perinci | alat utk merinci; orang yg merinci. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perinci | ; memperincikan menghuraikan sesuatu sepenuh-penuhnya; menjadikan sesuatu dpt dibahagi-bahagikan atau dipecah-pecahkan: ~ kira-kira hutang piutang. perincian huraian penuh ttg sesuatu dgn menyebut hal yg kecil-kecil: Utk meyakinkannya, saya berikan ~ ttg rancangan itu. terperinci telah diperincikan; telah dihuraikan sepenuhnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perinci | orang yg merinci, alat utk merinci; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perinci | ; memperincikan menghuraikan (membentangkan, menimbangkan) dgn teliti (perkara, kira-kira, dll): setelah ditimbangkan dan diperincikan soal itu baharu diketahuinya di mana telah berlaku kesilapan; terperinci diperincikan, dihuraikan dgn butir-butirnya: terdapat juga keterangan-keterangan yg ~ mengenai daerah-daerah di sekeliling; keterperincian perihal terperinci; perincian huraian (keterangan) yg meliputi tiap-tiap aspek atau butir sesuatu perkara (perbelanjaan dll): perdebatan mengenai ~ belanjawan Kementerian Pelajaran akan diteruskan esok; pemerincian perihal atau perbuatan memperincikan, penghuraian (secara terperinci): ada yg terlalu luas liputan maksudnya hingga memerlukan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perinci; memperincikan | menghuraikan sesuatu sepenuh-penuhnya; menjadikan sesuatu dpt dibahagi-bahagikan atau dipecah-pecahkan: ~ kira-kira hutang piutang. perincian huraian penuh ttg sesuatu dgn menyebut hal yg kecil-kecil: Utk meyakinkannya, saya berikan ~ ttg rancangan itu. terperinci telah diperincikan; telah dihuraikan sepenuhnya. | Kamus Pelajar |
jawatankuasa perinci | jawatankuasa perancang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perincisan | perincian; ®perinci, rinci. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perincis | Jk; memperinciskan memperincikan; perincisan perincian; ®perinci, rinci. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sambil lalu | 1. sepintas lalu (tidak secara terperinci atau secara khusus); 2. tidak dgn sungguh-sungguh (melakukan sesuatu); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memperdalami | berusaha utk mengetahui (sesuatu) dgn lebih luas dan terperinci dgn mempelajari (mengkaji, menyelidik, dsb) dgn teliti dan terperinci, menjadikan lebih sempurna atau terperinci (pengetahuan dsb tentang sesuatu): mereka akan mengkaji lebih banyak buku dan kitab utk ~ pengetahuan mereka tentang agama Islam; masing-masing ~ bidang yg diminatinya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |