pengujian alfa(alpha testing) | Kaedah menguji perkakasan atau perisian baru di tempat kerja pereka bentuk terlebih dahulu sebelum mengujinya di luar. | Kamus Komputer |
kebolehramalan sistem(system predictability) | Sifat sistem yang bertindak mengikut kelakuan yang dirancang oleh pereka bentuk sistem. | Kamus Komputer |
surihan nyahpepijat(trace-debug) | Kemudahan pembinaan perisian komputer yang menyurih atur cara untuk diteliti oleh pereka bentuk atur cara. Ini membolehkan pengatur cara tersebut mencari pepijat atau ralat dalam atur cara semasa pelaksanaan atur cara. Apabila pepijat atau ralat ditemui, pengatur cara boleh terus membetulkan kesilapan tersebut dan seterusnya suruhan boleh disambung semula. | Kamus Komputer |
pereka bentuk | orang yg mereka bentuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pereka bentuk | orang yg membuat reka bentuk. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pereka bentuk | orang yg membuat reka bentuk. | Kamus Pelajar |
terdawai keras(hardwired) | Sifat sistem kawalan, litar elektronik, atau atur cara terdawai yang disambung kekal oleh pereka bentuk sistem atau pengilang. Dengan cara ini sistem tersebut tidak dapat diubah atau diaturcarakan oleh pengguna. | Kamus Komputer |
keandalan litar(circuit reliability) | Peratusan masa litar dapat memenuhi set piawaian yang ditetapkan oleh pengguna atau pereka bentuk asal sistem. | Kamus Komputer |
alamat sebenar(actual address) | Alamat kedudukan ingatan, daftar, atau liang input-output yang telah ditentukan oleh pereka bentuk asal sistem. | Kamus Komputer |
masa pengeluaran(production time) | Masa yang diambil untuk memproses kerja-kerja berfaedah sebenar seperti yang dirancangkan, tanpa sebarang gangguan pereka bentuk, kegagalan, atau ralat besar. | Kamus Komputer |