Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. benda-benda yg digunakan utk membuat sesuatu pekerjaan (memasak, ber­tukang, dll), alat: kerja itu tidak dapat dibuat dgn sempurna kerana kekurangan ~; 2. (Bio) bahagian-bahagian (manusia atau binatang) yg menjalankan tugas-tugas tertentu, organ: pd binatang mamalia ~ perjalanan darah ini selalunya mengandungi jantung, salur nadi, pembuluh, dll; binatang-binatang spt arnab atau tikus biasanya dibedah utk diperiksa ~ di dlm tubuhnya; 3. ki orang yg bekerja utk orang lain (biasanya dgn tujuan­-tujuan buruk), alat, ejen: baik dibunuh sahaja orang yg menjadi ~ musuh kita; ~ dapur alat-alat utk kegunaan di dapur (periuk belanga dll); ~ makan alat-alat yg digunakan ketika makan (pinggan, mangkuk, senduk, sudu, dll); ~ perang alat-alat utk ber­perang (senjata dll); ~ rumah benda-benda yg diperlukan dlm rumah (almari, kerusi, meja, dll), perabot; ~ tukang kayu alat-alat yg digunakan oleh tukang kayu (gergaji, ketam, dll); ~ tulis alat-alat menulis (pensel dll); memperkakaskan menggunakan sbg perkakas, memperalat: mereka berasa tidak berdaya kerana diperkakaskan oleh segolongan manusia durjana yg berkuasa; perkakasan 1. bermacam-macam perkakas, (alat) perkakas: sebuah dua kapal Inggeris sudah sampai ke Melaka membawa ~ perang itu; 2. (Komp) peralatan yg membentuk satu sistem komputer spt monitor, papan kekunci, unit pemprosesan, dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 segala yg digunakan utk bekerja atau utk mengerjakan sesuatu; alat: Saya tidak dpt membuat kerja itu dgn sempurna kerana kekurangan ~. 2 ki orang yg bekerja dgn orang lain, biasanya utk tujuan buruk; ejen: Baik dibunuh saja orang yg menjadi ~ musuh kita. ~ dapur alat-alat yg diperlukan utk kegunaan di dapur (spt pinggan, pisau, sudu). ~ perang alat-alat utk berperang. ~ rumah alat-alat yg diperlukan di rumah (spt kerusi, meja, almari); perabot. perkakasan 1 bermacam-macam perkakas: Sebuah kapal sudah sampai dgn membawa ~ perang. 2 ist peralatan yg membentuk satu sistem komputer, spt monitor, papan kekunci, dan unit pemprosesan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perkakas (kata nama)
1. Bersinonim dengan perkakasan: alat, alatan, peralatan, kelengkapan, mesin, radas, peranti, jentera,

2. Dalam konteks perkakas rumah
bersinonim dengan almari, rak buku, kerusi, meja, katil,

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan ejen, alat, tali barut, boneka, barua, ampawa, mata-mata, pengintai, pengekor, pengintip, hantu, gundal,

Kata Terbitan : memperkakaskan, perkakasan,

Peribahasa

Hilang jasa beliung,
     timbul jasa rimbas.

Bermaksud :

Orang lain yang berbuat kebaikan (berlelah payah), orang lain pula yang mendapat pujian. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kerbau punya susu, sapi punya nama, b. Kerbau sakit, sapi beroleh nama). rimbas = perkakas untuk penarah kayu.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
cawan pingganperkakas-perkakas tembikar;Kamus Dewan Edisi Keempat
cawanbekas (bulat kecil, biasanya bertangkai) utk minum kopi dll, cangkir: ~ kopi; ~ pinggan perkakas-perkakas tembikar; bercawan-cawan beberapa banyak cawan: sudah ~ air saya minum, tetapi masih terasa dahaga.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengumpulkan1. menjadikan atau mem­buat supaya berkumpul, mengambil (mengutip) benda-benda yg berselerak (bercerai-cerai) supaya menjadi sekelompok: ia asyik memerhatikan seorang perempuan tua yg sedang ~ benda-benda yg bertaburan di lantai; hendaklah dikumpulkan dulu perkakas-perkakas yg diperlukan sebelum memulakan kerja; 2. mengerahkan (orang dll) supaya menjadi pasukan, menghimpunkan, mengam­pungkan: Panglima Hitam ~ orang-orangnya dan menyusun rancangan menyerang musuh; 3. menjumlahkan (menyatukan) sebilangan sesuatu supaya menjadi suatu jumlah; ~ wang menyimpan wang berdikit-dikit hingga menjadi (agak) banyak;Kamus Dewan Edisi Keempat
perkakasan1. bermacam-macam perkakas, (alat) perkakas: sebuah dua kapal Inggeris sudah sampai ke Melaka membawa ~ perang itu; 2. (Komp) peralatan yg membentuk satu sistem komputer spt monitor, papan kekunci, unit pemprosesan, dll.Kamus Dewan Edisi Keempat
tenunbarang ~ barang-barang yg dibuat drpd benang dll (kain, kapas, sutera, dll); abah-abah (alat, perkakas) ~ alat perkakas utk membuat kain (cita dll); industri (perusa­haan) ~ perusahaan membuat barang tenun; kain ~ kain yg dibuat drpd benang; pabrik ~ Id kilang barang tenun; tukang ~ orang yg membuat kain (dgn menggunakan alat tenun);bertenun membuat barang tenun (kain dll): ada juga sedikit-sedikit orang ~ kain sutera; ~ sampai ke bunjainya prb mengerjakan sesuatu hendaklah sampai sempurna; menenun membuat barang tenun (drpd benang, sutera, dll): di kawasan ini ada pel­bagai perusahaan spt ~ kain, memasang motokar dan membuat bateri; menenuni menggubah: aku dan kau ~ puisi demi puisi mencari intisari suatu nilai suatu erti;tenunan 1. cara menenun: kain ini ~nya halus; 2. hasil drpd menenun, barang-barang yg ditenun: kain ~ Jawa; penenunan 1. perihal (perbuatan, kerja, dsb) menenun: ~ linen dan penjahitan baju; 2. = pertenunan tempat (kilang dll) menenun; penenun orang yg menenun: kapas juga ada ditanam utk kegunaan ~ kain di negeri itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
abah-abah (alat, perkakas) tenunalat perkakas utk membuat kain (cita dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
penganjakbahagian drpd suatu perkakas utk menggerakkan supaya perkakas itu menjadi panjang atau pendek.Kamus Dewan Edisi Keempat
perkakas gagasan(conceptual tool)Perkakas yang membolehkan pengguna mengolah idea untuk membentuk buah fikiran berbanding dengan perkakas biasa yang mengolah benda.Kamus Komputer
perabotJw alat perkakas; ~ mobil alat-alat bahagian kereta; ~ rumah perkakas rumah (kerusi, meja, dll); ~ tukang kayu alat perkakas tukang kayu.Kamus Dewan Edisi Keempat
perabotsegala jenis perkakas yg diperlukan utk rumah (pejabat dll): ~ rumah segala macam perkakas spt kerusi, meja, yg diperlukan di rumah; ~ tukang kayu segala macam perkakas yg diperlukan oleh tukang kayu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas