skandal | perkara atau perbuatan keji (malu, aib, hina, dsb yg biasanya menimbulkan kemarahan orang ramai): ~ itu melibatkan beberapa orang ternama. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hina | 1 tidak mulia kedudukannya; rendah tarafnya: Mereka memandang kami sangat ~ spt anjing. 2 tidak sopan; tidak manis (bkn kelakuan atau perbuatan); keji: Perbuatan itu sangat ~. menghina memburukkan nama orang; mengeji; mencela: Tidak baik kita ~ orang. ~ mahkamah a. tidak patuh pd keputusan atau proses mahkamah. b. melakukan perbuatan biadab terhadap mahkamah. terhina telah dihina; berasa keji: Dia berasa ~ dikata-katai begitu. kehinaan keadaan hina; kekejian: Ia jatuh ke lembah ~. penghinaan perbuatan atau hal menghina. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
aib | 1. rasa hina atau malu akibat perbuatan keji dsb oleh seseorang anggota keluarga dsb, cela, nama buruk, penghinaan; memberi ~ memberi malu, mencela (nama baik keluarga dsb); menaruh ~ berasa malu; 2. cacat, salah: tiap-tiap benda yg murah tidak dapat tidak ada ~nya; mengaibkan 1. memberi aib, mencela, mencerca: ia selalu ~ jirannya; perbuatan yg ~; 2. menghina, menodai (nama baik), memberi malu: kadi memberitahu perempuan-perempuan jalang itu bahawa mereka telah ~ agama Islam; keaiban cela, kecelaan, noda (nama buruk), perasaan malu: hal itu merupakan suatu ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nista | 1 kata-kata yg bertujuan menghina dsb; cercaan; makian: Segala macam ~ dan umpat dihamburkan kpd pemuda itu. 2 hina sekali; keji: kata-kata ~ kata-kata yg keji; perbuatan ~ perbuatan yg keji. 3 rasa malu; aib. menista memberi malu; mengaibkan; mencela: Jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya sekalipun jangan dinista dgn kata-kata yg keji. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hina | 1. tidak mulia kedudukannya; rendah tarafnya: Mereka memandang kami sangat ~ spt anjing. 2. tidak sopan; tidak manis (bkn kelakuan atau perbuatan); keji: Perbuatan itu sangat ~. menghina memburukkan nama orang; mengeji; mencela: Tidak baik kita ~ orang. terhina telah dihina; berasa keji: Dia berasa ~ dikata-katai begitu. kehinaan keadaan hina; kekejian: Ia jatuh ke lembah ~. penghinaan perbuatan atau hal menghina. | Kamus Pelajar |
hina | 1. rendah tarafnya (kedudukan, pangkat, dll): mereka memandang kami sangat ~, macam anjing layaknya; 2. keji (perbuatan, kelakuan, dll), kurang sopan: perbuatan itu sangat ~ dan keji; ketahuan ~ mulianya mengetahui kedudukan yg sebenarnya; ~ budi kelakuan yg kurang baik; ~-dina = ~-lata = ~-leta = ~-papa (orang yg) paling rendah martabat lagi miskin; se~ semalu nasib yg sama, seia sekata; berhina; ~ diri merendahkan diri; menghina, menghinakan 1. memperlakukan spt orang yg hina, rendah (kedudukan dll): biarlah saya menghina diri saya sendiri sebelum orang lain ~ saya; 2. menyinggung perasaan orang (memaki dll), memburukkan nama orang, mengejikan: dia sudah tentu tak suka menghina orang dan tak suka pula dihinakan oleh orang; terhina dipandang (dianggap) hina, telah dihinakan: dia berasa ~ dikata-kata begitu; hinaan sesuatu yg menghina: kata-katanya mengandungi ~; kehinaan perihal hina (keji, buruk, dll), kerendahan (martabat dll), kekejian: ia telah jatuh ke dlm lembah ~; penghinaan perihal menghina(kan): perbuatan itu dianggapnya sebagai satu ~; ~ mahkamah (Udg) a) perbuatan mengingkari keputusan atau proses mahkamah; b) perlakuan biadab terhadap mahkamah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
durjana | jahat atau keji (bkn perbuatan, kelakuan dll). kedurjanaan perbuatan yg jahat (keji); sifat durjana; kejahatan; kekejian: ~ diktator itu sudah diketahui orang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
nista | 1 kata-kata yg bertujuan menghina dsb; cercaan; makian: Segala macam ~ dan umpat dihamburkan kpd pemuda itu. 2 hina sekali; keji:kata-kata ~ kata-kata yg keji; perbuatan ~ perbuatan yg keji. 3 rasa malu; aib. menistamemberi malu; mengaibkan; mencela: Jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya sekalipun jangan dinista dgn kata-kata yg keji. | Kamus Pelajar |
terkutuk | 1 ditimpa laknat; kena kutuk; dikutuk. 2 sangat keji: perbuatan yg ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
durjana | jahat atau keji (bkn perbuatan, kelakuan dll). kedurjanaan perbuatan yg jahat (keji); sifat durjana; kejahatan; kekejian: ~ diktator itu sudah diketahui orang. | Kamus Pelajar |