perigi buta | perigi yg tidak berair lagi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perigi wakaf | perigi utk digunakan oleh orang ramai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perigi buta | perigi yg tidak mengandungi air lagi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perigi buta | perigi yg tidak berair; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
buta | 1. tidak dapat melihat: sekelilingnya hitam pekat bagaikan kedua-dua belah matanya benar-benar ~; 2. tidak terang melihat; ~ rabun = ~ radam mata kabur; 3. ki tidak tahu (menulis, membaca, dll), tidak dapat mengenal (warna, huruf): Karim memang ~ bahasa Inggeris; 4. dlm erti tidak ada (mempunyai) sesuatu; gaji (wang) ~ gaji tanpa bekerja; perigi ~ perigi yg tidak berair; surat ~ surat tanpa nama si pengirim; 5. kata utk menyatakan amat sangat; gelap ~ sangat gelap; malam ~ malam yg sangat gelap; pagi-pagi ~ pagi-pagi sangat; sepeser ~ pun tidak ada sesen pun tidak ada; ~ angka tidak pandai atau tidak tahu mengira; ~ ayam a) rabun (kabur mata) waktu senja; b) petang hari (sesudah waktu senja); ~ belalang buta tetapi mata tidak rosak; ~ belengset buta dgn kelopak mata bahagian bawah terkeleweh; ~ bular buta kerana mata berselaput; ~ celik = ~ cemik = ~ cemer buta dgn biji mata yg tidak rosak; ~ hati a) tidak berhati perut, kejam; b) gelap fikiran (tidak berpengetahuan); ~ kayu bp buta huruf; ~ kesip = ~ pecah buta dgn biji mata yg pecah (rosak); ~ komputer tidak tahu atau tidak pandai menggunakan komputer; ~ larangan tidak dapat melihat jauh; ~ malam buta pd malam hari; ~ mereluh buta langsung; ~ perut a) bp tidak menggunakan akal fikiran, tidak berakal (dlm melakukan sesuatu perbuatan); b) ki asal makan saja (tidak peduli rasa makanan); ~ rengga Kl bermacam-macam jenis buta; ~ siang buta pd siang hari; (mem)buta tuli tidak peduli, tidak mengendahkan sesuatu apa; ~ warna tidak dapat membezakan warna, tidak tahu warna apa sesuatu warna itu; bagai si ~ pergi bergajah prb pekerjaan yg sia-sia (tidak mungkin dapat dilakukan); bongkok baru betul, ~ baru celik prb orang yg hina dan papa kalau mendapat kesenangan maka mengada-ngada; orang ~ dapat tongkat, dipukulkan ~ tuli = spt si ~ baru melihat prb sombong kerana baru beroleh kekayaan (kemuliaan); orang ~ diberi bersuluh prb perbuatan yg sia-sia; spt orang ~ kehilangan tongkat prb berada dlm kesukaran; si ~ membilang bintang di langit prb membuat pekerjaan yg sia-sia; yg ~ peniup lesung prb walau bagaimanapun bodoh dan lemahnya orang, ada juga gunanya; membuta 1. berpura-pura buta; 2. bk tidur: saya sudah ~ waktu dia pulang malam tadi; 3. = ~ tuli = buta-butaan tidak mengendahkan sesuatu apa (berbuat sekehendak hati); membutakan membuat buta, mengakibatkan buta: perompak itu ~ kedua-dua belah mata mangsanya; kau pula hendak ~ hati aku; kebutaan perihal buta, keadaan buta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sumur | perigi, telaga: mandi di ~; ~ bor Id sj perigi yg airnya memancut dr tanah (tidak perlu dipam ke atas); ~ buta = ~ mati perigi yg telah kering (tidak dipakai lagi); ~ minyak telaga minyak; ~ pantik Jk pancuran air yg dibuat dgn memasukkan paip ke dlm tanah; ~ digali air terbit prb hasil yg didapati lebih drpd yg diharap-harapkan; ~ (di) tepi jalan prb perempuan yg tidak senonoh kelakuannya (perempuan lacur); bagai ~ (di) tepi rawa = bagai bersumur (di) tepi rawa prb orang yg selalu cemburu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
telaga | 1 lubang yg digali dlm tanah utk mendapatkan air; perigi; sumur. 2 = ~ minyak perigi atau sumur yg digali utk mendapatkan minyak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
timba I | sj bekas utk mencedok air di perigi dll; ~ ruang a) timba utk membuang air di perahu; b) ruang (petak) di tengah-tengah perahu; diperlelar ~ ke perigi, tak sekali, sekali pecah = jangan diperlelar ~ ke perigi, kalau tak putus, genting prb jangan diulang-ulang perbuatan jahat, lambat-laun mendapat sesuatu bencana juga; bertimba menggunakan timba, sedang meng-ambil air dgn menggunakan timba; ~ karang bergaduh (berkelahi), berbuat kecoh (bising); ~ wang Mn hidup senang (mewah); bertimbakan menggunakan sesuatu sbg timba: mandi ~ sebiji besen kecil; menimba 1. mencedok air (drpd perigi dll) dgn timba: kebun-kebun yg hampir dgn tebing sungai boleh diairi dgn ~ air drpd sungai; 2. membuang (mengeringkan) air di perahu dll: maka selalu ditimba perahu itu, tiada berhenti; 3. ki mengambil, memperoleh (pengetahuan dll), mencabut atau mencedok (pengetahuan, maklumat, dsb) drpd sesuatu sumber: pidatonya sangat meyakinkan, ditimba drpd pengalaman sendiri; ini adalah sumber-sumber penting yg mesti ditimba; mereka giat membuka kamus-kamus Sanskrit dan ~ kata-kata bahasa daerah bukan Melayu; tertimba dapat ditimba; tiada ~ tiada dapat ditimba; penimbaan perihal (perbuatan, usaha, dsb) menimba: ~ ilmu moden; penimba 1. alat utk menimba; 2. orang yg menimba (air, ilmu dll): ~ ilmu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perigi | lubang (yg digali dlm tanah) utk mendapatkan air, sumur: kerana tidak ada bekalan air paip, mereka bergantung pd ~ sahaja utk mendapat air; ~ buta perigi yg tidak mengandungi air lagi; ~ wakaf perigi utk digunakan oleh orang ramai; lopak (men)jadi ~ prb naik darjat (menjadi kaya dll); orang yg menunggu ~ itu, bilakah ia mati dahaga? prb orang yg hampir dgn orang yg berilmu (kaya dll) tidak mungkin menjadi bodoh (susah dll); sebab berkelahi dgn ~ akhirnya mati dahaga prb jangan menentang orang yg berkuasa nanti kita juga yg mendapat kesusahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengikat perigi | memasang tembok atau bingkai di keliling perigi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |