kesibukan | 1. perihal (keadaan dsb) sibuk, perihal (keadaan dsb) menghadapi atau dibebani banyak kerja (urusan dsb): usaha itu terbengkalai utk beberapa ketika kerana ~ kerja; 2. perihal keadaan sibuk dgn kenderaan dll, kesesakan, keributan: semakin jauh ia meninggalkan ibu kota, semakin reda pulalah ~ yg menggila itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penambahan | 1. perihal menambah (menambahi, menambahkan), perihal memberi tambahan pd; 2. perihal memberi imbuhan pd kata pokok; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perebutan | 1. perihal berebut sesuatu: ~ pangkat; ~ kedudukan; ~ kekuasaan; 2. = perihal merebut (memperebutkan), peram-pasan, dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pertentangan | 1. perihal bertentang, perlawanan: ~ terhadap penjajahan barat; 2. perihal bertentangan, perselisihan (yg amat sangat), pertikaian (pendapat dll): orang Yunani memang mempunyai ~ politik dgn orang Turki; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesendirian | 1. perihal sendiri (terpencil, tersisih drpd yg lain); 2. perihal lain drpd yg lain, keistimewaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penetapan | 1. perihal menetapkan, pemastian, penentuan: ~ bahasa Melayu sbg Bahasa Kebangsaan; 2. perihal menetapkan (harga, keadaan, dsb); 3. pelantikan (jawatan dll), pengangkatan; 4. pelaksanaan (kewajiban dll), penunaian (janji dll); 5. keputusan (pendapat dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keringanan | 1. perihal ringan: ia meminta ~, meminta dikurangkan bebannya; 2. terlampau ringan;peringanan perihal meringankan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penerapan | 1. perihal (perbuatan dsb) menerap atau memasang (enjin dll), pemasangan (enjin dll); 2. perihal (perbuatan dsb) menerapkan (mengenakan pd, menyerapkan, dsb), perbuatan dsb mempraktikkan: ~ nilai-nilai Islam ke dlm undang-undang dan pentadbiran negara; ~ corak pendidikan drpd masyarakat lain ke dlm sesuatu masyarakat yg berlainan kebudayaan dan aspirasinya hanya akan menimbulkan kekacauan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengetahuan | 1. perihal mengetahui, apa-apa yg diketahui: kisah serong yg dilakukan oleh Datuk ini sedikit sebanyak sampai juga ke ~ orang kampung; 2. perihal tahu, kepandaian, kebijakan: biasanya orang yg ada ~ dlm ilmu sains kurang pula ~nya dlm bahasa Melayu; 3. = ilmu ~ segala yg (akan) diketahui atau dipelajari bkn sesuatu: telah kukuasai ~ tentang falsafah dgn mudah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pertandingan | 1. perihal bertanding, perlawanan (bola dll), perlumbaan (berlari, berenang, dll), peraduan: satu ~ menembak dgn menggunakan pistol akan diadakan di Jalan Padang Tembak; 2. perihal bersaing, perlumbaan (utk mencapai kejayaan dll), persaingan; 3. perbandingan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |