peribumi | penduduk asli, bumiputera; memperibumikan menjadikan sesuatu bersifat peribumi, membumiputerakan: hakikat dunia peristilahan kita ialah usaha ~ istilah Barat; keperibumian sifat bangga kerana menjadi anggota peribumi sesebuah negara, yg terpancar (biasanya dlm sesebuah organisasi) melalui penonjolan ciri-ciri peribumi: semangat ~; institusi itu bercorak ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Jawa V | 1. peribumi atau penduduk asli Pulau Jawa, Indonesia; 2. orang yg mempunyai darah keturunan peribumi dr Pulau Jawa; kejawaan hal (ciri atau sifat) yg berkaitan dgn atau memperlihatkan keperibadian orang Jawa: suatu kelompok masyarakat yg masih kental ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keperibumian | sifat bangga kerana menjadi anggota peribumi sesebuah negara, yg terpancar (biasanya dlm sesebuah organisasi) melalui penonjolan ciri-ciri peribumi: semangat ~; institusi itu bercorak ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bahasa peribumi | bahasa yg dituturkan oleh penduduk asli sesuatu kawasan dan berkembang dlm komuniti berkenaan, mis bahasa Iban; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Punan | suku kaum peribumi Sarawak, termasuk dlm kumpulan Orang Ulu, yg tinggal di pedalaman, terutamanya di Hulu Sungai Baram dan Sungai Rejan, dan kegiatan utamanya memburu dan memungut hasil hutan | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Penan | suku kaum peribumi Sarawak termasuk dlm kumpulan Orang Ulu, yg sebahagian kecilnya masih tinggal di rumah panjang jauh di pedalaman, mengembara di dlm hutan dan memakan sagu rumbia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Murut | suku kaum peribumi di Sabah, yg tinggal di rumah panjang, terutamanya di daerah Tenom, Keningau dan Nabawan, dan kegiatan utamanya ialah menanam padi huma, berburu, dan memungut rotan, madu lebah dan damar, biasanya tidak menetap di satu tempat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Melanau | suku kaum peribumi di Sarawak yg tinggal di pesisiran pantai, muara dan anak Sungai Rejang, terutamanya di daerah Matu dan Daro, Dalat, Mukah, Bintulu dan Miri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Lotud | suku kaum peribumi di Sabah dlm rum-pun kaum Kadazan Dusun, kebanyakannya tinggal di daerah Tuaran, dan lebih suka menamakan diri mereka sbg Suang Lotud. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kwijau | suku kaum peribumi Sabah dlm rumpun kaum Kadazan Dusun, yg kebanyakannya tinggal di daerah Bingkor, Apin-Apin dan Keningau, dan kegiatan utama ialah bertani. | Kamus Dewan Edisi Keempat |