perendaman | perbuatan dsb merendam (menaruh dlm air). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berendam | 1. berada di dlm air dll: jangan dibiarkan kain ~ lama-lama dlm air; mandi ~ di sungai; 2. = terendam tenggelam (dlm air), terbenam (dlm air), tergenang (dlm air): tanah yg sudah ditenggala itu dibiarkan ~ selama beberapa hari; 3. = terendam ki tidak berbuat kerja, tinggal di rumah sahaja, terbenam (dlm sesuatu hal pekerjaan dll): buat apa dia ~ di rumah sahaja?; ~ air mata tergenang dlm air mata, selalu menangis; ~ sesajak air, berpaut sejengkal tali prb perihal seseorang yg susah hidupnya (serba kekurangan); rendaman (Kim) bekas yg dipenuhi air (pasir, minyak, dll) utk memindahkan haba secara seragam kpd objek yg diletakkan ke dalamnya; perendaman perbuatan dsb merendam (menaruh dlm air). | Kamus Dewan Edisi Keempat |