bola | benda bulat atau bujur, padat atau berongga, digunakan dlm permainan atau sukan; ~ air Id sj permainan bola sambil berenang, polo air; ~ biliard sj permainan memukul bola-bola dgn kayu di atas meja; ~ golek sj permainan (judi) dgn bola-bola di atas meja yg memakai lubang-lubang dan nombor-nombor; ~ jaring sj permainan antara dua pasukan yg terdiri drpd tujuh orang pemain wanita setiap pasukan; ~ karan sj permainan bola golek yg memakai karan; ~ keranjang sj permainan antara dua pasukan yg terdiri drpd lima orang pemain setiap pasukan; ~ kiu bola yg ditonjol dgn kiu (dlm permainan snuker atau biliard); ~ lampu Id bal lampu; ~ sepak sj permainan antara dua pasukan yg terdiri drpd 11 orang pemain, biasanya di padang segi empat bujur yg mempunyai tiang gol di kedua-dua hujungnya; ~ sodok (tojok) Id bola biliard; ~ tampar sj permainan antara dua pasukan dgn enam orang pemain setiap pasukan, yg menampar bola melangkaui jaring di tengah gelanggang; ~ tampel Id permainan tenis; ~ tangan sj permainan bola dgn tangan; ~ tangkis sj permainan dgn memukul tangkai bulu tangkis, badminton; ~ tongkat Id sj permainan bola di padang yg dipukul dgn kayu, hoki. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
permainan arked(arcade game) | Permainan komputer yang berbentuk permainan jangka pendek untuk berseronok yang biasanya terdapat di arked permainan. Atur cara jenis ini biasanya pantas, berpeleraian tinggi, berwarna, mempunyai kesan bunyi, dan papan markah untuk mencatat prestasi kecekapan pemain. | Kamus Komputer |
jogar | sj permainan (spt permainan dam); berjogar bermain jogar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
congki | C sj permainan spt permainan catur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alung | 1. sj permainan guli (permainan kanak-kanak); 2. sr kata yg digunakan dlm permainan guli ketika hendak melemparnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
permainan luar | permainan yg dimainkan di luar bangunan (spt bola sepak, hoki). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
permainan dalam | permainan yg dimainkan di dlm bangunan (spt catur, dam); | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
indarus | Mn ayam sabungan yg kalah, luka atau mati (menjadi kepunyaan pihak yg menang); telah jadi ~ prb, Mn kalah dlm permainan (terutama permainan judi). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
catur I | sj permainan utk dua orang, setiap orang menggerakkan 16 buah caturnya mengikut peraturan tertentu di atas papan catur; buah ~ buah dlm permainan catur; papan ~ papan berpetak-petak (64 petak) yg dipakai dlm permainan catur; bercatur 1. bermain catur: leka ia ~ juga dgn Si Kembang Cina; 2. bercorak spt petak-petak papan catur: kain ~; mencatur ki menjadikan politik (ekonomi dll) sbg permainan: kini kita dicatur oleh institusi politik dan negara bangsa yg berbentuk moden; mempercaturkan ki memperlakukan siasah(ekonomi dll) spt catur: yg dipercaturkan ialah orang Melayu Sri Lanka yg sedang mengalami kepupusan identiti; caturan sulam yg berpetak-petak; percaturan 1. tempat bermain catur: 2. perihal bercatur (permainan catur); 3. ki permainan (siasah) politik: Pakistan memainkan peranan baru dlm ~ politik di Asia; pencatur 1. orang yg bermain catur: Kejohanan Olimpiad adalah medan pertama bagi ramai ~ remaja utk mencipta nama; 2. ki orang atau pihak yg mencatur atau mempercaturkan: beliau menjadi ~ orde keamanan dunia mengikut cita rasa serta kepentingan bangsanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
permainan video(video game) | Permainan interaktif bagi komputer atau mesin permainan berkomputer yang memerlukan kemahiran, kecekapan bertindak, dan strategi bermain. Pemain biasaa bermain dengan menggunakan peranti pemilih seperti kayu bidik, bola jejak, atau butang untuk mengawal objek paparan grafik. | Kamus Komputer |