perdu | 1 bahagian pangkal pokok: ~ manggis. 2 kelompok pokok yg tumbuh berumpun-rumpun: ~ buluh. berperdu tumbuh sbg perdu; tumbuh dlm bentuk perdu; berumpun. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perdu | 1 bahagian pangkal pokok: ~ manggis. 2 kelompok pokok yg tumbuh berumpun-rumpun: ~ buluh. berperdu tumbuh sbg perdu; tumbuh dlm bentuk perdu; berumpun. | Kamus Pelajar |
berperdu | tumbuh sbg perdu; tumbuh dlm bentuk perdu; berumpun. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berperdu | tumbuh sbg perdu; tumbuh dlm bentuk perdu; berumpun. | Kamus Pelajar |
perdu II | ; berperdu berasas: kehidupan mereka tidak lagi ~ kpd tradisi dan peradaban Islam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perdu I | 1. kelompok pokok (buluh dll), rumpun: digenggamnya serumpun padi dan dicabutnya berderai jatuh tanah drpd ~nya; 2. pangkal pokok: ia menyandarkan basikalnya pd ~ membacang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rumpun | 1. kumpulan tumbuhan yg seolah-olah mempunyai akar yg sama (kerana tumbuh anak-beranak), perdu: ~ buluh; ~ padi; 2. ki perindukan (orang-orang yg seketurunan, mempunyai nenek moyang yg sama), segolongan besar bangsa (bahasa) yg sama asal dan jenisnya, golongan yg sejenis (karya kesusasteraan): ~ bangsa Mongol; bahasa Melayu dan bahasa Jawa termasuk dlm satu ~ bahasa; ~ cerita rakyat; 3. = ~ telinga lekuk daun telinga; 4. ikatan, rangkaian; alah di ~ betung prb, Mn kekalahan yg tidak memuaskan orang (pihak yg kalah); tak jauh rebung di ~nya prb perihal perangai anak yg tidak berbeza drpd orang tuanya; serumpun 1. satu rumpun, satu perdu yg banyak pokoknya: ~ buluh; 2. segolongan bangsa (bahasa dll) yg sama jenisnya, seperindukan: bangsa yg ~ dgn bangsa Mongolia; 3. setangkai, seikat (buah-buahan, bunga, dll): ~ bunga semarak api; ~ bagai serai, selubang (seliang) bagai tebu prb bersatu hati dlm segala hal; tebas buluh ~ prb perihal merosakkan seluruh kaum kerabat (kerana perbuatan yg tidak baik); keserumpunan perihal atau keadaan tergolong di dlm satu rumpun atau rumpun yg sama: ~ bahasa; berumpun, berumpun-rumpun 1. tumbuh merupakan rumpun (perdu), ditumbuhi tumbuh-tumbuhan yg berperdu; 2. beberapa rumpun, banyak rumpun; 3. ki beberapa tangkai, beberapa ikat (buah-buahan, bunga-bungaan, dll): bunga semarak api didapati berumpun-rumpun di hujung dahannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bonsai | 1 seni menanam tumbuhan perdu yg kerdil (ditanam dlm pasu, dgn dahan dipangkas rapi dan pembajaannya terkawal). 2 pokok yg dikerdilkan sbg hiasan (ditanam dlm pasu, dgn dahan dipangkas rapi dan pembajaannya terkawal). membonsaikan menjadikan sbg bonsai: Pokok-pokok itu akan dibonsaikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
serumpun | 1. satu rumpun, satu perdu yg banyak pokoknya: ~ buluh; 2. segolongan bangsa (bahasa dll) yg sama jenisnya, seperindukan: bangsa yg ~ dgn bangsa Mongolia; 3. setangkai, seikat (buah-buahan, bunga, dll): ~ bunga semarak api; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berumpun-rumpun | 1. tumbuh merupakan rumpun (perdu), ditumbuhi tumbuh-tumbuhan yg berperdu; 2. beberapa rumpun, banyak rumpun; 3. ki beberapa tangkai, beberapa ikat (buah-buahan, bunga-bungaan, dll): bunga semarak api didapati berumpun-rumpun di hujung dahannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |