pertaruhan | 1 perihal (perbuatan dsb) bertaruh: Judi ialah segala jenis ~ yg mengharapkan keuntungan yg lebih besar. 2 sesuatu yg dipertaruhkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penanggungan | 1 perihal (perbuatan dsb) menanggung. 2 yg ditanggung. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
betapa | 1. peri, alangkah: sekarang dia menyedari ~ mustahaknya papan tanda tersebut; ~ senangnya hati anak negeri; 2. sesuai dgn, seperti: maka nenek kebayan pun bersiaplah ~ adat kahwin anak raja besar-besar; 3. bagaimana, dgn cara apa: ~ halnya kita hendak membawa dia ke rumah sakit sedangkan kita tidak mempunyai kenderaan; 4. meskipun: ~ dicarinya, tidak juga ditemukan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peri I | 1 sifat atau keadaan sesuatu; hal: Terdengarlah ke Singapura ~ kecantikan paras puteri itu. 2 cara berbuat sesuatu; laku: ~ yg layak bagi manusia. 3 sesuatu yg berlaku; peristiwa: Jika negeri Melaka sesuatu ~, datang juga patik mengadap Duli Yang Dipertuan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
peri I | 1. hal, keadaan, sifat: diwartakannya kpd wazir-wazirnya ~ kebesaran negeri Melaka; terdengarlah ke Singapura ~ baik paras puteri itu; ~ kebinatangan sifat-sifat yg terdapat pd binatang; ~ kehidupan keadaan kehidupan; ~ kesopanan sifat sopan; 2. cara (mengerjakan sesuatu dll), laku: akibat perbuatan suaminya itu jugalah ia terlantar demikian ~; betapa ~(nya) bagaimana caranya (halnya); ~ yg layak bagi manusia perbuatan yg layak bagi manusia; 3. bagaimana, betapa: kita hendaklah sentiasa sedar ~ mustahaknya perpaduan dan taat setia rakyat pd negara; 4. sl hal (yg berlaku), kejadian, peristiwa: pd bicara patik, baik juga Duli Yang Dipertuan menyuruh membantu Pahang, dr kerana barang suatu ~ Pahang itu tidaklah Duli Yang Dipertuan rugi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peri I | 1 sifat atau keadaan sesuatu; hal: <i>Terdengarlah ke Singapura ~ kecantikan paras puteri itu.i> 2 cara berbuat sesuatu; laku: ~<i> yg layak bagi manusia. i> 3 sesuatu yg berlaku; peristiwa: <i> Jika negeri Melaka sesuatu ~ , datang juga patik mengadap Duli Yang Dipertuan.i> | Kamus Pelajar |
peri II | sl kata; berperi berkata, berucap: bukan beta bijak ~, pandai menggubah madah dan syair; berperi-peri bersungguh-sungguh (mengatakan sesuatu dll): Yazid ~ mengajak kami minum di kedai kopi; ia ~ benar mengatakan berita itu palsu; hujah yg ~ dikemukakan oleh panglima-panglima tentera Rusia; memerikan 1. mengatakan, menceritakan, mengisahkan, menggambarkan (sesuatu hal): saya selalu membaca buku-buku cerita yg ~ kisah-kisah cinta; tidak dapat diperikan bagaimana hancurnya hatinya oleh perbuatan kekasihnya; 2. menerangkan, menghuraikan, menjelaskan; terperi, terperikan terkatakan, terceritakan, tergambarkan; tidak ~ tidak terkatakan (tergambarkan): adinda suka tidak ~; sedih hatinya bukan kepalang, tak terperikan; pemerian 1. perihal memerikan (mengisahkan), pengisahan; 2. penjelasan, penerangan, penghuraian: masalah pertama yg dihadapi oleh penyusun kamus dlm ~ makna ialah pemilihan atau penentuan makna sesuatu kata; pemeri yg menerangkan (menghuraikan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
percaturan | 1. tempat bermain catur: 2. perihal bercatur (permainan catur); 3. ki permainan (siasah) politik: Pakistan memainkan peranan baru dlm ~ politik di Asia; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kepentingan | 1. perihal, keadaan atau sifat penting, peri mustahak, keperluan: ia sedar akan ~ bandar Melaka; belanjawan itu menekankan ~ berjimat cermat dan berbelanja dgn hemat; 2. sesuatu yg penting (dituntut, dihargai dsb) demi kebaikan, keuntungan atau kesejahteraan diri, faedah, manfaat: masing-masing mempunyai ~ diri; tugas menjaga ~ peneroka tidak seharusnya diabaikan; ~ umum kepentingan utk orang ramai; 3. hak, saham dsb dlm sesuatu syarikat (harta, perniagaan dsb): beliau menguasai 52% ~ dlm syarikat tersebut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
celopar | 1 banyak bercakap; cerewet: ~ sungguh gadis itu sehingga hal-hal peribadinya pun diceritakan kpd orang lain. 2 = ~ mulut bercakap sesuka hati; lancang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |