pedoman | 1 perkakas spt jam bentuknya yg menunjukkan arah mata angin; kompas. 2 sesuatu yg digunakan sbg pegangan atau ikutan utk melakukan sesuatu; panduan. berpedomankan menggunakan sesuatu sbg pedoman: Mereka mencari jalan dgn ~ bintang di langit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pemintal | 1. perkakas utk memintal benang atau tali, pengantihan; 2. orang yg memintal (benang, tali dll): ia ~ tali. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemangkas | 1. perkakas atau alat utk memangkas (memotong): ~ rumput; 2. orang yg memangkas, tukang pangkas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
komutator | 1. perkakas utk mengubah arah arus elektrik (terutama utk menukar arus ulang-alik menjadi arus terus); 2. bahagian berputar (dlm dinamo atau motor) yg menerima arus drpd berus atau menghantar arus kpd berus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengapit | 1. perkakas utk mengapit; 2. picitan (dgn jari); 3. orang di kiri kanan pengantin; 4. pembantu, ajutan, apit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
apitan | 1. perkakas utk menghimpit (mengem-pa, menyepit): ~ minyak; ~ tebu; 2. (Lin) awalan dan akhiran yg diberi serentak pd sesuatu kata (mis ke...an, pe...an, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perangkap | 1 perkakas yg pelbagai jenis dan bentuknya, digunakan utk menangkap binatang (biasanya diletakkan umpan pd perkakas tsb): ~ tikus; ~ harimau. 2 ki tipu muslihat (utk memperdaya orang): Dia mencuba memasang ~ dgn menuturkan kata-kata yg manis. ~ laju kawasan tertentu di bahagian jalan raya atau lebuh raya tempat kamera dsb digunakan bagi mengesan kenderaan yg dipandu melebihi had laju yg ditetapkan. ~ maut sesuatu, spt tempat yg berbahaya, keadaan yg tidak selamat yg boleh meragut nyawa. memerangkap 1 menangkap binatang dgn menggunakan perangkap. 2 ki menangkap orang dgn menggunakan helah; memperdaya. terperangkap 1 kena tangkap dgn perangkap; masuk ke dlm perangkap. 2 ki tertipu; terpedaya. pemerangkap orang yg memerangkap. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perkakasan | 1. bermacam-macam perkakas, (alat) perkakas: sebuah dua kapal Inggeris sudah sampai ke Melaka membawa ~ perang itu; 2. (Komp) peralatan yg membentuk satu sistem komputer spt monitor, papan kekunci, unit pemprosesan, dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengumpulkan | 1. menjadikan atau membuat supaya berkumpul, mengambil (mengutip) benda-benda yg berselerak (bercerai-cerai) supaya menjadi sekelompok: ia asyik memerhatikan seorang perempuan tua yg sedang ~ benda-benda yg bertaburan di lantai; hendaklah dikumpulkan dulu perkakas-perkakas yg diperlukan sebelum memulakan kerja; 2. mengerahkan (orang dll) supaya menjadi pasukan, menghimpunkan, mengampungkan: Panglima Hitam ~ orang-orangnya dan menyusun rancangan menyerang musuh; 3. menjumlahkan (menyatukan) sebilangan sesuatu supaya menjadi suatu jumlah; ~ wang menyimpan wang berdikit-dikit hingga menjadi (agak) banyak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perkakas | 1. benda-benda yg digunakan utk membuat sesuatu pekerjaan (memasak, bertukang, dll), alat: kerja itu tidak dapat dibuat dgn sempurna kerana kekurangan ~; 2. (Bio) bahagian-bahagian (manusia atau binatang) yg menjalankan tugas-tugas tertentu, organ: pd binatang mamalia ~ perjalanan darah ini selalunya mengandungi jantung, salur nadi, pembuluh, dll; binatang-binatang spt arnab atau tikus biasanya dibedah utk diperiksa ~ di dlm tubuhnya; 3. ki orang yg bekerja utk orang lain (biasanya dgn tujuan-tujuan buruk), alat, ejen: baik dibunuh sahaja orang yg menjadi ~ musuh kita; ~ dapur alat-alat utk kegunaan di dapur (periuk belanga dll); ~ makan alat-alat yg digunakan ketika makan (pinggan, mangkuk, senduk, sudu, dll); ~ perang alat-alat utk berperang (senjata dll); ~ rumah benda-benda yg diperlukan dlm rumah (almari, kerusi, meja, dll), perabot; ~ tukang kayu alat-alat yg digunakan oleh tukang kayu (gergaji, ketam, dll); ~ tulis alat-alat menulis (pensel dll); memperkakaskan menggunakan sbg perkakas, memperalat: mereka berasa tidak berdaya kerana diperkakaskan oleh segolongan manusia durjana yg berkuasa; perkakasan 1. bermacam-macam perkakas, (alat) perkakas: sebuah dua kapal Inggeris sudah sampai ke Melaka membawa ~ perang itu; 2. (Komp) peralatan yg membentuk satu sistem komputer spt monitor, papan kekunci, unit pemprosesan, dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |