perkreditan | yg berkaitan dgn kredit atau segala urusan kredit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kredit | (krédit) 1. wang yg dipinjamkan, jumlah atau kemudahan pinjaman, piutang: ~ di atas kadar bunga yg sebanyak itu hanya dapat diberi jika bank mahu menjamin pinjaman itu; bank-bank perdagangan tidaklah bebas membesarkan atau mengecilkan ~nya; 2. kemudahan membayar terkemudian drpd penerimaan barang, penangguhan pembayaran (bagi barang yg dibeli); menjual (membeli) dgn ~ menjual (membeli) barang dgn pembayarannya ditangguhkan; memberi ~ memberi pinjaman (hutang), membenarkan (membolehkan) penangguhan pembayaran; tukang ~ Jk tukang menjual barang-barang dgn bayaran beransur-ansur; 3. butir perakaunan (spt bayaran dll) yg dicatatkan di ruang sebelah kanan buku kira-kira; mengkreditkan 1. mencatatkan butir perakaunan (spt bayaran dll) di ruang sebelah kanan buku kira-kira; 2. Id, bp memberi pinjaman wang dgn cagaran barang; 3. bp menjual barang dgn bayaran beransur-ansur; perkreditan yg berkaitan dgn kredit atau segala urusan kredit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |