rintis | = rintisan jalan kecil dlm hutan (yg baru sahaja dibuat); merintis 1. menerangi hutan (dgn menebangi kayu-kayuan dll) utk membuat jalan: mereka dgn segera mengukur, ~, dan menebas anak-anak kayu membuat lorong jalan; 2. meman-cang tanah yg akan dibuat jalan: pekerjaan ~ jalan raya ke pedalaman itu eloklah dilaku-kan oleh tenaga rakyat sendiri; 3. = ~ jalan pertama-tama mengerjakan sesuatu, membuka jalan, mempelopori: galakan harus diberikan kpd ahli-ahli sains Melayu utk ~ jalan supaya dapat dilalui oleh anak-anak Melayu; perubahan-perubahan besar yg dirintis oleh penghapusan faham feuadal; 4. Kd menyiangi daun drpd pelepah (batang dll): ~ daun rum-bia; rintisan 1. rintis; 2. jalan kecil yg merupakan sempadan antara hutan yg sudah ditebas; 3. usaha yg pertama sekali (yg mula-mula); perintisan perbuatan merintis: pengamatan tentang perwatakan orang Melayu yg dilakukan oleh Raffles adalah satu ~ yg penting; perintis 1. = ~ jalan orang dll yg pertama sekali mengusahakan (mengerjakan) sesuatu, pembuka ja | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perintis | 1. = ~ jalan orang dll yg pertama sekali mengusahakan (mengerjakan) sesuatu, pembuka jalan, pemuka, penganjur: ~ kemerdekaan; 2. Id pasukan polis (tentera) yg bergerak dahulu atau yg membuat serangan yg mula-mula. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemandu | 1. orang yg memandu (menunjukkan jalan), pandu, perintis jalan: mereka menjadi ~ kpd gerila-gerila Indonesia; 2. orang yg memandu atau membawa (kereta,kapal terbang, dll): ~ bas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pembuka | 1. orang yg membuka; 2. alat utk membuka (sesuatu): ~ botol; ~ surat; 3. awal, permulaan: ~ kata; ~ jalan a) perintis, pelopor; b) sesuatu yg memberikan atau mengadakan peluang (kesempatan); ~ jalan fikiran sesuatu yg menimbulkan kesedaran: petunjuk Allah adalah ~ jalan fikiran dan penyuluh hidup yg sebenar; ~ langkah sesuatu yg memulakan (kegiatan dll); ~ mata sesuatu yg menyedarkan orang atau pihak yg tertentu drpd kesilapan, kekurangan atau sesuatu yg tidak diketahui sebelum ini: kebangkitan pemain senior yg menyerlah dlm beberapa kejohanan besar menjadi ~ mata masyarakat tempatan dan antarabangsa; ~ pintu sesuatu yg memberi kesempatan kpd, sesuatu yg merintis jalan kpd; ~ selera makanan yg boleh mendatangkan selera. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelopor | 1. orang yg berjalan di hadapan (dlm perarakan dll), orang yg berjalan dahulu (utk meninjau atau melihat-lihat), pemimpin, penganjur, peninjau: pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan merupakan ~ dlm tugas menyatupadukan rakyat menghadapi ancaman dr dlm dan luar negeri; 2. orang yg mula-mula mengusahakan (mewujudkan) sesuatu, perintis jalan, pengasas: di Filipina kaum intelek yg berpendidikan Barat menjadi ~ nasionalisme, politik, dan kebudayaan; 3. pasukan perintis (tentera dll) yg bergerak di hadapan sekali; 4. (Bio) bahan pemula dlm pembentukan sesuatu sebatian; mempelopori, memelopori 1. mendahului (dlm pekerjaan, perjalanan, dll), memimpin, mengepalai: komplot itu khabarnya dipelopori oleh beberapa orang pemimpin Pergerakan Pemuda negeri; aku sendiri mahu ~ membuka dusun durian, dusun manggis yg moden dan besar; 2. merintis atau membuka jalan (utk): sejarah perkembangan politik Indonesia sejak mula-mula lagi dipelopori oleh mahasiswa dan pelajar sekolah tinggi; kepeloporan perihal (kebolehan, keupayaan) sbg pelopor: kegigihan dan semangat ~ pemimpin masyarakat Melayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pandu I | 1. = pemandu orang yg menunjukkan jalan (di laut dll), perintis jalan: hamba sanggup menjadi ~ kpd ketua-ketua kita itu; 2. kapal yg menunjukkan jalan (di pelabuhan), mualim; 3. Id anggota pasukan pengakap; ~ puteri anggota pasukan pengakap wanita; berpandu memakai penunjuk jalan; peluru ~ peluru yg boleh dikawal secara elektronik semasa penerbangannya utk menuju ke arah sasarannya; berpandukan 1. memakai penunjuk jalan; 2. memakai sesuatu sbg petunjuk (pedoman, pimpinan, dll): membina jambatan ~ pelan; memandu 1. memimpin: dialah yg ~ angkatan sepuluh orang itu ke Pulau Tioman; 2. membawa (kereta, kapal terbang): ~ kereta dgn laju; memandukan menunjukkan (kapal dll) jalan, memimpin (kapal dll); panduan 1. orang yg menunjukkan jalan, pengiring; 2. pedoman, petunjuk, pimpinan: Quran ialah kitab Islam yg mengandungi segala ~ bagi umat Islam; 3. sesuatu yg dipakai utk rujukan (utk mengetahui nama,alamat, butir-butir, dll); ~ telefon buku yg mengandungi nombor telefon dan alamat pemunyanya; kepanduan perihal pandu; pemanduan perbuatan memandu (kereta, kapal,dll): ia akan lebih awas dgn ~ keretanya; pemandu 1. orang yg memandu (menunjukkan jalan), pandu, perintis jalan: mereka menjadi ~ kpd gerila-gerila Indonesia; 2. orang yg memandu atau membawa (kereta,kapal terbang, dll): ~ bas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelopor | 1 orang yg berjalan di hadapan sekali dlm sesuatu perarakan; orang yg berjalan dahulu utk melihat-lihat. 2 orang yg mula-mula mengusahakan atau mewujudkan sesuatu; pengasas: Mereka merupakan ~ bagi perkembangan dan kemajuan polis wanita kita. 3 pasukan yg bergerak dahulu sekali dlm sesuatu pertempuran dll; perintis: Pemuda ~ negara. mempelopori 1 mendahului (dlm pekerjaan, perjalanan dsb); mengepalai. 2 membuka jalan; merintis: Golongan tualah yg ~ pergerakan itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bapa | 1. ayah; ibu ~ orang tua; 2. saudara lakilaki ibu atau bapa: ~ ngah; 3. panggilan kpd orang tua sbg tanda hormat kepadanya; 4. perintis jalan, pelopor: Dato’ Onn dapat dianggap ~ kemerdekaan Malaya; 5. Id orang yg dipandang sbg orang tua (spt guru, ketua kampung, dsb); ~ angkat orang yg tidak ada pertalian darah tetapi dianggap sbg bapa sendiri; ~ ayam a) ayam jantan; b) bapa yg tidak mempedulikan anaknya; c) lelaki yg memperdagangkan pelacur; ~ balar Tr kerbau jantan yg balar; ~ besar datuk; ~ cik a) adik laki-laki bapa atau emak; b) panggilan anak-anak kpd orang laki-laki dewasa; ~ kecil = ~ muda bapa cik; ~ saudara abang atau adik lelaki kpd ibu atau bapa; ~ Suci Paus (di Rom); ~ tiri suami emak (bukan bapa kandung); ~ tunggal lelaki bergelar ayah yg membesarkan serta mendidik anaknya seorang diri tanpa kehadiran isteri kerana perceraian, kematian dsb;sebapa mempunyai bapa yg sama (tetapi berlainan emak), seayah; berbapa 1. mempunyai bapa, berayah: sejak kecil lagi dia sudah tidak ~; 2. menganggap seseorang sbg bapa, berayah; 3. menyebut bapa;berbapakan mempunyai seseorang (yg berbangsa, berpekerjaan, bersifat, dsb yg dinyatakan) sbg bapa, berayahkan: ~ seorang Inggeris; ~ seorang polis; ~ seorang yg pembengis;kebapaan sifat sbg bapa, keayahan: dia menunjukkan sifat-sifat ~ yg tulen. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rintis | , = rintisan jalan kecil yg baru dibuat dlm hutan. merintis 1 menebang pokok kayu dll di hutan utk membuat jalan: Mereka ~ hutan utk sampai ke kaki gunung itu. 2 = ~ jalan (pertama sekali) mengerjakan sesuatu usaha; mempelopori. rintisan 1 jalan kecil yg baru dibuka dlm hutan; rintis. 2 usaha yg mula-mula sekali. perintis, = ~ jalan orang dll yg mula-mula sekali mengerjakan sesuatu usaha; pelopor: ~ kemerdekaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rambah | ; merambah 1. menebas, menebang; (pokok, tumbuh-tumbuhan), membabat: mereka ~ pokok-pokok kecil; 2. membuka (meneroka) hutan, merintis (jalan): biar sedikit benih yg ditanam dan sedikit rimba yg dirambah, asal tanaman itu dijaga dan rumputnya disiangi; ~ hutan; ~ jalan; 3. merampat (memarang, memukul, menembaki, menyebat, dll) semuanya sekali gus: pasukan yg menceroboh itu dirambah dgn mesingan; rambahan daun-daunan (pokok dll) yg sudah dirambah, sisa merambah; perambah orang yg merambah; ~ jalan perintis jalan. rambahan; ~ bukit sj tumbuhan (pokok renek), rami bukit (bulan, hutan, jantan), sumin bukit (jantan), malam petai, Alchornea villosa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |