permusuhan | perihal bermusuh; perseteruan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
permusuhan | perihal bermusuh, perseteruan: dia bertindak demikian kerana sikap dan rasa ~nya terhadap segala keadaan sekeliling. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
permusuhan | perihal bermusuh; perseteruan. | Kamus Pelajar |
embargo | (émbargo) 1. perintah drpd kerajaan yg melarang kapal perdagangan masuk atau keluar dr pelabuhan (biasanya dlm masa permusuhan); 2. larangan mengeksport barang dagangan yg tertentu dll ke sesuatu negara (biasanya dlm masa permusuhan dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesumat | permusuhan, kebencian; dendam (dan) ~ dendam dan kebencian: timbul hiba dlm hatinya, ganti drpd dendam dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perang ekonomi | permusuhan atau persengketaan yg melibatkan pengambilan langkah dan tindakan ekonomi (spt penyekatan eksport dan import barang dll) dgn tujuan hendak menghancurkan pihak musuh; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
adawat | Ar permusuhan, benci. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perseteruan | perihal berseteru, permusuhan: umat Arab sebelum Islam sentiasa dlm huruhara, pertelingkahan dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
damai | 1. tidak berperang atau serang-menyerang (bkn perhubungan antara negara, puak dll), tidak bermusuhan atau berselisihan (bkn perhubungan antara manusia); hidup (aman) ~ hidup dlm keadaan yg bebas drpd permusuhan (perselisihan, pertikaian, dsb); menyelesaikan sesuatu secara ~ menyelesaikan sesuatu tanpa kekerasan (menerusi perundingan dsb); keadaan ~ keadaan tidak berlaku peperangan (permusuhan, pertelingkahan, dsb); rundingan ~ rundingan (biasanya melibatkan pihak-pihak yg bertelingkah) yg bertujuan mewujudkan keadaan damai; 2. berbaik semula (tidak bermusuhan, tidak berseteru); menyorong ~ (minta) berbaik semula; 3. tenteram, tenang (bkn suasana, keadaan, perasaan, dsb): waktu telah larut malam baru terdapat suasana ~; malam begitu ~;berdamai 1. berbaik semula (tidak lagi bergaduh, berperang, bermusuhan, dsb), berhenti berperang (bermusuhan): kedua-dua pihak yg bermusuhan itu telah pun ~; 2. bermuafakat, berunding: mengenai sewa rumah, kita boleh ~; harga ~ harga yg boleh dirundingkan;mendamaikan, memperdamaikan 1. membaikkan dua pihak (negara dsb) dgn menamatkan atau menyelesaikan perselisihan dsb, mewujudkan (memulihkan) perhubungan berbaik-baik antara dua atau beberapa pihak (negara dsb) yg bermusuhan (berperang, bertelingkah, berselisihan, dsb): Amerika Syarikat dan Britain berharap agar negeri Jepun berusaha ~ Indonesia dgn Malaysia; 2. membincangkan atau merundingkan utk mencapai persetujuan: sebelum menduduki rumah, lebih baik kita damaikan dahulu tentang sewanya;kedamaian 1. keadaan damai (keadaan tidak terdapat atau tidak berlaku pergaduhan, peperangan, persengketaan, dsb): hidup dlm ~ dan kemakmuran; 2. keadaan yg aman dan tenteram, ketenteraman, ketenangan: hari itu dia berdoa supaya getar perasaan yg mengocak ~ jiwanya akan hilang;perdamaian perihal (keadaan) berdamai: rundingan yg akhirnya membawa ~ di kalangan puak-puak yg bersengketa dan sering bertempur itu;pendamaian perihal (usaha dsb) mendamaikan, penyelesaian keadaan bermusuhan (berperang, berselisih faham, dll): kongres ~ sedunia itu berjalan dgn meriah;pendamai orang (negara, pihak) yg mendamaikan atau berusaha utk mendamaikan: Kemboja dan negeri Thai pernah bertindak sbg ~ dlm sengketa Malaysia dgn Indonesia; jaksa ~ orang yg dilantik utk mengawasi kedamaian (keamanan) sesuatu kawasan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pembelahan | 1. perihal membelah: permusuhan antara kedua-dua golongan akan mengakibatkan ~ Pulau Cyprus; 2. bp pembedahan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |