perkasa | 1. = gagah ~ gagah berani: Hang Tuah terkenal sbg seorang hulubalang Melayu yg ~; 2. berkuasa, hebat, kuat; dgn ~ dgn paksa (kekerasan); memperkasakan menjadikan hebat (unggul, kuat, terkenal, berdaulat, dominan dsb): usaha utk ~ industri minyak sawit perlu dilakukan segera; ~ bahasa Melayu; keperkasaan 1. perihal perkasa, keberanian, kegagahan: dia tahu benar ~ Iskandar Muda dgn armadanya yg besar menyerang Melaka; 2. kekuasaan, kekuatan, kekerasan; pemerkasaan perihal (perbuatan, usaha atau tindakan) memperkasakan: kongres tersebut turut meluluskan resolusi dlm aspek ~ bahasa Melayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perkasa | 1 berani lagi bijak dlm peperangan: Hang Tuah merupakan hulubalang Melayu yg ~. gagah ~ gagah serta berani. 2 kuat dan berkuasa; hebat: memperkasakan menjadikan perkasa (hebat, unggul dsb): Usaha dijalankan utk ~ bahasa Melayu. keperkasaan 1 keadaan atau sifat berani lagi bijak (dlm peperangan): Dia tahu benar akan ~ Iskandar Muda dgn armadanya yg besar menyerang Melaka. 2 keadaan kuat dan berkuasa; kehebatan: Kebimbangan sesetengah pihak timbul ekoran daya saing yg muncul drpd ~ ekonomi negara-negara Asia. pemerkasaan perbuatan, usaha dsb memperkasakan: Kongres meluluskan resolusi dlm aspek ~ bahasa Melayu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perkosa | 1. gagah, kuat, perkasa; 2. paksa, kekerasan, perkasa: rakyat seluruhnya harus menentang serangan ~ drpd lawan dgn segala tenaga dan alat yg ada padanya; dgn ~ dgn paksa (kekerasan); memperkosa 1. melakukan persetubuhan dgn kekerasan, merogol (perempuan): seorang pemuda ganas telah melarikannya dan ~nya; 2. menakluki (menguasai) dgn kekerasan, memaksa, menggagahi: ia telah menggunakan pangkat dan kekuasaannya utk ~ orang lain; 3. menyerang (negeri dll) dgn kekerasan, melanggar (hukum dll) dgn kekerasan: penindasan penduduk negeri yg dijajah itu adalah ~ Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu; ~ kedaulatan negeri lain; perkosaan, pemerkosaan 1. perbuatan merogol (perempuan); 2. perihal, perbuatan memperkosa, paksaan, pelanggaran, penggagahan: langkah-langkah utk mengelakkan jenayah rogol, ~ dan khalwat; pemerkosa orang yg memperkosa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keperkasaan | 1. perihal perkasa, keberanian, kegagahan: dia tahu benar ~ Iskandar Muda dgn armadanya yg besar menyerang Melaka; 2. kekuasaan, kekuatan, kekerasan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perwira | 1. sl berani, gagah: ia seorang perajurit agung lagi ~; ~ perkasa = gagah ~ gagah perkasa; 2. sl orang yg gagah berani, pahlawan: maka oleh segala ~ itu dibawanya keris itu ke barung-barung; 3. Id pegawai tentera (drpd leftenan muda ke atas): kerana keberaniannya ia diangkat menjadi ~ pertama dgn berpangkat leftenan dua; ~ laut pegawai dlm angkatan laut; ~ menengah pegawai tentera drpd kapten hingga ke brigedier (meliputi mejar, leftenan kolonel); ~ penghubung pegawai tentera yg menghubungkan pasukan dll dgn pasukan lain; ~ pertama = ~ rendah pegawai (pangkat leftenan dan kapten); ~ tinggi pegawai yg lebih tinggi drpd kolonel; keperwiraan 1. sl keberanian, kegagahan, kepahlawanan: riuh-rendah bunyi serdadu kedua-dua belah pihak sama-sama menunjukkan kegagahan dan ~; 2. perihal perwira. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gagah | 1. kuat, mempunyai tenaga, bertenaga: datuknya sudah pun tua tapi masih ~ mengayuh basikal; 2. berani, perkasa: perajurit yg ~ berani menemui ajalnya di medan perang; ~ berani (perkasa) sangat berani; 3. besar dan tegap (badan), begap: gadis itu tidak jemu-jemu melihat pemuda yg ~ di sampingnya; 4. bangga, megah: dia berasa ~ dapat masuk ke universiti;bergagah-gagahan 1. mengadu kekuatan; 2. beradu megah; menggagah 1. mengerjakan sesuatu dgn sepenuh tenaga; 2. = ~ pinggang bersikap gagah dgn bercekak pinggang; menggagahi 1. memaksa, mengerasi, menguasai: kubu pertahanan itu dapat digagahi musuh; 2. memperkosa, merogol: dia dihukum kerana ~ seorang gadis;menggagahkan membuat gagah (berani, kuat, dll), memberanikan, memaksakan; ~ diri, = ~ hati memberanikan diri; kegagahan perihal gagah: dlm ingatanku tergambar keperwiraan dan ~ Hang Tuah; pintu gerbang di depan menambahkan ~ bangunan itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berani I | 1. gagah (bukan pengecut), perkasa: adikku ialah seorang yg ~; 2. tidak takut, tabah menghadapi bahaya (kesulitan dll): fikiran ini tidak ada orang yg ~ menafikan; ~ lalat berani di belakang lawan (kalau berhadapan takut); ~ mati tidak takut mati; ~ udang tidak tetap hati, cemas hati; barisan (pasukan) ~ mati tentera yg berani mengorbankan jiwanya; ~ hilang tak hilang, ~ mati tak mati prb mengerjakan sesuatu hendaklah dgn keberanian; ~ malu, takut mati prb pengecut; ~ menjual, ~ membeli prb a) apa-apa yg dikerjakan (dikatakan), hendaklah ditimbang-timbang (jangan mengenai orang lain); b) tidak saja mahu menyuruh, mengerjakan pun mahu juga; ~ pegang, ~ tanggung = barang siapa ~ mengamang, tak dapat tidak melawan prb tiap-tiap yg dicakapkan akan berani pula dikerjakan; memberanikan 1. memberangsangkan, menggalakkan: kemenangan itu ~ lagi orangorang Islam; 2. = memberani-beranikan menjadikan (diri sendiri) berani, membuat (memaksa diri) supaya berani: “Saya tidak akan bimbang dgn tidak bersebab,” katanya dgn hati yg diberani-beranikan;keberanian kegagahan, keperkasaan: dia mendapat pangkat itu dgn ~ dan pengorbanan; pemberani sangat berani, orang yg sangat berani. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berlawan | 1. mempunyai lawan (tandingan dll): hulubalang terlalu perkasa tiada ~ di dlm negeri; 2. bersalahan (pd hukum, undang-undang, dll), bertentangan dgn: perbuatan yg ~ dgn undang-undang; 3. bertanding (dlm permainan dll), beradu: Baba Melaka telah ~ pantun dgn orang dr Kedah; ~ senjata; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menerkam | 1. melompati (utk menyerang, menangkap, dll), menerkap, menerpa: maka panglima-panglima itu pun ~lah menangkap Dewa Perkasa itu; dgn tiba-tiba ayam jantan hitam itu ~ ayam kami lalu mematuk kepalanya bertubi-tubi; 2. meluru kpd, menyerbu: anak raja tadi telah ~ datang ke pintu itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gagah | 1 dpt melakukan sesuatu yg berat-berat; bertenaga lagi kuat: Sungguhpun sudah tua, Mat Kilau masih ~. 2 = ~ berani (perkasa) sangat kuat lagi berani melakukan sesuatu: Hang Tuah terkenal sbg pahlawan Melayu yg ~ berani. 3 besar dan tegap badannya; tampan lagi kacak: Pemuda ~ yg baik hati itu telah menghantarnya pulang. 4 kelihatan hebat; tampak mulia: Pd anggapannya, tinggal di Petaling Jaya lebih ~ drpd tinggal di tempat-tempat lain. menggagahi menguasai dgn paksa atau dgn kekerasan; memaksa: Tentera kita berjaya ~ musuh. menggagahkan menjadikan gagah; memberanikan: ~ diri memberanikan diri: Dia ~ dirinya utk memasuki pertandingan itu walaupun saingannya hebat-hebat. kegagahan keadaan atau sifat gagah: Kisah ~ Hang Tuah tersebar ke seluruh Kepulauan Melayu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |