perisai | 1 alat drpd besi dll yg digunakan utk melindungi diri dan menangkis senjata. 2 barang yg berupa seakan-akan perisai 1 yg dijadikan hadiah rebutan dlm sesuatu pertandingan. 3 ki orang (alat dll) yg dijadikan pelindung drpd sesuatu. 4 dataran tinggi yg luas dan kukuh yg terbina drpd batu-batan keras dan bentuknya seakan-akan perisai 1 (terdapat di benua tertentu): ~ Kanada. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kirap I | ; mengirap 1. mengibar-ngibarkan (mengibas-ngibaskan, mengepak-ngepakkan) sayap; 2. menggerak-gerakkan perisai ke atas ke bawah, menangkis-nangkis dgn perisai: dikirapnya perisai menyalahkan parang pendekar itu; mengirapkan 1. mengibaskan, mengepakkan (sayap), mengiraikan (kain dll); 2. menggerak-gerakkan ke atas ke bawah dsb (perisai, penangkis, dsb), mengayunkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perisai | 1. alat utk menangkis senjata (tikaman, pukulan, dll), taming: lembingnya ditimang-timangnya dgn ~ bergenta dikirap-kirapnya; 2. Id besi (keluli) tipis yg digunakan sbg pelindung (pd meriam dll); kereta ~ kereta tentera yg berdinding atau berlapis besi (utk melindungi drpd tembakan); 3. ki orang (benda dll) yg dijadikan pelindung diri (drpd bahaya, tuduhan, dll): abang akulah yg menjadi ~ku tiap-tiap kali aku bertengkar dgn kakakku; 4. barang drpd perak dll yg berupa perisai (taming) yg dijadikan hadiah kpd pemenang dlm pertandingan sukan dll: selesai pertandingan itu Abdul Hadi dijulang ke tepi padang membawa sebuah ~; ~ pusingan perisai yg dipertandingkan berulang-ulang (tidak terus menjadi hak pemenang pertama); berperisai memakai (mempunyai) perisai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengirap | 1. mengibar-ngibarkan (mengibas-ngibaskan, mengepak-ngepakkan) sayap; 2. menggerak-gerakkan perisai ke atas ke bawah, menangkis-nangkis dgn perisai: dikirapnya perisai menyalahkan parang pendekar itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perisai | 1 alat drpd besi dll yg digunakan utk melindungi diri dan menangkis senjata. 2 barang yg berupa seakan-akan perisai 1 yg dijadikan hadiah rebutan dlm sesuatu pertandingan. 3 ki orang (alat dll) yg dijadikan pelindung drpd sesuatu. 4 dataran tinggi yg luas dan kukuh yg terbina drpd batu-batan keras dan bentuknya seakan-akan perisai 1 (terdapat di benua tertentu): ~ Kanada. | Kamus Pelajar |
teng I | (téng) bp 1. kereta kebal, kereta perisai; 2. Id tangki (tempat menyimpan minyak benzin dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kereta | (keréta) 1. kenderaan yg memakai roda (ditarik oleh binatang atau digerakkan oleh enjin); 2. gerabak (kereta api); 3. gelendong benang jahit; ~ angin ark basikal; ~ asap kereta api; ~ baja (waja) = ~ perisai sj kereta tentera yg berlapis besi baja; ~ bomba kereta yg digunakan oleh pasukan bomba (utk memadamkan kebakaran); ~ jenazah = ~ mati kereta utk membawa mayat; ~ kabel kenderaan yg bergerak di atas landasan kabel atau di sepanjang kabel atas; ~ kebal a) Id kereta baja; b) kereta berlapis besi dan berodakan rantai yg tidak dapat ditembusi peluru (digunakan dlm peperangan), teng; ~ kerbau (lembu) kereta yg ditarik oleh kerbau (lembu); ~ lereng ark basikal; ~ lumba kereta (motokar) yg digunakan dlm perlumbaan kereta; ~ makan gerabak kereta api tempat penumpang makan; ~ pakai kereta (motokar) yg dipakai oleh pemiliknya sendiri (tidak utk disewakan kpd orang lain atau utk membawa penumpang-penumpang yg membayar tambang); ~ pelangking kereta yg berbentuk spt tandu (usungan); ~ penumpang a) gerabak kereta api tempat penumpang duduk dlm perjalanan; b) kereta (motokar) utk membawa penumpang (bukan barang); ~ perisai = ~ baja; ~ radio kereta peronda polis yg mempunyai sistem radio; ~ peronda kereta yg digunakan oleh polis utk meronda dll; ~ sakit kereta utk membawa orang sakit, ambulans; ~ sewa = ~ tambangan kereta utk membawa penumpang-penumpang yg membayar tambang; ~ sorong (tolak, tarik) kereta yg digerakkan dgn menyorong (menolak, menarik); ~ sport sj kereta yg berbadan rendah, yg direka bentuk utk dipandu laju, biasanya berbumbung yg boleh dibuka dan ditutup, dan mempunyai tempat duduk utk dua orang sahaja; ~ tidur gerabak kereta api tempat tidur; ~ vintaj kereta lama yg masih diminati kerana sesuatu ciri keistimewaannya, biasanya dibuat antara tahun 1917 hingga 1930; berkereta mempunyai atau mengenderai (menaiki, memakai) kereta: kebanyakan mereka tidak ~ sungguhpun banyak yg bergaji besar; dia tu ke mana-mana sahaja ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kavalri | 1. pasukan askar berkuda; 2. pasukan tentera darat yg menaiki kereta perisai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghela | 1. menarik, mengheret, menyeret: polis pencegah rusuhan ~ pemuda penunjuk perasaan ke dlm kereta perisai; ~ nafas menyedut udara; ~ surut mengundurkan (menarik) ke belakang; 2. ark menolak (dlm kira-kira), mengurangi: dua puluh dihela tiga; bagai ~ rambut dlm tepung prb harus berhati-hati ketika menyelesaikan sesuatu pekerjaan yg sulit; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pongkes | /pongkés/ 1 bakul yg dibuat drpd rotan dll dan digunakan utk mengangkat sampah. 2 perisai yg dibuat drpd rotan utk menangkis pukulan dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |