lumba | peraduan kecepatan (berlari, berkuda dll): ~ kuda; ~ lari. berlumba berlawan siapa yg dahulu (sampai, siap dll); berdahulu-dahuluan; beradu cepat: Mereka ~ mencari kekayaan. memperlumbakan membuat supaya berlumba. perlumbaan 1 perbuatan atau hal berlumba: ~ jalan kaki. 2 tempat (gelanggang) berlumba. pelumba orang yg berlumba: Seorang ~ motosikal telah mati dlm kemalangan itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lumba | perlawanan beradu cepat (pandai dll): ~ lari; ~ kuda; ~ perahu; berlumba, berlumba-lumba, berlumbaan, berlumba-lumbaan berdahulu-dahuluan, berlawanan: kaum wanita berjuang dan berlumba-lumba mencapai kemajuan; memperlumbakan menyebabkan (membiarkan) berlumba; perlumbaan 1. perlawanan kecepatan (berlari, berperahu, dll), lumba: ~ lari 100 meter; ~ perahu; 2. tempat berlumba; pelumba orang yg berlumba (menyertai sesuatu lumba): pertarungan amat hebat nanti ialah antara ~-~ motosikal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pacuan | 1 perlumbaan berlari. 2 tempat perlumbaan kuda. 3 yg dipacu: Kenderaan ~ empat roda. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
slalom | 1. perlumbaan ski yg melalui laluan yg bengkang-bengkok serta pelbagai halangan yg sukar; 2. perlumbaan yg serupa, mis dgn menaiki kayak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pacuan | 1. perlumbaan (kuda, sapi, dll); anak ~ penunggang kuda lumba, joki; kuda ~ kuda lumba; 2. tempat atau padang perlumbaan (kuda dll); 3. yg dipacu oleh: kenderaan ~ empat roda; ~ empat roda sistem kenderaan bermotor yg keempat-empat rodanya berkuasa menggerakkan kenderaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
larian | 1. perlumbaan (kuda dll); 2. perbuatan (pergerakan) lari: ~ mereka terhenti, di hujung jambatan itu sudah didatangi api; ~ kuda tempat perlumbaan (kuda dll); 3. jalan kecil sebelah dalam kubu (kota dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
balap | Id lumba, pacu: kuda ~; sepeda ~ basikal perlumbaan; membalap berlari kencang, berlumba;balapan 1. pacuan, perlumbaan; 2. padang perlumbaan, gelanggang pacuan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rali | 1 perlumbaan (jarak jauh) kenderaan bermotor di tempat tertentu, spt di kawasan berbukit-bukit atau di jalan raya: Dia berminat utk menyertai ~ yg akan diadakan itu. 2 pertukaran pukulan antara pemain (spt dlm permainan badminton dan skuasy) yg berlaku berturut-turut dan agak lama hingga satu mata diperoleh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rali | 1. perlumbaan kenderaan bermotor di tempat tertentu, spt di estet, jalan raya dsb: dia pernah menyertai ~ kereta klasik antarabangsa Bejing-Paris; 2. (Eko) kenaikan harga saham dsb secara keseluruhan selepas mengalami suatu kejatuhan; ~ teknikal kenaikan secara menyeluruh sesuatu saham atau sekumpulan saham utk jangka masa pendek dlm pasaran semasa pasaran menurun; 3. (Suk) pertukaran pukulan antara pemain dlm beberapa siri sehingga satu mata diperoleh spt dlm permainan badminton dan skuasy. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
balapan | 1. pacuan, perlumbaan; 2. padang perlumbaan, gelanggang pacuan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |