rinci | ; merinci 1 memecahkan atau membahagi-bahagikan sesuatu kecil-kecil. 2 menerangkan atau menjelaskan satu per satu. memperincikan menjadikan sesuatu dpt dirinci. terperinci telah diperincikan atau telah dihuraikan sepenuh-penuhnya. perincian 1 pembahagian kpd beberapa bahagian yg kecil. 2 huraian atau tafsiran ttg sesuatu. pemerincian perbuatan atau hal memperincikan. perinci alat utk merinci; orang yg merinci. pemerinci orang yg memperincikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rinci | ; merinci 1. memecahkan (membahagi-bahagikan) kecil-kecil, menghuraikan kecil-kecil; soal yg rumit itu telah dapat dirinci telah dapat dipecahkan; 2. menerangkan (memperkatakan, merancang, dll) dgn menyebut bahagian yg kecil-kecil, menerangkan dll sampai kpd perkara-perkara yg sekecil-kecilnya, memperincikan: ~ masalah negara; perincian 1. pembahagian (pemecahan) dlm bahagian yg kecil-kecil, perincisan: jadual yg menunjukkan ~ perolehan dan perbelanjaan dlm setahun; 2. huraian (tafsiran) sesuatu rancangan dll: ~ rancangan pembangunan yg diterima oleh kabinet; perinci orang yg merinci, alat utk merinci; jawatankuasa ~ jawatankuasa perancang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perincian | 1 pembahagian kpd beberapa bahagian yg kecil. 2 huraian atau tafsiran ttg sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perincian | 1. pembahagian (pemecahan) dlm bahagian yg kecil-kecil, perincisan: jadual yg menunjukkan ~ perolehan dan perbelanjaan dlm setahun; 2. huraian (tafsiran) sesuatu rancangan dll: ~ rancangan pembangunan yg diterima oleh kabinet; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
teknikal | /téknikal/ 1 berkaitan dgn pelaksanaan sesuatu usaha, kerja dsb (tidak termasuk aspek, tatacara atau perincian kerja tsb): Projek itu ditangguhkan kerana masalah ~. 2 berkaitan dgn sesuatu bidang pengetahuan yg khusus: kata ~; bidang ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
teknikal | (téknikal) 1. (yg) berkaitan dgn pelak-sanaan sesuatu kerja dsb (tidak dgn aspek-aspek atau perincian kerja itu sendiri): pelancaran skim itu terpaksa ditangguhkan kerana masalah ~; 2. (yg) berkaitan dgn sesuatu bidang pengetahuan yg tertentu: perkataan ~; istilah ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
belanjawan | 1. perhitungan banyaknya wang yg akan diterima (sbg pendapatan) dan dibelanjakan, butiran ringkas anggaran pendapatan, dan perbelanjaan: menteri kewangan bertanggungjawab menyediakan ~ negara setiap tahun; 2. peruntukan wang utk sesuatu keperluan atau utk sesuatu jangka waktu: perdebatan mengenai perincian ~ kementerian pendidikan diteruskan hari ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peleraian(resolution) | 1. Unit langkah tokokan terkecil di antara unsur-unsur yang telah dileraikan daripada suatu entiti. 2. Unit atau unsur terkecil suatu nilai atau benda yang tidak boleh dipecahkan atau dileraikan lagi. 3. Mutu dan ketepatan perincian paparan grafik pada komputer atau televisyen yang ditentukan daripada jumlah piksel yang dimiliki oleh unit paparan. | Kamus Komputer |
butir | 1 benda yg kecil-kecil spt padi: ~ intan; ~ padi. 2 penjodoh bilangan utk benda yg kecil-kecil atau bulat: tiga ~ telur. 3 ki hal atau perkara yg kecil-kecil ttg sesuatu: Kami memerlukan ~-~ keterangan yg lebih lanjut ttg diri tuan. berbutir berbentuk atau berupa biji-biji kecil: Taburkan baja ~ itu di keliling pangkal pokok. berbutir-butir berbentuk atau berupa butir yg banyak: Sagu yg ~ itu dimakan dgn enak sekali. butiran huraian atau keterangan lengkap ttg sesuatu dgn menyatakan hal-hal yg kecil; perincian: Mereka memberikan pelbagai ~ ttg projek tsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
butir I | 1. biji yg kecil-kecil: ~ padi; ~ beras; 2. benda yg kecil-kecil (spt intan dll); 3. penjodoh bilangan utk barang-barang kecil yg bulat: se~ telur; dua ~ peluru; 4. bahagian kecil-kecil drpd sesuatu (benda, perkara, dll): dia spt mata-mata gelap yg hendak mengetahui ~-~ keterangan tentang diri seseorang; ~ debit (Eko) perkara yg ditulis dlm ruang kiri kira-kira perniagaan; ~ kredit (Eko) perkara yg ditulis dlm ruang kanan kira-kira perniagaan; ~ tanah bongkah tanah yg kecil-kecil; berbutir berbentuk atau berupa butir (biji kecil-kecil): taburkan racun ~ itu sama rata ke atas pokok atau di sekeliling pangkal pokok; tiada ~ Kl tidak terang;berbutir-butir 1. berupa atau berbentuk banyak butir: sagu rendang yg ~; 2. beberapa banyak butir: dia memberikan ~ emas itu kpd orang lain;membutirkan 1. menyatakan dgn butir-butir, menceritakan dgn teliti: Encik Ramli ~ sebiji-sebiji pendapatnya; 2. ki menghasilkan: empat pemain wanita turut dipilih dgn harapan dapat ~ satu lagi pingat utk negara; ujian itu ~ pulangan yg agak lumayan;butiran huraian atau keterangan lengkap tentang sesuatu dgn menyatakan hal yg kecil, perincian: setiap aduan perlulah ada ~ fakta utk memudahkan kerja penyiasatan itu; mereka memberikan pelbagai ~ selain tayangan video tentangan perancangan projek berkenaan;pembutiran perihal memberi (menyebut) segala butir (tentang sesuatu keterangan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |