Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.cum.buan] | ڤرچومبوان

Definisi : perihal (perbuatan) bercumbu-cumbu(an). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata percumbuan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
percumbuanperihal (perbuatan) bercumbu-cumbu(an).Kamus Dewan Edisi Keempat
cumbu1. kata-kata manis yg dituturkan (sewaktu memujuk, berkasih-kasihan, dll), pujukan: tegur sapa dan bujuk ~ sekarang ini dilakukannya pula kpd isteri mudanya; 2. senda gurau, lawak jenaka, kelakar: ~ pelawak; bercumbu-cumbu, bercumbu-cumbuan 1. = bercumbuan saling berbalas kata-kata manis, pujuk-memujuk (sewaktu berkasih­-kasihan dll), bercengkerama: ia berjumpa dgn sepasang merpati yg sedang asyik ~; 2. berjenaka, berkelakar, bersenda gurau: orang masih ~ juga di dekat puadai, terutama anak-anak gadis; mencumbu mengeluarkan kata-kata manis (sewaktu berkasih-kasihan dll), membujuk: Amiruddin ~ mesra, tangannya menyapu rambut Hawa; mencumbui mengeluarkan kata-kata manis (sewaktu berkasih-kasihan dll) kpd: Hitam ~ Mazni dgn hiburan-hiburan yg menggelikan hati Mazni; cumbuan 1. ucapan-ucapan manis, bujukan, pujukan: suami harus selalu memikat hati isteri dgn kata-kata merdu, dgn ~ atau ciuman-ciuman mesra; 2. senda gurau, kelakar; percumbuan perihal (perbuatan) bercumbu-cumbu(an).Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas