analogi | kias, perbandingan (yg memperlihatkan ciri-ciri persamaan (sebahagiannya); menurut ~ menurut kias (perbandingan), berdasarkan perbandingan (persamaan); beranalogikan menggunakan (mempunyai) sesuatu sbg analogi: kesimpulan yg ~ fakta-fakta yg belum pasti kesahihannya; menganalogikan menggunakan (mempunyai) sesuatu sbg analogi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perbandingan | 1 hal berbanding atau dibandingkan. 2 persamaan (ttg sesuatu sifat dsb); sesuatu yg seimbang: ~ dlm bahasa kiasan kadang-kadang dinyatakan terang-terang dan kadang-kadang tidak. 3 ibarat: Kejayaannya boleh dijadikan ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perbandingan | 1. imbangan, perimbangan, persamaan; 2. ibarat: mereka ialah cermin ~ hidup; kata-kata ~; 3. = banding Id rayuan (ulang bicara), pertimbangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perbandingan | 1. hal berbanding atau dibandingkan. 2. persamaan (ttg sesuatu sifat dsb); sesuatu yg seimbang: ~ dlm bahasa kiasan kadang-kadang dinyatakan terang-terang dan kadang-kadang tidak. 3. ibarat: Kejayaannya boleh dijadikan ~. | Kamus Pelajar |
memetik | 1. mengambil (buah, bunga, pucuk, dll) drpd tangkainya: telah sudah bermain-main itu, lalu ia pun pergi pula ~ bunga mengarang kuntum; buah-buahan itu dipetik dan kemudian dibawa dgn lori ke kilang-kilang; 2. mengambil atau menyalin sebahagian drpd isi buku (karangan dll), menukil: dlm ucapan dan syair orang Arab banyak menggunakan kalimat-kalimat dan perbandingan-perbandingan kata yg dipetik drpd Quran; 3. bermain gitar (kecapi dll) dgn menggamit talinya: ia bernyanyi sambil ~ gitar; 4. menarik picu senapang dll dgn jari, menarik tali panah dgn jari; 5. merapatkan dan menggesekkan ibu jari dgn jari lain supaya mengeluarkan bunyi: barangkali inilah kunci rahsia itu, Lebai Dusin menjegil-jegilkan mata dan ~ jari dgn riang; 6. menekan (memusing) suis lampu dll yg menggunakan kuasa elektrik: dia membuka tingkap, ~ kipas angin dan ~ lampu kerana bilik itu agak muram sedikit; 7. memilin atau memintal misai dgn menggunakan dua jari; 8. menghisap rokok dll dgn menyelitkan rokok itu di antara dua jari; ~ bola melompat sambil menangkap (memukul) bola; ~ hasil mengutip hasil; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
petik | ; memetik 1. mengambil (buah, bunga, pucuk, dll) drpd tangkainya: telah sudah bermain-main itu, lalu ia pun pergi pula ~ bunga mengarang kuntum; buah-buahan itu dipetik dan kemudian dibawa dgn lori ke kilang-kilang; 2. mengambil atau menyalin sebahagian drpd isi buku (karangan dll), menukil: dlm ucapan dan syair orang Arab banyak menggunakan kalimat-kalimat dan perbandingan-perbandingan kata yg dipetik drpd Quran; 3. bermain gitar (kecapi dll) dgn menggamit talinya: ia bernyanyi sambil ~ gitar; 4. menarik picu senapang dll dgn jari, menarik tali panah dgn jari; 5. merapatkan dan menggesekkan ibu jari dgn jari lain supaya mengeluarkan bunyi: barangkali inilah kunci rahsia itu, Lebai Dusin menjegil-jegilkan mata dan ~ jari dgn riang; 6. menekan (memusing) suis lampu dll yg menggunakan kuasa elektrik: dia membuka tingkap, ~ kipas angin dan ~ lampu kerana bilik itu agak muram sedikit; 7. memilin atau memintal misai dgn menggunakan dua jari; 8. menghisap rokok dll dgn menyelitkan rokok itu di antara dua jari; ~ bola melompat sambil menangkap (memukul) bola; ~ hasil mengutip hasil; memetiki memetik berulang-ulang; memetikkan memetik utk orang; terpetik telah dipetik, tergamit, terkutip, terpintal, tertekan; petikan 1. hasil (pendapatan) memetik; 2. = pemetik picu senapang dll; 3. = pemetik suis lampu elektrik; 4. kutipan, nukilan; ~ api alat utk memasang rokok; pemetikan perbuatan memetik; pemetik 1. orang yg memetik; 2. petikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengiaskan | 1. mengenakan kias (perbandingan, persamaan) pd: ~ satu fasal undang-undang kpd suatu keadaan yg tertentu; 2. menunjukkan (mengemukakan) sesuatu dgn perbandingan (persamaan), mengibaratkan: pepatah Inggeris ~ orang bodoh yg banyak cakapnya sbg tong yg tidak berisi; 3. membuat sindiran (ibarat dll) yg ditujukan kpd: ayahnya pernah juga ~ kpd dia supaya membuat amal ibadat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
umpama | 1 sesuatu yg dijadikan perbandingan; ibarat. 2 = seumpama sama halnya dgn; tak ada bezanya dgn: Hidupnya ~ burung dlm sangkar. umpamanya, umpamakan jika sekiranya; andai kata: ~ dia marah, bagaimana? mengumpamakan 1 menganggap sama dgn; menjadikan sbg ibarat; mengibaratkan: Ia ~ pengkhianat itu sbg sampah masyarakat. 2 memberi hormat spt yg sepatutnya: Jika kita tidak ~ orang, orang juga tidak akan ~ kita. perumpamaan 1 sesuatu yg dianggap sama dgn; ibarat. 2 peribahasa yg berupa perbandingan dgn sesuatu yg lain dan umumnya berisi pengajaran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
persamaan | 1. perihal sama (sifat-sifatnya dll), persesuaian: yg membentuk bangsa ialah ~ bahasa, ~ sejarah, dan ~ kebudayaan; ada ~ antara orang asli di Filipina dgn orang asli di Semenanjung Tanah Melayu; 2. perbandingan, perumpamaan, ibarat: ~ yg diberikan dlm sajak-sajak itu banyak yg salah; 3. perbandingan dua ungkapan yg sama nilainya (dlm ilmu hisab, fizik, kimia, dll); ~ kimia perlambangan tindak balas kimia dgn menggunakan simbol unsur-unsur utk me-nandakan banyaknya bahan dan hasil tindak balas; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cermin perbandingan | sesuatu yg dijadikan contoh (pelajaran, teladan) utk diikuti dll: tingkah laku seseorang guru itu menjadi ~ bagi murid-murid; | Kamus Dewan Edisi Keempat |