Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kira
1. Bersinonim dengan pendapat
( fikir, rasa, anggapan, sangkaan, dugaan, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan taksiran
( hitungan, anggaran, jangkaan, )
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan peduli
( hirau, endah, parwah, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : kiranya, sekiranya, kira-kira, berkira, berkira-kira, mengira, mengira-ngira, terkira, kiraan, perkiraan, pengiraan, pengira,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
perkiraan1. kiraan, perhitungan: angka yg diberikan itu berdasarkan ~ pukul rata; pinjaman itu dikenakan bayaran faedah dgn ~ 4%; 2. pertimbangan, taksiran: perkara-perkara yg penting diserahkan kpd ~ ibu bapa mereka; menurut ~ umum, peperangan itu tidak akan tamat dlm jangka waktu yg singkat;Kamus Dewan Edisi Keempat
hisab1. bkn kira-mengira atau perkiraan. ilmu ~ ilmu dlm hal kira-mengira. 2. kiraan amalan seseorang pd hari kiamat yg dijalankan oleh Allah ketika manusia berada di Padang Mahsyar. menghisab mengira atau menghitung utk mencari jawapannya; membuat perkiraan (terhadap): Maka dihisab dan dihitung segala kebaikan dan kejahatan mereka. menghisabkan memberikan perkiraan terhadap; menghiraukan: Murid yg baik tentu ~ nasihat guru dan ibu bapanya. terhisab dpt dikira atau dihitung terkira; terhitung (jumlahnya dll).Kamus Pelajar
hisab1 bkn kira-mengira atau perkiraan. ilmu ~ ilmu dlm hal kira-mengira. 2 kiraan amalan seseorang pd hari kiamat yg dijalankan oleh Allah ketika manusia berada di Padang Mahsyar. menghisab mengira atau menghitung utk mencari jawapannya; membuat perkiraan (terhadap): Maka dihisab dan dihitung segala kebaikan dan kejahatan mereka. menghisabkan memberikan perkira­an terhadap; menghiraukan: Murid yg baik tentu ~ nasihat guru dan ibu bapanya. terhisab dpt dikira atau dihitung; terkira; terhitung (jumlahnya dll).Kamus Pelajar Edisi Kedua
rejang Icara perkiraan baik buruk utk tiap-tiap hari bulan biasanya dilambangkan oleh binatang, spt 1 hari bulan oleh kuda, 2 hari bulan oleh kijang, 3 hari bulan oleh harimau, dll (perkiraan ahli nujum).Kamus Dewan Edisi Keempat
hisab1. (per)hitungan, perkiraan: ilmu ~ pengetahuan bkn menghitung (kira-mengira); 2. sl hirau, endah, peduli: maka dibedil oranglah dr darat kena kapalnya, ~ pun dia tiada; menghisab menghitung amalan baik dan buruk manusia: maka dihisab dan dihi­tunglah segala kebaikan dan kejahatan mereka; aku ~ dan menghitung diriku sendiri tiap kali selesai solat; menghisabkan mempedulikan, menghi­rau­kan, mengendahkan: beberapa pun dipasang orang mercun dan periuk api dan tempik sorak spt tagar, tiada dihisabkan oleh Beli­damani, dirempuhnya juga; terhisab, terhisabkan masuk dlm hitung­an, terhitung, terkira: maka tiadalah ~ lagi banyaknya; penghisaban perbuatan atau hal menghisab.Kamus Dewan Edisi Keempat
runding1. sl perhitungan, perkiraan, per­timbangan; 2. pembicaraan (perkiraan) yg sungguh-sungguh lagi mendalam tentang sesuatu hal; hamba tidak berbanyak ~ tidak banyak bicara; ~ cara khidmat atau pemberian bimbingan dan nasihat menerusi perbincangan masalah dan cara-cara mengatasinya; merentang ~ memanjang-manjangkan percakapan (per­bualan, pembicaraan); pakar ~ pakar pe­runding; ~ banyak nan ka disebut prb jika banyak berembuk akan dicapai keputusan; berunding 1. bercakap-cakap (tentang se­suatu hal) dgn sungguh-sungguh, berbicara, berembuk: Tuanku berharap Filipina akan mengubah sikapnya dan bersetuju utk ~ di Bangkok; 2. bercakap-cakap (tentang se­suatu), berkira-kira: letakkanlah bakul itu dahulu, marilah kita ~ sedikit; inda ~ Br tidak berkira, bertolak ansur; merunding sl menghitung, mem­per­hitung­kan; runding-merunding hitung-menghitung, tim­­­bang-menimbang; merundingkan 1. memperhitungkan, mem­­perkirakan: mereka adik-beradik, jadinya tidaklah dirundingkan sangat kalau ia memakai wang adiknya itu; 2. memper­katakan (membicarakan) sesuatu utk mem­peroleh persetujuan penuh, membicarakan: barang sesuatu yg akan diperbuatnya dirundingkannya lebih dahulu dgn isterinya; rundingan 1. perbincangan antara dua atau banyak utk menyelesaikan masalah (per­telingkahan, persengketaan, dsb atau men­capai sesuatu persetujuan): ~ telah membawa kpd pertengkaran dan pertengkaran pula membawa kpd perkelahian; persengketaan sebaik-baiknya diselesaikan menerusi ~; ~ meja bulat rundingan dgn menggunakan meja bulat sbg menunjukkan bahawa pihak-pihak yg terlibat mempunyai taraf yg sama; ~ telah putus pembicaraan sudah selesai dan meng­hasilkan persesuaian; 2. butir-butir pem­bicaraan (pembincangan dll), isi pembicaraan: segan menurut ~ orang lain segan menurut nasihat orang lain; ~ damai pembicaraan utk mencari perdamaian; perundingan perbuatan berunding, pem­bicaraan, permesyuaratan, perembukan: ia telah memajukan tuntutannya dlm ~ itu; perunding 1. orang yg berunding (utk men­capai sesuatu persetujuan): seorang diplomat dan ~ yg ulung; 2. orang (syarikat dsb) yg dirujuk utk mendapatkan nasihat kepakaran (tunjuk ajar dsb); pakar ~ orang (syarikat dsb) yg mempunyai pengetahuan kepakaran yg tertentu dan berlaku sbg perunding.Kamus Dewan Edisi Keempat
kira1. pendapat (yg berdasarkan perasaan, telahan, dsb), anggapan, sangka: pd ~nya tidak ada yg berani menentang pegawai itu; 2. fikir, rasa, anggap: saya ~ malam nanti baru ia tiba di sini; 3. taksiran, hitung; ~ kasar hitung kasar; juru~ orang yg me­nyiapkan (menyediakan) buku kira-kira perniagaan dll; masuk ~ masuk hitung, dihitung; mesin ~ alat (mesin) utk menghitung (spt mencampur, menolak, dll); 4. = kiraan pertimbangan, perhitungan, taksiran: menurut kiraan ibu bapanya, Hayati sudah patut benar dikahwinkan; belakang ~ bp nanti (kemudian akan) diberi pertimbangan (per­hitungan); 5. peduli, mengendahkan, meng­hiraukan: saya tak ~, apa juga pekerjaan, boleh saya kerjakan; saya tidak ~ kawan, tidak peduli saudara siapa; sekira, sekiranya kiranya, kalau: mereka asyik mengatur cara-cara mengawal keamanan sekiranya berlaku kecemasan; kira-kira 1. lebih kurang: ~ seribu orang telah dijemput utk menyaksikan upacara tersebut; kami tiba di bandar itu ~ pukul 6 petang; 2. = ilmu ~ perhitungan (mengenai kewangan, perangkaan, dll), taksiran, ran­cangan (pendapatan dan perbelanjaan), ilmu hisab: maka jikalau tiada tahu ~ kelak, bagaimana engkau hendak berniaga jual beli?;buku ~ buku tempat mencatat kira-kira ke­wangan (perniagaan, kesatuan, dll); buku ~ harian buku harian, buku utk mencatat kira­-kira urusan perniagaan hari-hari; ilmu menyimpan ~ pengetahuan mencatat butir­-butir mengenai perbelanjaan dan penerimaan wang; tidak termasuk dlm ~ tidak termasuk dlm perhitungan (taksiran); 3. rasanya, agak­nya, barangkali, kalau-kalau: ~ ia tidak mahu menerima wang itu; 4. dugaan, agak-agak, sangka-sangka: kalau tidak tahu akan jawabnya, akui sahaja, jangan ~; 5. bp jangan (tidak) terlalu banyak atau terlampau sangat; tidak ~ terlampau sangat; 6. fikiran, akal, angan-angan; panjang ~ panjang akal (tidak sempit fikirannya); terbuka ~ terbuka fikir­annya; ~ bahagi kira-kira (ilmu hisab) bkn memecahkan sesuatu angka dgn angka lain; ~ campur kira-kira (ilmu hisab) mengenai mem­besarkan angka dgn menjumlah (mencampur­kan angka), penjumlahan; ~ darab ilmu hisab bkn membesarkan sesuatu angka dgn memperkalikannya dgn angka lain; ~ pecahan kira-kira (ilmu hisab) mengenai angka pecah­an (angka yg kurang drpd satu); ~ tolak kira­-kira (ilmu hisab) bkn mengurangkan angka; sekira-kira 1. kira-kira, lebih kurang: ~ sebahara emas harganya; 2. sekadar(nya): perkhidmatan kereta api di sana mendatangkan hasil hanyalah ~ dapat memulangkan modal dan menanggung perbelanjaannya; kiranya 1. pd anggapannya (sangkanya): ~ orang tidak tahu kecurangan yg dilakukannya; 2. hendaknya, semoga, mudah-mu­dahan: barang dilanjutkan Allah Taala ~ umur Duli Yang di-Pertuan; 3. = jika (kalau) ~ = sekiranya kalau, kalau-kalau, seandai­nya: maafkan kami ~ kami mengganggu; jikalau ~ ada Hang Tuah hidup, adakah ampun duli tuanku akan dia? 4. barangkali, agaknya, rasanya, rupanya: dilambaikannya tangannya, dgn segera aku pegang, ~ tangan itu sangat panas; Oh, karya As ~! 5. alih-­alih, rupa-rupanya: kujangka sudah banyak yg ada di sana, ~ aku yg pertama tiba; berkira = berkira bicara; berkira-kira 1. berura-ura, berhitung-hitung, berfikir-fikir, menimbang-nimbang: maka Raja Chulan pun ~ hendak menyerang negeri China; aku mengeluarkan perkataan-perkataan itu dgn tidak ~ lagi; 2. bercadang-­cadang (berniat, bersedia-sedia) hendak ber­buat sesuatu, beragak-agak: lama sudah ia ~ hendak melancong ke negeri-negeri Eropah; mengira 1. menghitung (wang dll), men­congak: bibirnya kumat-kamit ~ wang yg baru diterimanya; ~ luas bulatan dgn menggunakan formula; 2. memikirkan, mem­perhitungkan, mempertimbangkan: hatinya cuba ~ sendiri tentang kebaikan dan keburukan anjuran sahabatnya itu; dlm perbincangan itu dibangkitkannya masalah-masalah yg dikiranya perlu diatasi; soalan itu dikemukakannya dgn tidak ~ kesibukan orang; 3. menjangka, menduga, menyangka: pertemuan itu tidak semeriah yg dikira; tepat dgn apa yg dikira, pesawat-pesawat Jerman menghujani konvoi dgn peluru dan bom; 4. menganggap, berpendapat, menyifatkan: barangkali ada antara pembaca yg ~ syair tersebut sbg syair bebas; kehidupannya bolehlah dikira senang juga; setiap rencana yg telah saya tulis saya kira tidak bermutu; 5. mengambil berat, menghiraukan (mengen­dahkan, mempedulikan): ia hanya suka merapik, orang gila tak boleh dikira; mengira-ngira 1. menghitung-hitung, men­congak-congak: pelayan itu tersenyum sambil ~ harga minuman; 2. memikir-mikir, me­nimbang-nimbang, mentaksir-taksir: Basir ~ hotel mana yg mampu ditumpanginya; mengirakan, mengira-ngirakan meng­hitung dgn kira-kira (ilmu hisab), menaksir, menilai, mengagak-agakkan: ia khuatir sebab lamanya ayahnya dlm perjalanan sudah melebihi waktu yg dikira-kirakan; terkira terhitung, terduga: ~ dua kali; tidak ~(-kira) a) tidak terhitung, sangat banyak; b) = tidak terkirakan tidak terkatakan (ter­gambarkan), terlalu sangat, tidak terduga (tersangka); kiraan = kira-kiraan hasil mengira, hitung­an, perhitungan: segala ukuran dibuat mengikut ~ inci; barang-barang yg tersimpan di dalamnya menurut ~ saya lebih banyak drpd yg terdapat di Muzium Negara; ~ kasar hitungan kasar (tidak terperinci); perkiraan 1. kiraan, perhitungan: angka yg diberikan itu berdasarkan ~ pukul rata; pinjaman itu dikenakan bayaran faedah dgn ~ 4%; 2. pertimbangan, taksiran: perkara-perkara yg penting diserahkan kpd ~ ibu bapa mereka; menurut ~ umum, peperangan itu tidak akan tamat dlm jangka waktu yg singkat; pengiraan perihal atau perbuatan mengira (menghisab, menghitung), penaksiran; pengira orang yg mengira, penghitung.Kamus Dewan Edisi Keempat
masalah1. sesuatu yg memerlukan penye­lesaian, perkara atau keadaan yg menimbul­kan kesukaran (kesulitan): banyak negara Asia sekarang sedang menghadapi ~ kele-bihan penduduk; banyak drpd pengusaha tempatan yg menghadapi ~ kewangan yg tenat; 2. (Mat) soalan atau kenyataan (dlm matematik dll) yg memerlukan penyelesaian biasanya dgn beberapa perkiraan: ~ itu boleh diselesaikan dgn jalan melukis mengikut skala atau dgn jalan perkiraan; bermasalah mempunyai (ada) masalah, me­ngandungi (menimbulkan) masalah: rambut ~ yg tidak terurus, kering dan mempunyai hujung yg berbelah; jika anda berasa sedih dan ~ hari itu janganlah jadikannya utk tidak bergiat; memasalahkan, mempermasalahkan men­jadikan sbg masalah, memberi perhatian kpd (menganggap sbg) suatu masalah: ~ dunia adalah kehidupan; mereka tidak mempermasalahkan gejala korupsi secara keseluruhan; permasalahan sesuatu atau segala-gala yg menjadi masalah, (pelbagai) masalah, per­soalan: sajak-sajak mereka ditulis bagi mem-buka jalan kpd pembaca utk mengenali per-istiwa dan menilai ~ di sekeliling kehidupan mereka; seminar itu akan menitikberatkan ~ bahasa; ~ pendidikan; ~ hidup wanita.Kamus Dewan Edisi Keempat
anggaran1. jumlah yg dianggarkan, per­hitungan atau perkiraan secara kasar: beri ~ berapa liter minyak diperlukan utk perjalan­an 1000 km; ~ pendapatan dan perbelan­jaan negara; 2. lebih kurang, kira-kira: ia hendak berhenti di situ ~ empat lima malam lagi; 3. Id peraturan;Kamus Dewan Edisi Keempat
memperhitungkan1. mengira-ngira be­rapa banyak atau jumlahnya (wang dll): perlu sekali diperhitungkan jumlah bakal peng­undi menjelang pilihan raya; 2. menyele­saikan (hutang dll) dgn membuat perkiraan: hutangmu itu akan diperhitungkan dgn gajimu; 3. mengingat (memikir akan, mem­beri perhatian akan): soal nama tidak perlu diperhitungkan, yg penting ialah perjuangan parti; 4. mempedulikan, mengendahkan: pe­tualang-petualang politik menggilakan kuasa dgn tidak ~ kepentingan nasional; 5. me­rundingkan sesuatu dgn teliti, memper­timbangkan: senang-senang dia membuat sesuatu keputusan tanpa ~ buruk baiknya;Kamus Dewan Edisi Keempat
123

Kembali ke atas