perbantahan | perbuatan berbantah; pertengkaran; perdebatan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perbantahan | pertengkaran, perdebatan: pd suatu malam, terjadilah ~ antara kedua-dua pemuda itu tentang hak milik pusaka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perbantahan | perbuatan berbantah; pertengkaran; perdebatan. | Kamus Pelajar |
pertelagahan | perihal bertelagah, perbantahan, perselisihan, pertelingkahan, pertikaian: ~ sengit telah berlaku antara guru-guru Melayu dgn Kementerian Pendidikan mengenai pelajaran menengah Melayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
muhajat | Ar pertikaian, perbantahan, perselisihan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pergaduhan | perkelahian, pertengkaran, perbantahan, rusuhan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perbalahan | perihal berbalah, perbantahan, pertengkaran: mereka itu sengaja mencari ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
polemik | (polémik) perbahasan (perdebatan, perbantahan) dgn rencana atau tulisan dlm surat khabar (majalah dll): wujudkan ~ yg sihat mengenai keilmuan ataupun isu semasa; berpolemik berbahas atau berbantah dlm surat khabar (majalah dll): memupuk semangat ~ di kalangan cerdik pandai; mempolemikkan membahaskan sesuatu pendapat (isu) dsb dlm bentuk polemik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perbabilan | perihal berbabil, pertengkaran, perbantahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pertengkaran | perbuatan atau hal bertengkar; perbalahan; perbantahan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |