infrastruktur | kemudahan atau perkhidmatan asas (spt kemudahan pengangkutan, kesihatan, bekalan elektrik, air) utk membangunkan sesuatu masyarakat dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
infrastruktur | kemudahan atau perkhidmatan asas (spt kemudahan pengangkutan, kesihatan, bekalan elektrik, air dsb) utk membangunkan sesuatu masyarakat dsb. | Kamus Pelajar |
kawalan harga | penetapan paras harga maksimum oleh kerajaan terhadap barang atau perkhidmatan asas tertentu, terutamanya semasa inflasi atau darurat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
infrastruktur | 1. struktur asas sesuatu organisasi, sistem, dsb; 2. kemudahan dan perkhidmatan asas (spt kemudahan pengangkutan, pendidikan, kesihatan dsb, bekalan kuasa elektrik, dan pelbagai kemudahan lain yg diperlukan utk pembangunan dan pertumbuhan sesebuah negara, masyarakat, organisasi, dsb), prasarana. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kawalan | 1. yg dikawal; hukuman ~ hukuman yg menyekat kebebasan pergerakan seseorang; 2. usaha atau tindakan mengawal (menjaga, mengawasi): ~ keselamatan akan dilakukan di sepanjang pantai itu; ~ harga penetapan paras harga maksimum oleh kerajaan terhadap barang atau perkhidmatan asas tertentu, terutamanya semasa inflasi atau darurat; ~ kredit (Eko) kawalan yg dikenakan terhadap sistem perbankan bagi mengawal jumlah pinjaman, khususnya dlm pemberian pinjaman dan overdraf; ~ mutu pemeriksaan terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan utk menjamin atau memastikan barangan yg dihasilkan atau perkhidmatan yg diberikan itu mematuhi piawaian mutu yg ditetapkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ekonomi | /ékonomi/ 1 ilmu ttg asas-asas pengeluaran, pembahagian, penggunaan barang-barang dan perkhidmatan serta masalah-masalah kewangan (kemasyarakatan dll) yg bersangkutan dgnnya. 2 keadaan kekayaan atau kebendaan (sesebuah negara dll): Kedudukan ~ negara semakin kukuh. 3 urusan ttg perkara-perkara rumah tangga (spt perbelanjaan, penggunaan barang-barang). 4 tidak boros; hemat. ~ campuran sistem ekonomi yg sebahagian sumbernya dikawal oleh sektor awam dan sebahagian lagi dikawal oleh sektor swasta. ~ terbuka ekonomi yg melibatkan perdagangan sesebuah negara dgn negara yg lain. ~ tertutup ekonomi yg tidak melibatkan perdagangan antarabangsa, iaitu tidak wujud aktiviti import dan eksport barangan atau bahan pengeluaran. berekonomi 1 menjalankan sesuatu usaha menurut ilmu ekonomi. 2 bercermat atau berhati-hati dlm menggunakan wang; berhemat. mengekonomikan membelanjakan wang dgn hati-hati; menghematkan: Utk tujuan ini, beliau telah ~ segala perbelanjaan seberapa yg dpt. perekonomian hal-hal atau kegiatan-kegiatan ekonomi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ekonomi | /ékonomi/ 1. ilmu ttg asas-asas pengeluaran, pembahagian, penggunaan barang-barang dan perkhidmatan serta masalah-masalah kewangan (kemasyarakatan dll) yg bersangkutan dgnnya. 2. keadaan kekayaan atau kebendaan (sesebuah negara dll): Kedudukan ~ negara semakin kukuh. 3. urusan ttg perkara-perkara rumah tangga (spt perbelanjaan, penggunaan barang-barang dll). 4. tidak boros; hemat. berekonomi 1. menjalankan sesuatu usaha menurut ilmu ekonomi. 2. bercermat atau berhati-hati dlm menggunakan wang; berhemat. mengekonomikan membelanjakan wang dgn hati-hati; menghematkan: Utk tujuan ini, beliau telah ~ segala perbelanjaan seberapa yg dpt. perekonomian hal-hal atau kegiatan-kegiatan ekonomi. | Kamus Pelajar |
bomba | 1. alat utk mengepam air dll, pam: air telaga itu dinaikkan ke atas dgn ~; 2. pasukan yg bertugas utk memadamkan kebakaran; ahli ~ orang yg bertugas memadamkan kebakaran; kereta ~ kereta yg digunakan oleh ahli bomba apabila memadamkan kebakaran; perkhidmatan ~ perkhidmatan utk memadamkan kebakaran; kebombaan segala urusan yg berkaitan dgn perkhidmatan bomba: dia menjalani latihan asas ~ di Pusat Latihan Bomba. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kawal | 1. orang yg menjaga, penjaga; ~ sambang penjaga yg meronda, peronda; 2. penjagaan, pengawasan: segala hulubalang pun berkhemahlah masing-masing pd ~nya; berkawal 1. berjaga (mengawasi di sesuatu tempat): beberapa orang anggota polis tinggal ~ di tempat itu; 2. diawasi, dijaga: makin ~, makin kecurian; mengawal, mengawali 1. menjaga dan mengawasi (tempat, bangunan, dll) supaya selamat, menjaga keselamatan (orang lain): ia memimpin anak buahnya berjaga malam ~ kampung; 2. mengawas atau mengawasi (supaya tidak melampaui batas, sempurna dan teratur segala-galanya atau utk sesuatu tujuan lain), mengontrol: kalau dia seorang yg benar-benar sabar, berjayalah ia ~ dirinya; ~ harga barang; ~ gerak langkah dan tindakan sesuatu kumpulan pekerja; ~ penyakit supaya tidak merebak; mengawali mengawal berterusan atau beramai-ramai: pd tatkala itu, Taifah pun ada ~ istana itu; terkawal (dapat) dikawal, diawasi; kawalan 1. yg dikawal; hukuman ~ hukuman yg menyekat kebebasan pergerakan seseorang; 2. usaha atau tindakan mengawal (menjaga, mengawasi): ~ keselamatan akan dilakukan di sepanjang pantai itu; ~ harga penetapan paras harga maksimum oleh kerajaan terhadap barang atau perkhidmatan asas tertentu, terutamanya semasa inflasi atau darurat; ~ kredit (Eko) kawalan yg dikenakan terhadap sistem perbankan bagi mengawal jumlah pinjaman, khususnya dlm pemberian pinjaman dan overdraf; ~ mutu pemeriksaan terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan utk menjamin atau memastikan barangan yg dihasilkan atau perkhidmatan yg diberikan itu mematuhi piawaian mutu yg ditetapkan; pengawalan perihal (perbuatan) mengawal: ~ penyakit tumbuhan dgn menggunakan racun kulat boleh dilaksanakan; pengawal 1. orang yg mengawal, penjaga, pengawas: Taruna dan Aduka sama-sama menjadi ~ dan pesuruh penghulu yg setia; 2. orang yg mengawal (mengetuai) jabatan kerajaan yg tertentu: ~ Hasil Dalam Negeri; ~ Kastam; ~ kampung pasukan (orang) yg bertugas secara sukarela utk menjaga keselamatan kampung; ~ pantai (pasukan) petugas yg mengawasi lalu lintas kapal, mencegah penyeludupan, membantu kerja menyelamat di laut dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kebombaan | segala urusan yg berkaitan dgn perkhidmatan bomba: dia menjalani latihan asas ~ di Pusat Latihan Bomba. | Kamus Dewan Edisi Keempat |