pergeseran | 1 persentuhan yg berlaku ketika bergerak; hal bergeser. 2 ki perbezaan pendapat; perselisihan antara dua orang atau dgn beberapa orang lain. 3 peralihan tempat; pergantian jawatan (ttg pegawai). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pergeseran | 1. pergesekan; 2. perselisihan, pertelingkahan: sebarang ~ dlm parti tidak boleh dianggap sbg jalan ke arah keretakan; di sini terjadi pula ~ makna sesuatu kata; 3. pertukaran tempat, peralihan tempat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pergeseran | 1. persentuhan yg berlaku ketika bergerak; hal bergeser. 2. ki perbezaan pendapat; perselisihan antara dua orang atau dgn beberapa orang lain. 3. peralihan tempat; pergantian jawatan (ttg pegawai). | Kamus Pelajar |
geser | /gésér/; bergeser 1 bersentuh serta bergerak-gerak; bergesel: Dua benda yg ~ menghasilkan haba. 2 beralih sedikit dr tempatnya; beranjak sedikit: Dia tidak mahu ~ dr tempat duduknya. menggeser menyentuh sesuatu yg lain sambil bergerak; menggesel. menggeserkan menolak dll supaya beralih; mengalih: ~ kerusi ke belakang. geseran sentuhan akibat bergeser; hasil perbuatan menggeser. pergeseran 1 persentuhan yg berlaku ketika bergerak; hal bergeser. 2 ki perbezaan pendapat; perselisihan antara dua orang atau dgn beberapa orang lain. 3 peralihan tempat; pergantian jawatan (ttg pegawai). penggeseran perbuatan menggeser atau menggeserkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
geser | /gésér/;bergeser 1. bersentuh serta bergerak-gerak; bergesel: Dua benda yg ~ menghasilkan haba. 2. beralih sedikit dr tempatnya; beranjak sedikit: Dia tidak mahu ~ dr tempat duduknya. menggeser menyentuh sesuatu yg lain sambil bergerak; menggesel. menggeserkan menolak dll supaya beralih; mengalih: ~ kerusi ke belakang. geseran sentuhan akibat bergeser; hasil perbuatan menggeser. pergeseran 1. persentuhan yg berlaku ketika bergerak; hal bergeser. 2. ki perbezaan pendapat; perselisihan antara dua orang atau dgn beberapa orang lain. 3. peralihan tempat; pergantian jawatan (ttg pegawai). penggeseran perbuatan menggeser atau menggeserkan. | Kamus Pelajar |
geser | (gésér); bergeser 1. = bergeseran bergeselan, bergosokan, bersentuhan: derauan hujan berselang-selang dgn bunyi desiran daun-daun kayu ~; 2. berengsot, beralih tempat: dia tidak ~ dr tempatnya; menggeser menggesel, menggosok: lututnya luka kerana ~ simen; menggeserkan mengalih, menolak (menarik) supaya berengsot: ~ kerusi sedikit ke belakang; tergeser tergesel; ~ kena miangnya, terlanggar kena rebasnya prb sifat orang berkuasa (orang kecil itu tidak boleh sedikit pun bersalah kepadanya); geseran 1. geselan, gesekan; 2. (Lin) bunyi desis yg dihasilkan apabila udara melalui ruang yg sempit (spt [s]); pergeseran 1. pergesekan; 2. perselisihan, pertelingkahan: sebarang ~ dlm parti tidak boleh dianggap sbg jalan ke arah keretakan; di sini terjadi pula ~ makna sesuatu kata; 3. pertukaran tempat, peralihan tempat; penggeseran perihal (perbuatan dsb) menggeserkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |