perbahanan | pelbagai bahan atau data utk kajian, penyelidikan dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perbahanan | kumpulan berbagai-bagai bahan atau data utk kajian (penyelidikan dsb): penyelidik itu sedang mengumpulkan ~ utk kajiannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dokumentasi | himpunan atau kumpulan bahan atau dokumen (yg dapat digunakan sbg asas bagi sesuatu kajian, penghasilan sesuatu terbitan, dll), perbahanan: H.B. Jassin mempunyai ~ sastera Indonesia yg lengkap; filem ~ Id filem dokumentari; mendokumentasikan mengusahakan (dgn mengumpulkan, menyusun, merakamkan, dsb) sehingga tersedia sbg dokumentasi: persatuan-persatuan kaum berkenaan harus mempunyai unit penyelidikan dan dokumentasi sendiri utk menyelidik dan ~ khazanah budaya mereka; seseorang pengumpul cerita rakyat dapat ~ bahan yg boleh menjadi bahan kajian penting utk generasi akan datang; pendokumentasian usaha (kegiatan, proses, dsb) mendokumentasikan: ~ cerita rakyat; ~ sastera Iban. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengisih | 1. mengatur, menyusun: pak cik pun mulalah ~ orang-orang yg duduk tidak teratur itu; 2. mengasing-asingkan (menurut jenis, ciri-ciri tertentu, dll): ~ surat; ~ kad-kad perbahanan perkamusan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
isih | ; berisih beratur; mengisih 1. mengatur, menyusun: pak cik pun mulalah ~ orang-orang yg duduk tidak teratur itu; 2. mengasing-asingkan (menurut jenis, ciri-ciri tertentu, dll): ~ surat; ~ kad-kad perbahanan perkamusan; pengisihan 1. perbuatan mengisih (mengatur, menyusun), pengaturan, penyusunan; 2. perbuatan mengatur (mengasing-asingkan menurut jenis dsb), pengasing-asingan; pengisih 1. orang yg mengisih (mengatur, menyusun), pengatur, penyusun; 2. orang yg kerjanya mengisih (mengasing-asingkan menurut jenis dsb), pengasing; 3. alat utk mengisih (mengasing-asingkan menurut jenis dsb), pengasing. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bahan | 1 barang-barang yg akan dijadikan benda-benda lain; ramuan utk membuat sesuatu: Emak sedang membeli ~ utk dibuat kuih. 2 butir-butir utk perbincangan, penulisan dll. ~ api benda spt arang batu, minyak, kayu dsb yg dibakar utk mendapatkan tenaga haba. ~ kimia 1 sebarang bahan, sama ada unsur atau sebatian, yg digunakan utk melakukan tindak balas kimia dan menghasilkan bahan kimia lain. 2 bahan yg disediakan secara buatan (di kilang dsb) utk tujuan pembersihan, pembasmi kuman dsb, dan boleh mendatangkan kesan buruk pd kulit. ~ letupan bahan yg mudah meletup atau diletupkan dgn menghasilkan haba yg banyak apabila terkena kejutan, geseran atau cucuhan api. ~ pencemar ist sesuatu (spt asap kilang, debu) yg mencemarkan persekitaran. ~ pengawet ist bahan kimia yg digunakan utk mengawetkan sesuatu supaya tidak rosak atau tidak busuk. ~ tambah ist sesuatu bahan yg dicampurkan ke dlm bahan utama, lazimnya dlm kepekatan yg rendah utk tujuan tertentu, mis bahan penstabil dan bahan pengawet. ~ uji bahan yg digunakan di dlm makmal utk tujuan analisis kimia. perbahanan pelbagai bahan atau data utk kajian, penyelidikan dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bahan | 1. serpihan kayu (ketika ditarah), tatal kayu; besar kayu besar ~nya prb banyak pendapatan, banyak pula perbelanjaan; 2. sesuatu atau beberapa benda (barang dsb) yg digunakan utk menghasilkan sesuatu atau utk sesuatu tujuan: emak sedang membeli ~ pembuat kuih; ~ rujukan terbitan yg dijadikan rujukan (utk pembelajaran, pengkajian, dll); 3. hal-hal yg akan dibincangkan (diajarkan, disampaikan dlm ucapan, dll): ia sedang mencari ~-~ utk bercakap dgn lawannya; 4. barang-barang yg akan menjadi bukti (keterangan, alasan, dll); 5. benda (alat): Maimun belajar menggunakan ~-~ perhiasan; ~ aktif permukaan (Kim) sj bahan dlm serbuk pencuci yg menyebabkan pembentukan buih; ~ api bahan (spt kayu, arang batu, minyak, dsb) yg digunakan utk menghasilkan haba atau tenaga; ~ api fosil bahan api drpd sumber semula jadi (spt arang batu, minyak, dan gas asli) yg terhasil drpd penguraian sisa-sisa haiwan dan tumbuhan berjuta-juta tahun dahulu; ~ asli bahan-bahan yg terdapat dlm alam semula jadi (spt bahan galian, air, dll); ~ bakar benda yg dipakai utk membakar (dlm enjin dll); ~ baku Id benda yg terutama dipakai dlm industri; ~ galian benda yg diambil dr dlm tanah; ~ kasar benda yg masih kotor (belum dibersihkan); ~ makanan barang-barang utk makanan; ~ mengakar benda tempat tumbuhan dapat berakar; ~ mentah barang-barang (spt hasil tanaman, galian, dsb) yg digunakan dlm perusahaan dsb utk menghasilkan barang lain; ~ pakaian kain utk dibuat pakaian; ~ peledak (peletus) benda-benda yg dapat diledakkan (mesiu dll); ~ penyubur benda yg boleh menyuburkan tumbuhan; ~ perantara (Kim) sebatian organik yg terbentuk di antara bahan mula dgn hasil akhir dlm tindak balas sintesis kimia; ~ petrokimia sebatian organik yg diperoleh drpd petroleum atau gas asli; ~ rumah barangbarang pembuat rumah; ~ sel penapis (Bio) benda-benda yg membentuk sel penapis; ~ tambah (Kim) sesuatu bahan yg dicampurkan ke dlm bahan utama, lazimnya dlm kepekatan yg rendah utk tujuan tertentu; ~ uji (Kim) bahan yg digunakan dlm analisis kimia utk menghasilkan tindak balas dlm makmal, reagen; membahan 1. menarah, membelah, merimbas (kayu); 2. menghentam, memukul: ia hendak ~ adiknya;perbahanan kumpulan berbagai-bagai bahan atau data utk kajian (penyelidikan dsb): penyelidik itu sedang mengumpulkan ~ utk kajiannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |