg tertentu: ~-~ yg bebas spt Lembaga Letrik Negara dan Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang; P~ Kewangan Antarabangsa; P~ Kemajuan Ekonomi Negeri; P~ Perfileman Nasional; pemerbadanan penubuhan sbg perbadanan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Tabung Haji | Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
PUNB | kep Perbadanan Usahawan Nasional Berhad. | Kamus Dewan Edisi Keempat |