perbudakan | perihal budak (hamba), perihal dibudakkan (diperbudak): engkau telah terlepas drpd kongkongan ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perhambaan | perihal menjadi hamba (berhamba), perbudakan: Islam sama sekali tidak menggalakkan ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rontok | Jk 1. gugur (buah-buahan, bunga), luruh, (bulu, daun, dll), banyak tanggal (gigi), terkelupas (cat, kulit, dll); musim ~ musim gugur (antara musim panas dan musim dingin); penyakit ~ rambut penyakit yg menyebabkan luruhnya rambut; 2. ki semakin berkurang (kesihatan, tenaga, dll), semakin lemah: semangat perbudakan mulai ~, dan timbul semangat baharu yg semakin lama semakin besar; merontokkan menggugurkan, meluruhkan, menanggalkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
budak | 1. anak, kanak-kanak: ~ sekolah; 2. hamba sahaya, pembantu rumah, abdi, amah, jongos: janganlah kauperlakukan aku sbg ~mu; ~ belian hamba yg diperoleh dgn membeli; ~ dalam hamba istana; ~ kundang biduanda; ~ pejabat penyelenggara pejabat, peon; ~ raja budak (orang) suruhan raja; ~ suruhan budak yg disuruh-suruh; ~ tanggung orang yg belum dewasa tetapi tidak juga muda; bagai ~ sapu hingus prb dikatakan kpd orang yg beroleh malu dlm sesuatu majlis; membekali ~ lari prb dua kali rugi; budak-budak kanak-kanak: macam ~ merajuk kena pujuk; bukan ~ makan pisang prb bukan orang yg dapat dipermain-mainkan (diperdayakan); berbudak sl bersama budak: maka Sultan Mahmud Shah pun pergi dua ~, kitab baginda sendiri membawa dia; dua ~ berdua dgn seorang budak; berbudak-budakan, kebudak-budakan, kebudakan spt budak-budak (kelakuan dll), keanak-anakan: maka raja pun tertawa melihat Patih menari itu kebudak-budakan; membudak bk memperhambakan diri, mengabdikan, menjadi hamba sahaya: dgn keadaanku sekarang ini belum perlu aku ~ kpd orang; membudakkan, memperbudak memperhambakan, menjadikan hamba, memperlakukan spt hamba: dia bukan spt kita, dia tidak diperbudak wang;memperbudak-budakkan memperlakukan seseorang spt budak-budak (yg dianggap masih mentah, tidak berpengalaman dsb): skuad pelapis bola sepak Pasukan A berjaya ~ Pasukan B dlm pertandingan itu; dia terasa dirinya diperbudak-budakkan oleh sekumpulan pelajar senior; perbudakan perihal budak (hamba), perihal dibudakkan (diperbudak): engkau telah terlepas drpd kongkongan ~;pembudakan perihal (perbuatan) membudak(kan): ~ orang yg lemah oleh yg kuat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hamba I | 1. abdi, budak belian, sahaya; 2. saya (utk merendahkan diri): ~ dengar tadi encik mengatakan encik berniaga di Singapura; tuan ~ (sbg menghormati orang yg dilawan bercakap) tuan; 3. ya, tuan (disebut ketika menjawab pertanyaan dsb); 4. (Komp) peranti yg dikuasai atau dikawal oleh peranti lain; ~ Allah manusia; ~ bas (Komp) peranti yg ditetapkan utk bertugas menerima atau menghantar data dari atau ke peranti yg bertindak sbg pengawal bas dlm komputer; ~ hukum Id polis; ~ raja a) abdi raja; b) bentara raja; ~ sahaya berbagai-bagai hamba, segala hamba; ~ seks perempuan yg dipaksa melayan keinginan nafsu seks lelaki; ~ tebusan budak belian; ~ tuan saya (utk merendahkan diri); berhamba 1. memiliki (mempunyai) hamba: ia ~ dua orang; 2. menjadi hamba (abdi): mereka datang menyerahkan diri kpd baginda dan ~ kepadanya; 3. menyebut dirinya hamba: ia tidak lagi ~ tuan ketika bercakap; 4. bersama-sama dgn hamba: dibawa lari periuk nasi itu lima ~; menghamba, menghambai mengabdi (kpd): kasih itu jangan melampau-lampau sehingga ~ diri sendiri; menghambakan 1. menjadikan hamba: ia sedar bagaimana pengaruh wang boleh ~ orang; penghulu itu ~ orang kampung; 2. memperhambakan; memperhamba memperlakukan sbg hamba; memperhambai mengabdi kpd; memperhambakan menjadikan diri sendiri atau seseorang lain sbg hamba kpd, mengabdikan: ia telah ~ dirinya kerana kasihnya kpd laki-laki itu; diperhamba = yg ~ hamba tuan(ku), patik, saya: yg titah itu atas kepala patik yg ~; kehambaan keadaan menjadi hamba: syarat atau asas perkenalan sesama manusia termasuklah patuh, taat, dan mengaku ~ kpd Allah; perhambaan perihal menjadi hamba (berhamba), perbudakan: Islam sama sekali tidak menggalakkan ~; penghambaan perihal atau perbuatan menghamba. | Kamus Dewan Edisi Keempat |