permata | batu yg berharga yg diikat pd cincin dan perhiasan-perhiasan lain (intan, berlian, nilam, dll); ~ dibalas dgn senjata prb kebaikan dibalas dgn kejahatan; ~ lekat di pangkur prb tidak kena pd tempatnya (orang, perbuatan, dll); bagai menjaga ~ intan semasa dicanai prb kasih yg amat sangat (suami terhadap isteri dll); spt cincin dgn ~ prb a) bersetujuan dlm segala hal; b) berpadanan (sama-sama cantik dll); berpermata ada permatanya, diikat dgn (bertatahkan dsb) permata: rantai emas ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kekayaan | 1. perihal kaya: apabila tuan hamba dlm ~ dan kebesaran tuan hamba, kami sentosalah dgn kesukaan kami; perhiasan-perhiasan itu dipakai mungkin utk menunjuk-nunjukkan ~; 2. segala harta benda (wang dll) yg dipunyai oleh seseorang atau sesuatu pihak: harta ~nya akan diwariskannya kpd isterinya; mereka berhak mempunyai ~nya sendiri; 3. kekuasaan, kebesaran: ~ Allah SWT; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seberhana | sl 1. selengkap (pakaian, perhiasan, dll): ~ pakaian, ~ perhiasan; 2. seluruh (anggota), segenap: maka cahaya itu menye-lubungi ~ tubuh hingga limpah cahayanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perhiasan | sesuatu yg digunakan utk berhias atau menghias: Isteri saudagar itu menyimpan barang ~ yg mahal-mahal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perhiasan | sesuatu yg digunakan utk berhias atau menghias: Raja Ahmad pun diarak oranglah bergajah dgn selengkap ~ pakaian segala raja-raja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perhiasan | sesuatu yg digunakan utk berhias atau menghias: Isteri saudagar itu menyimpan barang ~ yg mahal-mahal. | Kamus Pelajar |
sunting | perhiasan berupa bunga dll yg dicucukkan di rambut atau di belakang telinga: di kepalanya terhias ~ emas; ~ hati ki anak kesayangan; ~ malai sj perhiasan rambut yg dipakai di belakang telinga; bersunting, bersuntingkan memakai sunting (drpd bunga dll); menyunting 1. memetik bunga (utk dijadikan sunting dll): ia bermain di taman ramai sambil ~ bunga hati, memetik kembang murni; 2. memperkemas dan menyiapkan karangan (makalah dll) utk dicetak; 3. menyusun filem dll (sebelum ditayangkan); menyuntingkan 1. meletakkan bunga dll di kepala atau di belakang telinga (sbg perhiasan), memakai sunting (drpd bunga dll): ia ~ bunga mawar di sanggulnya; 2. memasukkan kata pendahuluan dll (dlm buku dll), mencantumkan; mempersunting 1. memakai bunga dll sbg sunting, menyuntingkan: bunga dipersunting sudahnya akan layu; 2. mengambil gadis utk dijadikan isteri, memperisteri: timbullah keinginan dlm dadanya utk ~ gadis itu; 3. ark mendapat sesuatu yg berguna; suntingan 1. sesuatu yg disunting (bunga dll); 2. pembetulan atau pembaikan karangan (buku, makalah, dll); penyuntingan perbuatan menyunting (buku, makalah, dll); penyunting orang yg menyunting (karangan, filem, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gandik | 1. perhiasan pengantin perempuan, permaisuri dan sultanah yg dipakai pd dahi; 2. perhiasan pd hulu keris. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tajuk I | 1. perhiasan kepala yg dibuat drpd emas (perak dll), mahkota, patam, jamang; 2. perhiasan kepala drpd karangan bunga yg dicacak pd rambut atau pd tutup kepala (mahkota, serban, dll): ~ bunga cempaka dan bunga cina; 3. = ~ perahu kili-kili atau pasak pd tepi perahu; 4. kepala surat (karangan, makalah, dll), judul, mauduk, pokok (percakapan): belum lagi diberi ~ utk karangan itu; Hilmy mengubah ~ percakapannya; ~ berita a) serangkai perkataan tentang isi sesuatu berita atau cerita yg dicetak besar dan tebal di atas halaman surat khabar dsb; b) ringkasan pendek tentang butir-butir berita penting dlm siaran televisyen dan radio; ~ dayung keliti dayung (pd perahu); ~ mahkota a) karangan bunga pd mahkota; b) yg tercinta, yg dikasihi; ~ rencana induk karangan (dlm majalah, surat khabar, dll); ~ surat kepala surat; bertajuk 1. ada tajuknya, memakai tajuk: ia memakai seberhana tubuh, berkain pancung, bersebai, berdestar, ~; 2. ada judulnya (karangan dll), berkepala: karangan ini tidak ~; menajuk kelihatan menganjur (tinggi), ter-cacak, terkemuka; mempertajuk sl memberi bertajuk, memakai tajuk pd: maka dipertajuk tuan puteri berjerlai-jerlai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sungging I | lukisan atau perhiasan (berwarna-warni); juru~ pelukis sungging; seni ~ seni membuat gambar perhiasan; menyungging melukis dgn warna-warni (cat dll), mewarnai (lukisan dll); tersungging 1. sudah disungging (lukisan); 2. ki terlukis (senyuman): akhirnya ~lah di bibirnya sebuah senyuman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |