Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perkalian 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
perkalian1 (sifir) kali-kali. 2 hitungan darab.Kamus Pelajar Edisi Kedua
perkalian1. pendaraban, perbanyakan, per­gandaan; 2. hasil darab;Kamus Dewan Edisi Keempat
perkalian1. (sifir) kali-kali. 2. hitungan darab.Kamus Pelajar
kali Ikejadian atau waktu yg berlaku berulang-ulang atau berturut-turut: Jam di bilik itu berbunyi tujuh ~. kali-kali daftar bilangan yg digandakan berturut-turut (spt 3x1, 3x2, 3x3, 3x4); sifir. kalian kamu semua; sekalian. berkali-kali berulang kali; kerap atau acapkali; sering; selalu: Mereka membunyikan hon kereta ~. mengalikan menggandakan atau mendarabkan bilangan: Berapa jawabnya jika kita ~ empat puluh dgn dua puluh tiga? sekali 1 satu kali: Kamu hendaklah mandi sekurang-kurangnya ~ sehari. 2 semuanya atau seluruhnya: Mereka menggali lubang itu dan mengambil telur yg terlonggok di dlmnya ~. 3 amat; sangat; paling: Pahang ialah negeri yg besar ~ di Semenanjung Tanah Melayu. 4 = sekali gus semuanya dikerjakan pd satu waktu. 5 pd suatu masa; pd suatu waktu: ~ persetua sekali peristiwa. ~ lalu a. tidak mengamati betul-betul; sambil lalu; sepintas lalu. b. serentak; sekali gus. sekali-kali sedikit pun; sama sekali; langsung: Kami ~ tidak berhajat kpd kuda dan tentera kamu. sekali-sekali, sesekali, sekali-sekala kadang-kadang; kadangkala; ada kalanya: ~ dia pergi menjenguk ke luar tingkap. ~ kedengaran bunyi guruh. bersekali bersama-sama sekali; berserta: Bawa gajah putih sepasang ~ dgn rantai emas. sekalian 1 semuanya; seluruhnya; segenap: ~ pencuri itu telah ditangkap polis. 2 = kamu ~ kamu semua; awak semua; kalian. perkalian 1 (sifir) kali-kali. 2 hitungan darab. pengalian perbuatan mengalikan atau mendarabkan; penggandaan. pengali angka yg digunakan utk menggandakan; pendarab. pekali nombor atau simbol yg diletakkan sebelum sesuatu nilai lain; koefisien.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kali I1. darab (digunakan utk menggandakan, memperbesar, memperbanyak sesuatu jumlah atau bilangan): tiga ~ empat (jadi) dua belas; hasil ~ hasil mendarabkan bilangan; tanda ~ tanda × (dlm kira-kira darab); 2. waktu (keja­dian dll) yg berturutan atau berulang-ulang, ketika atau waktu berlakunya dll sesuatu: setiap ~ orang datang, ia disuruh keluar; jam di dinding berbunyi lapan ~; inilah ~ kedua berlakunya kemalangan di tempat itu minggu ini; bilang ~ setiap kali; julung ~ pertama kali; kali-kali daftar hasil darab yg tersusun, sifir; sekali 1. satu kali: ~ angkat saja, habis semuanya; sambutan itu diadakan setahun ~; 2. suatu ketika (waktu dsb); ~ persetua (peristiwa) pd suatu kejadian (digunakan dlm sastera lama utk memulakan cerita); 3. semuanya pd satu waktu (dilakukan, dikerja­kan, dll), pd waktu yg sama, sekali gus, (dgn) serentak: menghulurkan empat keping tiket ~; Menteri pun bangkit membuat laporan lalu mengusulkan ~ supaya rang undang-undang itu dibaca bagi kali yg ketiga; 4. semuanya atau seluruhnya bersama-sama (tidak ada kecualinya), berserta dgn yg lain (nya), juga: kalau dia pun berada di situ, tangkap dia ~; kaedah menulis karangan diberikan dlm setiap pelajaran dgn contoh dan latihannya ~; 5. amat, terlalu, sangat: orang yg penting ~; rumah itu bagus ~; ia berada di muka ~; ~ gus (melakukan sesuatu dll) dgn satu kali sahaja atau serentak : mereka mahu membayar baki hutang mereka ~, gus; ~ harung bp semuanya dibuat (dikerjakan, diselesaikan dsb) dgn satu kali sahaja atau secara serentak pada masa yg sama, sekali gus; ~ imbas sepintas lalu, sambil lalu; ~ lalu a) sekali imbas; b) (dgn) serentak, sekali gis; sekali-kali langsung, sama sekali, sedikit pun: tak mahu ~; jangan ~ berbohong; masalah wanita dlm perundangan Islam tidak ~ boleh dilihat dr satu sudut sahaja; sekali-sekali, sesekali, sekali-sekala kadang-­kadang, ada kalanya: ~ ia pergi ke tingkap dan menjenguk ke luar; sesekali pd waktu malam, terdengar juga bunyi ledakan meriam; sekali-sekala kedengaran bunyi guruh mendayu-dayu; sekalipun = jika... ~ = walau... ~ meskipun, walaupun, biarpun, sungguhpun: aku tidak mahu menyalahkan sesiapa, ~ kau; kalau sudah jadi saudagar kelak, walau saudagar kecil ~, tentu aku takkan hina benar lagi di mata orang; bersekali bersama-sama sekali (dgn), ber­serta (dgn): bawakan Balai Tinjau Maya, bidadari dan gajah putih sepasang ~ dgn rantai emas; berkali-kali beberapa kali (berturut-turut), berulang kali, kerap kali, sering kali: mereka membunyikan hon lori itu ~; ~ sudah saya ingatkan dia; mengalikan, memperkalikan mendarab­kan, menggandakan: ~ 2 dgn 7 (= 14); kalian 1. = sekalian; 2. bp awak (kamu) semua: biarlah ~ dulu, aku akan menyusul; ~ memang begitu, suami isteri serupa saja; daftar ~ kali-kali, sifir; sekalian 1. semua(nya), segala: ~ perompak kembali ke bahteranya; kami dgn rendah hati mempersilakan anda ~ utk mengirimkan rencana bahasa; 2. = kamu ~ kamu (awak) semuanya; 3. sekali jalan (membuat sesuatu di samping membuat sesuatu yg lain), serentak (melakukan dll), sambil; perkalian 1. pendaraban, perbanyakan, per­gandaan; 2. hasil darab; pengali Id pendarab; pekali angka yg ditulis sebelum sesuatu lambang: dlm 7 abx, 7 ialah ~ bagi abx.Kamus Dewan Edisi Keempat
darab1. pukulan: maka drpd ~ palu Johan Alam itu, maka ranap cetai penghulu pen­dekar itu; 2. perkalian, kali-kali; sifir ~ sifir kali-kali (mis 2 × 1, 2 × 2, 2 × 3, dan seterusnya); mendarab, mendarabkan mengalikan, mem­­perkalikan: bagaimanakah mem­per­oleh jawabannya apabila ~ sesuatu nombor dgn 10? pendaraban proses mendarab atau men­darabkan sesuatu; pendarab angka yg didarabkan dgn angka lain, angka perkalian, pengali (dlm kira-kira).Kamus Dewan Edisi Keempat
banyak1. bukan sedikit, tidak sedikit: ~ orang yg mempunyai cita-cita tinggi; 2. bilangan, jumlah: berapa ~ wang yg kauterima? 3. sangat, sungguh: ~ lagak;~ aksi membuat-buat supaya nampak elok; ~ bicara = ~ cakap = ~ mulut suka berleter; ~ cantik sr ungkapan utk menyatakan kemarahan, atau digunakan sbg gurauan dll; ~ lemak a) mempunyai atau diselaputi lemak yg banyak (bkn bahagian tubuh): alat itu digerakkan di bahagian yg ~ lemak selama kira-kira 15 minit; b) ki berkelakuan yg keterlaluan atau terlalu manja sehingga mengakibatkan orang lain meluat (bkn perilaku seseorang): “Sekarang kau dah ~ lemak.”; ~ sedikitnya a) jumlahnya, banyaknya; b) barang sedikit;sebanyak sama banyak: tidak ada wangku ~ itu; sedikit ~ sekurang-kurangnya;banyak-banyak 1. dlm jumlah yg banyak: pagi-pagi buta dia akan pergi ke pasar membeli sayur ~; 2. sungguh-sungguh, amat sangat: terima kasih ~;sebanyak-banyaknya sebanyak mungkin: ~ dapat diberi hanyalah sepuluh ringgit; berbanyak-banyak beramai-ramai, bersama-sama dlm bilangan yg banyak: mereka menyerbu ~;membanyaki 1. memperbanyaki; 2. menyerang (mengerjakan, mendatangi dsb) beramai-ramai, memperamaikan;memperbanyaki menjadikan banyak, menambah agar menjadi banyak: ~ ahli agar parti menjadi kuat;membanyakkan 1. menjadikan banyak, membuat (supaya) menjadi banyak, menambah banyak: dia meminta supaya kerajaan ~ lagi bantuan kpd sekolah-sekolah Melayu; 2. = memperbanyakkan mendarabkan, mengalikan, menggandakan: ~ 25 dgn 4;memperbanyak menjadikan lebih banyak, membuat supaya menjadi lebih banyak;terbanyak paling banyak, terlampau banyak: parti itu mempunyai suara yg ~ dlm parlimen;banyakan Jk barangkali, mungkin sekali;kebanyakan 1. jumlahnya, banyaknya: bukan ~ tetapi nilainya yg penting; 2. sebahagian besar, yg terbanyak: kerajaan mendapat sokongan drpd ~ ahli parlimen; 3. biasa: dia bukan kuli ~, tetapi seorang yg mempunyai cita-cita tinggi; orang ~ orang biasa; 4. biasanya, amnya: Raja Haji Yahya telah mencatatkan cerita rakyat Melayu yg ~nya kita istilahkan sbg cerita-cerita pelipur lara; 5. Jk sangat banyak, terlampau banyak;perbanyakan pergandaan, perkalian; melakukan ~ mendarab;pembanyakan perihal (perbuatan, tindakan dsb) membanyakkan: salah satu syor yg terkandung dlm penyata itu ialah ~ sekolah pertukangan.Kamus Dewan Edisi Keempat
kali Ikejadian atau waktu yg berlaku berulang-ulang atau berturut-turut: Jam di bilik itu berbunyi tujuh ~. kali-kali daftar bilangan yg digandakan berturut-turut (spt 3x1, 3x2, 3x3, 3x4 dll); sifir. kalian kamu semua; sekalian. berkali-kali berulang kali; kerap atau acap kali; sering; selalu:Mereka membunyikan hon kereta ~. mengalikan menggandakan atau mendarabkan bilangan: Berapa jawabnya jika kita ~ empat puluh dgn dua puluh tiga? sekali 1. satu kali:Kamu hendaklah mandi sekurang-kurangnya ~ sehari. 2. semuanya atau seluruhnya: Mereka menggali lubang itu dan mengambil telur yg terlonggok di dlmnya ~. 3. amat; sangat; paling:Pahang ialah negeri yg besar ~ di Semenanjung Tanah Melayu. 4. = ~ lalu, sekali gus semuanya dikerjakan pd satu waktu. 5. pd suatu masa; pd suatu waktu: ~ persetua sekali peristiwa. sekali-kali sedikit pun; sama sekali; langsung:Kami ~ tidak berhajat kpd kuda dan tentera kamu. sekali-sekali, sesekali, sekali-sekala kadang-kadang; kadangkala; ada kalanya:~ dia pergi menjenguk ke luar tingkap. ~ kedengaran bunyi guruh. bersekali bersama-sama sekali; berserta:Bawa gajah putih sepasang ~ dgn rantai emas. sekalian 1. semuanya; seluruhnya; segenap: ~ pencuri itu telah ditangkap polis. 2. =kamu ~ kamu semua; awak semua; kalian. perkalian 1. (sifir) kali-kali. 2. hitungan darab. pengalian perbuatan mengalikan atau mendarabkan; penggandaan. pengali angka yg digunakan utk menggandakan; pendarab. pekali nombor atau simbol yg diletakkan sebelum sesuatu nilai lain;koefisien.Kamus Pelajar

Kembali ke atas