pangkal | 1. bahagian permulaan (pokok, tongkat, dll), lwn hujung: buah kelapa keluar bertandan-tandan di ~ pelepahnya; Haji Maun menggigit-gigit ~ cerut; 2. permulaan, awal: pergerakan kebangsaan itu telah bermula pd ~ abad kedua puluh; 3. asal, mula, sebab: Ramli menjadi ~ sebab drpd perbuatan-perbuatan wanita itu; hujung ~ sebab-musababnya (permulaan dan keputusannya dll); 4. modal; wang ~ a) wang modal; b) yuran masuk menjadi ahli (persatuan dll); ~ bahu bahagian bahu dekat leher; ~ bedil tangkai atau gagang bedil; ~ cerita pokok (dasar) cerita; ~ hidung bahagian sebelah atas batang hidung di antara mata; ~ jalan a) permulaan jalan; b) ki keadaan (kelakuan dll) yg mula-mula; ~ kata a) kata pokok, kata dasar; b) permulaan percakapan; ~ kaki bahagian di atas kaki (kuda); ~ leher leher di sebelah bawah; ~ lengan lengan sebelah atas di bawah bahu; ~ mata bahagian mata berhampiran hidung; ~ nama Id nama benar (bukan nama keluarga dll); ~ paha paha sebelah atas; ~ pedang hulu (tangkai) pedang; ~ pokok = pokok ~ sesuatu yg menjadi sebab (pokok, punca) percakapan (perbuatan dll); ~ rumah bahagian rumah di sebelah atas tangga; ~ tangan bahagian tangan di bawah siku; ~ telinga bahagian di antara telinga dan kepala; si ~ = si ~ helat Mn tuan rumah (penerima tetamu); berpangkal bermula, berasal, berpunca: sering terjadi ketegangan di rumah itu ~ drpd adanya perbezaan pendirian antara keluarga; tidak berhujung, tidak ~ tidak tentu atau tidak keruan sebab-musababnya (permulaan dan kesudahannya dll); berpangkalkan mempunyai atau menggunakan sesuatu sebagai pangkal: nama sesuatu yg khusus yg ejaannya ~ huruf besar; memangkal, mangkal Jk berhenti di sesuatu tempat yg tertentu (teksi dll); memangkalkan 1. menyimpan perahu dll di darat; 2. menempatkan tentera (kapal terbang dll) di pangkalan; 3. mengumpulkan (menaruh) barang-barang di suatu tempat (utk diangkat dll); terpangkal pokoknya, modalnya; menjual ~ menjual dgn tidak ada laba; pangkalan 1. tempat perahu dll berhenti (berlabuh); 2. tempat barang-barang dagangan dll dikumpul (utk diangkut dll); 3. pelabuhan (lapangan terbang dll) yg menjadi tempat utk mengadakan latihan, melancarkan serangan dsb: dua ribu kapal terbang menyerbu ~ roket ini dan meranapkan landasannya; ~ ar-mada pangkalan kapal-kapal perang; 4. Jk tempat tertentu utk berkedai, perhentian teksi, dsb; ~ data simpanan sejumlah besar data dlm bentuk yg dapat dikendalikan oleh komputer; ~ tentera udara (laut) pangkalan tempat operasi tentera udara (laut); si ~ Mn tuan rumah (penerima tetamu); sepangkalan Mn tuan rumah (pd sesuatu jamuan dll); berpangkalan mempunyai pangkalan (di): penempatan tentera Amerika Syarikat yg ~ di Teluk Subic telah pun berakhir pd 24 November 1992. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
permulaan | 1 yg awal atau yg pertama sekali: Pd ~ perlumbaan itu, mereka semuanya berlari dgn laju. 2 asas atau pokok; dasar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
permulaan | 1. awal, yg awal (pertama) sekali, yg terdahulu: pd peringkat ~ inilah, penyakit itu boleh mendatangkan bahaya; 2. dasar, asas: Upu Daeng Mariwah itu ialah Yang Dipertuan Muda dan ialah yg mem-buat pokok ~ sumpah setia Melayu dan Bugis; 3. pendahuluan; ~ kata (kalam) kata pendahuluan: penyiasatan ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
permulaan | 1 yg awal atau yg pertama sekali:Pd ~ perlumbaan itu mereka semuanya berlari dgn laju. 2 asas atau pokok; dasar. | Kamus Pelajar |
titik permulaan(entry point) | 1. Tahap permulaan yang perlu dicapai oleh sistem komputer bagi melaksanakan sesuatu kegunaan. 2. Tahap bagi kawalan atur cara memasuki suatu rutin atau prosedur. | Kamus Komputer |
sistem permulaan(entry system) | Jenis sistem komputer yang perlu diperoleh buat permulaan untuk melaksanakan sesuatu kegunaan. Sistem ini boleh dikembangkan kemampuannya kemudian apabila keadaan mengizinkan. | Kamus Komputer |
kekunci rumah(home key) | 1. Kekunci yang digunakan untuk mengembalikan kursor ke kedudukan permulaan paparan. 2. Kekunci baris yang merupakan tempat permulaan kedudukan jari bagi penaipan pantas. | Kamus Komputer |
usalli | Ar aku bersembahyang (niat yg dilafaz-kan pd permulaan sembahyang): hilang saja gema takbir imam itu maka menderulah suara orang-orang ikut membaca ~ dgn kuat; berusalli menyebutkan niat pd permulaan sembahyang, menyebutkan usalli. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rukyah | Ar 1. pelihatan, pandangan; 2. = rukyatulhilal melihat anak bulan utk menentukan permulaan Ramadan (Syawal dan Zulhijah); ahli ~ orang yg menganut hukum wajib berpuasa dgn melihat anak bulan (lwn ahli nisab yg menentukan permulaan puasa menurut perhitungan); tanda ~ alamat dgn memukul gendang raya dll utk mengumumkan nampaknya anak bulan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
titik permulaan | sesuatu peristiwa atau perkara yg menjadi punca kejadian tertentu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |