hotel | (hotél) bangunan tempat penginapan yg menyediakan makanan dan perkhidmatan-perkhidmatan lain utk orang luar yg datang mengunjungi sesuatu tempat; perhotelan urusan bkn hotel. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keloi II | Kd; alat ~ alat perhubungan elektronik utk memanggil seseorang; perkhidmatan ~ perkhidmatan utk memanggil seseorang melalui alat elektronik; mengeloi memanggil. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
awam | 1 umum; am: Kami telah berbincang ttg perkara-perkara ~ saja. 2 tidak bersifat ketenteraan; preman; biasa: orang ~ orang biasa; perkhidmatan ~ perkhidmatan kerajaan yg bukan ketenteraan sifatnya. mengawamkan 1 memberitahukan sesuatu kpd orang ramai; mengumumkan. 2 menganjurkan; mengesyorkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bomba | 1. alat utk mengepam air dll, pam: air telaga itu dinaikkan ke atas dgn ~; 2. pasukan yg bertugas utk memadamkan kebakaran; ahli ~ orang yg bertugas memadamkan kebakaran; kereta ~ kereta yg digunakan oleh ahli bomba apabila memadamkan kebakaran; perkhidmatan ~ perkhidmatan utk memadamkan kebakaran; kebombaan segala urusan yg berkaitan dgn perkhidmatan bomba: dia menjalani latihan asas ~ di Pusat Latihan Bomba. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perkhidmatan pos | perkhidmatan yg mengurus pengiriman dan penyampaian surat, bungkusan dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perkhidmatan sosial | perkhidmatan (spt perkhidmatan perubatan, pelajaran, dll) utk kebajikan rakyat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perkhidmatan perubatan | perkhidmatan yg berkaitan dgn kesihatan rakyat (bekalan perubatan dsb); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perkhidmatan kerajaan | perkhidmatan (spt kerja-kerja pentadbiran dll) oleh pemerintah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perkhidmatan keloi | perkhidmatan utk memanggil seseorang melalui alat elektronik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perkhidmatan bomba | perkhidmatan utk memadamkan kebakaran; | Kamus Dewan Edisi Keempat |