Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.min.ta.an] | ڤرمينتاءن

Definisi : 1. perihal (perbuatan) meminta: ~nya supaya menceraikannya itu sungguh berat dirasa oleh suaminya; 2. sesuatu yg diminta, permohonan: ~ orang tampan itu diterimanya dgn segala senang hati; 3. Mn peminta (nasib yg ditakdirkan Tuhan): sudah-lah nasib ~ badan, kita di bawah kehendak Allah; 4. (Eko) pernyataan kehendak atau kemahuan pembeli (utk barang atau perkhid­matan) dgn kesediaan membayar harga yg tertentu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.min.ta.an] | ڤرمينتاءن

Definisi : 1 perbuatan atau hal meminta; permohonan: ~nya sia-sia saja. 2 sesuatu yg diminta; permohonan: ~nya utk mendapatkan tanah itu tidak dilayan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
minta
Kata Terbitan : meminta, minta-minta, meminta-minta, permintaan, peminta,

Puisi
 

Ambil galah jolok kedondong,
     Galah patah menimpa dahan;
Bukannya salah ibu mengandung,
     Sudah nasib permintaan badan.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Lidah terkalang.

Bermaksud :

Tidak dapat membantah sesuatu permintaan orang kerana telah berhutang budi dan sebagainya. (Peribahasa lain yang sama makna: Lidah terganjal).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mengimbang; ~ permintaan menolak permintaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
imbang IIbimbang, ragu-ragu; imbang-imbangan bimbang, ragu-ragu; hati nya dlm ~; mengimbang; ~ permintaan menolak permintaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
menumpukan permintaanmenolak permintaan;Kamus Dewan Edisi Keempat
kabul1 = terkabul tercapai (cita-cita dll); diluluskan; dibenarkan (permintaan dll): Cita-citanya hendak menjadi doktor telah ~. 2 setuju dgn; menyetujui: ~lah ia akan kehendak anaknya itu. mengabulkan membenarkan permintaan dll; meluluskan; mengizinkan: Semua permintaan ulama itu telah dikabulkan oleh Sultan Aceh. pengabulan perbuatan atau hal mengabulkan permintaan dll.Kamus Pelajar Edisi Kedua
permintaan1 perbuatan atau hal meminta; permohonan: ~nya sia-sia saja. 2 sesuatu yg diminta; permohonan: ~nya utk mendapatkan tanah itu tidak dilayan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
permintaan1. perihal (perbuatan) meminta: ~nya supaya menceraikannya itu sungguh berat dirasa oleh suaminya; 2. sesuatu yg diminta, permohonan: ~ orang tampan itu diterimanya dgn segala senang hati; 3. Mn peminta (nasib yg ditakdirkan Tuhan): sudah-lah nasib ~ badan, kita di bawah kehendak Allah; 4. (Eko) pernyataan kehendak atau kemahuan pembeli (utk barang atau perkhid­matan) dgn kesediaan membayar harga yg tertentu;Kamus Dewan Edisi Keempat
permintaan sampukan(interrupt request)Permohonan oleh peranti atau persisian kepada pemproses utama supaya dilayan. Pemproses utama mempunyai pilihan untuk melayan permohonan ini atau tidak.Kamus Komputer
permintaan1 perbuatan atau hal meminta; permohonan: ~nya sia-sia saja. 2 sesuatu yg diminta; permohonan: ~nya utk mendapatkan tanah itu tidak dilayan.Kamus Pelajar
makbul1. diterima (permintaan, doa, dll), tercapai (maksud dll), berhasil: semua per-mintaannya sudah pun ~; 2. mustajab (ubat, jampi, dll), manjur, mujarab: maka jampi pawang itu tiada ~; memakbulkan menerima (permintaan, doa, dll), mengabulkan, menyampaikan (maksud dll), memperkenankan: permintaannya itu dimakbulkan oleh Kongres; termakbul diterima (permintaan, doa, dll), terkabul, tercapai (maksud dll): harapan hatinya ~lah sudah; kemakbulan perihal makbul: utk ~ doa, banyak kaedah perlu diikuti.Kamus Dewan Edisi Keempat
kabul1 = terkabul tercapai (cita-cita dll); diluluskan; dibenarkan (permintaan dll): Cita-citanya hendak menjadi doktor telah ~. 2. setuju dgn; menyetujui:~lah ia akan kehendak anaknya itu. mengabulkan membenarkan permintaan dll; meluluskan; mengizinkan: Semua permintaan ulama itu telah dikabulkan oleh Sultan Aceh. pengabulan perbuatan atau hal mengabulkan permintaan dll.Kamus Pelajar
12345678910...

Kembali ke atas