Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perbuatan belot;


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
khianatperbuatan menganiaya orang lain; perbuatan belot atau tidak setia (kpd kawan, bangsa, negara dsb): Jangan sekali-kali kita berbuat ~ kpd bangsa dan negara. berkhianat berbuat khianat: Dia tidak suka ~ kpd sesiapa juga. mengkhianati berbuat khianat kpd; tidak setia kpd: Dgn membelot kpd pihak musuh, kamu telah ~ bangsamu sendiri. pengkhianatan perihal (perbuatan) mengkhianati: Seseorang yg baik tidak mungkin melakukan ~. pengkhianat orang yg berbuat khianat; orang yg tidak setia; pembelot.Kamus Pelajar Edisi Kedua
khianatperbuatan menganiaya orang lain; perbuatan belot atau tidak setia (kpd kawan, bangsa, negara dsb): Jangan sekali-kali kita berbuat ~ kpd bangsa dan negara. berkhianat berbuat khianat:Dia tidak suka ~ kpd sesiapa juga. mengkhianati berbuat khianat kpd; tidak setia kpd: Dgn membelot kpd pihak musuh, kamu telah ~ bangsamu sendiri. pengkhianatan perihal (perbuatan) mengkhianati: Seseorang yg baik tidak mungkin melakukan ~. pengkhianat orang yg berbuat khianat; orang yg tidak setia; pembelot.Kamus Pelajar
khianat1. perbuatan jahat yg (bertujuan) menganiaya atau mendatangkan kecelakaan pd orang lain, tipu daya, perbuatan belot atau tidak setia (kpd negeri, bangsa, dll): orang yg berbuat ~ itu adalah orang yg sangat hina; 2. yg (bertujuan) menganiaya atau men­celakakan dsb orang lain, yg belot kpd negara: perbuatan ~; orang ~ orang yg melakukan (perbuatan) khianat; berkhianat berbuat khianat: hamba tidak akan ~ dan menderhaka kpd Dato’ Bendahara; mengkhianati berbuat khianat kpd, mence­lakakan, memperdaya, membelot terhadap, tidak setia kpd: dgn memihak kpd musuh, kau telah ~ bangsa dan negaramu; pengkhianatan perihal (perbuatan, tindak­-tanduk, dsb) mengkhianati, perbuatan khia­nat: letupan di pelabuhan itu adalah suatu ~ oleh anasir-anasir jahat; pengkhianat orang yg berbuat khianat, orang yg belot, orang yg tidak setia kpd negara (ketua dll): ~ itu telah dibicarakan dan dihukum.Kamus Dewan Edisi Keempat
belot(bélot) = berbelot, membelot 1. berpihak kpd musuh (menderhaka): orang yg telah ~ akan dipecat drpd jawatannya; 2. berlaku tidak setia (tidak jujur), berpaling hati: ia tidak mahu mengenang-ngenangkan lagi kisah ~ terhadap isteri tuanya; 3. meninggalkan agama dll, murtad: dia telah ~ drpd ajaran Islam;pembelotan perbuatan membelot, penderhakaan; pembelot orang yg mengkhianati (orang lain dll), penderhaka: di hadapan kita ini ada dua orang ~ yg telah menyamar diri ke dlm kumpulan kita.Kamus Dewan Edisi Keempat
seleweng(seléwéng); menyeleweng 1. me­nyimpang dr arah yg betul, tidak menurut jalan yg betul: lembu yg kena rebuk itu ~ ke tengah jalan; 2. ki menyimpang dr tujuan sebenarnya, tidak menurut landasan-landasan (syarat, perintah, dll) yg telah ditetapkan, meng-khianati, membelot: hadirin dibawa balik kpd tajuk perbincangan kiranya mereka ~; menyelewengkan 1. menjadikan menye­leweng (menyimpang dr tujuan dll): saya me-lihat gerak hidup beberapa cabang kesenian yg telah diselewengkan hingga menyalahi prinsip susila Timur; 2. meng­gelapkan, men-curi: dan kemudian dia di­tangkap terbukti ~ gula pasir; terseleweng telah menyeleweng atau dise­lewengkan: rakaman dan tafsirannya ~ drpd yg sebenarnya; penyelewengan perbuatan menyeleweng­(kan), penyimpangan: ~ drpd dasar, memi­sahkan kita drpd hakikat pengajaran agama; penyeleweng orang yg menyeleweng, pem­belot: aku yg berjuang menentang pen­jajahan, sekarang dituduh sbg ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
muka1 bahagian kepala di sebelah hadapan dr dagu hingga ke dahi: ~nya penuh dgn jerawat. air ~ rupa muka; wajah. 2 bahagian yg di hadapan; sebelah hadapan: Ia pergi ke pintu ~ utk melihat siapa yg datang. 3 hadapan: Perkara itu telah dibawa ke ~ pengadilan. 4 = ~ surat halaman buku. 5 = permukaan bahagian yg di sebelah atas bidang yg menutupi sesuatu atau yg di atas sekali: Gunung Tahan tingginya 2,185 meter atau 7,186 kaki dr ~ laut. 6 yg terdahulu; pendahuluan; permulaan: wang (duit) ~ wang (duit) yg dibayarkan pd mulanya; cengkeram. 7 yg akan datang: minggu (bulan, tahun) ~ minggu (bulan, tahun) yg akan datang. ~ bumi bahagian bumi yg di sebelah atas yg meliputi bahagian yg datar, gunung-ganang dll; bidang bumi. ~ dua tidak jujur; belot. ~ manis rupa muka yg menarik. ~ masam rupa muka yg menyatakan tidak senang atau kecewa. ~ papan muka yg tak tahu malu. ~ pintu ruang atau lapangan pintu tempat keluar masuk. ~ tebal (tembok) muka tak bermalu. muka-muka;dgn ~ tidak ikhlas. bermuka mempunyai muka: tidak ~ malu; ~ dua berlaku tidak jujur. bermuka-muka 1 berhadap-hadapan; di hadapan muka. 2 tidak dgn ikhlas; berpura-pura: Orang itu ~ supaya segala kehendaknya dpt belaka. permukaan bahagian yg di sebelah atas sesuatu (bumi dll): ~ jalanitu tidak rata. pemuka orang yg di muka dlm sesuatu kegiatan, usaha dll; pemimpin; pembimbing; penganjur. di muka 1 di hadapan muka; dgn terang-terang: Ia membuat teguran ~ orang yg bkn. 2 di hadapan; di depan: ~ umum di hadapan khalayak ramai; ~ puasa menjelang puasa. ke muka 1 ke hadapan: Dia segera pergi ~ kelas apabila dipanggil oleh gurunya. 2 maju; mara: Dia ~ apabila dicabar oleh lawannya. mengemukakan 1 membawa ke hadapan atau ke muka. 2 mengetengahkan (sesuatu pendapat, cadangan dll); mengutarakan; mencadangkan. terkemuka diketahui umum; terkenal; ternama: Dlm bidang ekonomi, beliau memang ~ di Malaysia ini. semuka berhadapan muka. bersemuka bertemu muka; berhadapan muka. menyemukakan mempertemukan berhadap-hadapan; menjadikan berhadap-hadapan. persemukaan perbuatan atau hal bersemuka.Kamus Pelajar
muka1. bahagian hadapan kepala (dr kaki rambut sampai ke dagu): dia memalingkan ~nya; ~nya pucat; 2. = air ~ rupa muka, wajah, paras: sekali-kali janganlah engkau menunjukkan ~ masam kepadanya; 3. se­belah hadapan, bahagian depan: dgn cepat ia melangkah ke pintu ~; 4. hadapan, lwn belakang: mereka berjalan beriring-iringan, Mangkut di belakang, Yusof di ~; 5. (ke) pengetahuan, (pd) kehadiran, di hadapan: Duria dituduh oleh pemerintah dan dibawa ke ~ pengadilan; selalu juga ia membuat ucapan di ~ umum; 6. = ~ surat halaman (buku): berita ~ depan surat khabar itu ialah berita kapal “Undan” ditembak Belanda; 7. = permukaan bahagian sebelah atas sesuatu (spt bumi, laut, dll), bidang atau lapisan yg menutup sesuatu, bahagian sesuatu yg pipih atau rata dan yg terdedah kpd pandangan (tidak terselindung): kerana ~ jalan yg mereka lalui itu lekuk-lekak, jadi perjalanan kereta itu spt perahu yg dipukul gelombang; duit syiling mempunyai dua ~; 8. yg terdahulu, permulaan, pendahuluan; wang ~ wang yg dibayar pd mulanya; 9. yg akan datang (tiba); bulan (tahun, minggu) ~ bulan (tahun, minggu) yg akan datang; ~ baru orang baru, pemain baru (dlm sesuatu pasukan), orang yg baru melibatkan diri dlm sesuatu kegiatan (usaha dsb); ~ bumi bidang bumi; ~ keratan permukaan sesuatu (batang dll) yg dipotong melintang; ~ lama orang lama, pemain dll yg sudah lama melibatkan diri (dlm sesuatu); ~ papan = ~ pot Kd orang yg tidak tahu malu; ~ pintu ambang pintu; ~ selamba muka yg tidak berubah-ubah (sama ada sedih, riang, dll); ~ taip a) permukaan cetakan bagi sesuatu jenis taip; b) reka bentuk permukaan jenis taip tertentu; ~ tarpal = ~ tebal = ~ tembok tidak bermalu; ~ bagai ditampal dgn kulit babi prb hal orang yg tidak tahu malu; ~ berpandangan, budi berkedapatan, kasih bagai selama juga prb kejahatan yg dilakukan oleh seseorang kpd orang lain sungguhpun diketahui tetapi tidak dihiraukan; ~ licin, ekor (penuh) berkudis prb orang yg pd lahirnya banyak wang tetapi se­benarnya banyak hutang; buruk ~, cermin dibelah prb kerana buruk keadaan diri, orang lain yg disalahkan; mengambil ~ prb membuat­buat laku baik atau manis supaya disayangi orang; tarik ~ dua belas prb hal orang yg sangat kecewa, kelihatan selalu kesal; di muka 1. hadapan muka, dgn terang-terang: kalau berani jangan di belakang tetapi ~; 2. di hadapan, di depan; ~ umum di khalayak ramai; 3. dahulu, pendahuluan; ~ puasa men­jelang puasa; wang ~ cengkeram; ke muka maju ke hadapan, mara; sekarang ~ dr masa ini hingga seterusnya; mengemukakan 1. membawa ke hadapan atau ke muka; 2. mengetengahkan (sesuatu pendapat dll supaya dipertimbangkan), mem­beri pendapat bkn sesuatu: kertas kerja ini disediakan dan dikarang dgn teliti oleh kementerian yg ~ perkara yg hendak dibin-cangkan itu; 3. mencadangkan (supaya di­terima), mengusulkan: pengundi hanya dapat mengundi calon yg dikemukakan oleh parti, calon lain tidak ada; 4. menyampaikan (pertanyaan, tuntutan, permohonan, dll): ia sendiri masih malu hendak ~ pertanyaan ini kpd Maskam; 5. ki menceritakan, mengisah­kan (sesuatu hal dll): Nora ~ kisah dirinya dan pengalamannya dlm kelima-lima cer-pennya itu; terkemuka terkenal, ternama: dia memang orang yg ~ dlm kampungnya dan disegani dlm daerahnya; muka-muka; dgn ~ tidak tulus ikhlas, pd zahirnya sahaja; semuka sama mukanya, berhadapan muka; bersemuka berhadapan muka (dgn), ber­temu muka (dgn): belum pernah ia ~ dgn orang yg mahu menjawab selekas itu; per-temuan ~ boleh menimbulkan masalah; menyemukakan menemukan berhadap-ha­dapan, membuat supaya berhadapan muka; bermuka memiliki (mempunyai) muka, ada mukanya; ~ dua ki suka belot, tidak jujur; ~ dinding (kayu, papan, tebal, tembok) orang yg tidak bermalu; ~ manis memperlihatkan muka yg manis; tidak ~ ki malu; bermuka-muka 1. berhadapan muka, di depan muka; 2. Id secara terus-terang, tidak bersembunyi-sembunyi (melakukan sesuatu dll); 3. tidak dgn ikhlas, hanya pd lahirnya sahaja, berpura-pura: isteri mudanya itu pandai ~ sebab itulah apa sahaja hajatnya dapat belaka; 4. beberapa atau banyak muka (surat): ucapannya ~ panjangnya; permukaan bidang di sebelah atas yg rata (air, meja, dll), muka, paras; ~ laut muka laut; berpermukaan mempunyai permukaan: kawasan yg ~ konkrit; pengemukaan perihal (perbuatan dsb) me­ngemukakan: nama beliau sering dihubung-kan dgn ~ aspek kelemahan karya; pemuka pemimpin, pembimbing, penganjur.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas