tinju | 1. genggaman tangan (spt hendak menumbuk), penumbuk: kalau kau menghina aku, ~ku akan segera tiba di hidungmu; adu ~ Id = bermain ~ = peraduan (perlawanan) ~ perlawanan tumbuk-menumbuk; ahli (jago) ~ ahli dlm perlawanan tinju; 2. pukulan (tumbukan) dgn genggaman tangan: kepalanya benjol-benjol kena ~ beberapa orang yg menyerangnya; bertinju bertumbuk; meninju memukul dgn tinju, menumbuk: setelah tertangkap ia ditinju, ditendang-tendang, dimaki-maki lalu diseret ke balai polis; meninjukan; ~ tangan menggenggam (mengepal) tangan; pertinjuan perihal bertinju; peninju 1. tinju, penumbuk: ~nya diangkat ke atas tinggi-tinggi; 2. orang yg meninju; petinju orang yg berlawan tinju, ahli tinju: ia bangga benar spt ~ yg menang di gelanggang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pertandingan | 1 perlawanan atau peraduan (dlm permainan dll): ~ menembak akan diadakan di Jalan Padang Tembak. 2 perlumbaan atau persaingan utk mencapai kejayaan dlm perdagangan dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perlumbaan | 1. perlawanan kecepatan (berlari, berperahu, dll), lumba: ~ lari 100 meter; ~ perahu; 2. tempat berlumba; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lumba | perlawanan beradu cepat (pandai dll): ~ lari; ~ kuda; ~ perahu; berlumba, berlumba-lumba, berlumbaan, berlumba-lumbaan berdahulu-dahuluan, berlawanan: kaum wanita berjuang dan berlumba-lumba mencapai kemajuan; memperlumbakan menyebabkan (membiarkan) berlumba; perlumbaan 1. perlawanan kecepatan (berlari, berperahu, dll), lumba: ~ lari 100 meter; ~ perahu; 2. tempat berlumba; pelumba orang yg berlumba (menyertai sesuatu lumba): pertarungan amat hebat nanti ialah antara ~-~ motosikal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kalah | 1 tewas dlm perlawanan, pertandingan dll; tidak menang: Pasukan hoki sekolahnya ~ dlm perlawanan itu. ~ mati cara atau peraturan dlm pertandingan yg tidak membolehkan pihak yg kalah bertanding lagi (dlm perlawanan seterusnya). 2 menanggung rugi kerana tidak menang dlm perjudian dll: Dia berjudi dan ~ lima puluh ringgit. 3 kurang drpd kepandaian atau kebolehan orang lain; tidak setanding: Kebolehannya tidak ~ apabila dibandingkan dgn kebolehan abangnya. tidak mahu mengaku ~ tidak mahu menyerah atau tidak mahu menurut kemahuan orang. mengalah tidak mahu melawan atau tidak mahu menentang; tidak mahu mempertahankan pendapat dll; menyerah: Dia tidak mahu ~ walau apa pun yg terjadi. mengalahkan melawan atau menentang hingga lawannya kalah; menundukkan lawan atau musuh dll: Kerana keberanian dan kecekapan kanak-kanak lima sekawan itu, mereka berjaya ~ perompak-perompak itu. terkalahkan dpt dikalahkan. kekalahan keadaan atau hal kalah: Tidak berapa lama kemudian, askar-askar itu telah menyerang sekali lagi utk menebus ~ mereka. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kalah | 1. tewas dlm perlawanan, pertandingan dll; tidak menang:Pasukan hoki sekolahnya ~ dlm perlawanan itu. ~ mati cara atau peraturan dlm pertandingan yg tidak membolehkan pihak yg kalah bertanding lagi (dlm perlawanan seterusnya). 2. menanggung rugi kerana tidak menang dlm perjudian dll:Dia berjudi dan ~ lima puluh ringgit. 3. kurang drpd kepandaian atau kebolehan orang lain; tidak setanding:Kebolehannya tidak ~ apabila dibandingkan dgn kebolehan abangnya. tidak mahu mengaku ~ tidak mahu menyerah atau tidak mahu menurut kemahuan orang. mengalah tidak mahu melawan atau tidak mahu menentang; tidak mahu mempertahankan pendapat dll; menyerah:Dia tidak mahu ~ walau apa pun yg terjadi. mengalahkan melawan atau menentang hingga lawannya kalah; menundukkan lawan atau musuh dll: Kerana keberanian dan kecekapan kanak-kanak lima sekawan itu, mereka berjaya ~ perompak-perompak itu. terkalahkan dpt dikalahkan. kekalahan keadaan atau hal kalah: Tidak berapa lama kemudian askar-askar itu telah menyerang sekali lagi utk menebus ~ mereka. | Kamus Pelajar |
menang | 1 berjaya dlm perlawanan, peperangan dll; dpt mengalahkan lawan atau musuh: Pasukan bola sepak Malaysia telah ~ dgn tiga gol tidak berbalas. 2 mendapat keuntungan kerana bertaruh, bermain judi dll: Berapa ringgit engkau ~ berjudi tadi? memenangi mendapat kejayaan dlm perlawanan, peperangan dll: Pasukannya telah ~ perlawanan itu. memenangkan 1 menjadikan menang; menyebabkan menang; menjayakan: Kekuatan senjata dan ekonomi telah ~ Amerika Syarikat dlm Perang Dunia Kedua dahulu. 2 menganggap sesuatu pihak itu betul atau menang: Emaknya selalu ~ adik. kemenangan hal menang; kejayaan. pemenang orang (pasukan dll) yg menang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lawan | 1 pasangan yg tepat; jodoh: Ulam petai ~nya sambal belacan. 2 musuh (dlm peperangan); penentang (dlm permainan sukan dll): ~nya dlm permainan badminton itu lebih handal. 3 tandingan; imbangan: Kecantikan gadis itu tidak ada ~nya di bandar ini. 4 sesuatu yg bertentangan; kebalikan: Tinggi ~nya rendah. ~ jam gerakan (pusingan) yg arahnya bertentangan dgn arah gerakan jarum jam. berlawan 1 ada tandingannya atau lawannya. 2 bertanding (dlm permainan dll); beradu: Pasukan bola sepak Malaysia akan ~ dgn pasukan Jepun malam ini. 3 bertentangan dgn hukum (adat dll); bersalahan. berlawanan 1 tidak sehaluan; bertentangan: Pendapat kami sentiasa ~. 2 berlumba utk mencapai sesuatu matlamat; bersaingan. melawan 1 menentang (musuh dll): Sel putih dlm darah akan ~ kuman itu. 2 melayan (berbual, berbicara dll); menjadi teman kpd: Ahmad ~ kawannya berbual hingga larut malam. 3 menandingi (dlm perniagaan, perlumbaan dll); menyaingi: Tidak ada seorang pun yg dpt ~ kekuatannya. memperlawankan membuat supaya berlawan atau berkelahi; memperlagakan. perlawanan 1 hal atau perbuatan berlawan; pertandingan; peraduan: Mereka datang utk menyaksikan ~ bola sepak. 2 hal atau keadaan berlawanan: ~ kata. pelawanan hal atau perbuatan melawan; penentangan: Mereka telah menyerah kalah tanpa memberikan ~ sedikit pun. pelawan orang yg (suka) melawan; penentang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
seri IV | 1. tidak ada yg menang dan tidak ada yg kalah (dlm permainan, perlawanan, dll), balui: perlawanan bola sepak itu berakhir dgn ~; 2. Id, bp tidak untung dan tidak rugi (dlm perniagaan), pulang pokok, sama sahaja (malu dll) bagi kedua-dua belah pihak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perlawanan | 1 hal atau perbuatan berlawan; pertandingan; peraduan: Mereka datang utk menyaksikan ~ bola sepak. 2 hal atau keadaan berlawanan: ~ kata. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |