turpentin | /turpéntin/ minyak yg diperoleh drpd damar sj pokok dan digunakan utk membancuh cat dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pemerolehan | hal atau cara memperoleh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merebut | 1. mengambil (mendapatkan, memperoleh) sesuatu dgn kekerasan: dgn cepat ia ~ senjata itu drpd penjahat; yg muda hendak ~ kerajaan abangnya; 2. mengambil (negeri, tempat, dll) dgn kekuatan senjata, merampas: beberapa tempat penting sudah dapat direbut kembali oleh pasukan kita; 3. mendapat sesuatu dgn susah payah (spt dlm perlumbaan dll): pasukan kita dapat ~ kembali Piala Thomas; 4. ki mengambil, memikat, menarik: sastera itu mendapat kesempatan ~ kedudukannya lebih drpd semasa zaman klasik; nama Hamka pd masa ini telah dapat ~ hati para pembaca dgn cerita-cerita pendek; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hasil terakru | (Eko) hasil yg diperoleh dlm tempoh perakaunan tetapi belum direkodkan, atau bayarannya belum diterima sebelum tarikh tutup tempoh perakaunan itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencuba | 1. berusaha utk membuat (memperoleh, melakukan, dll) sesuatu: Aini memberanikan dirinya dan ~ mengangkat muka serta memandang tepat ke muka lelaki itu; ia akan ~ melawan perasaannya sendiri utk kepentingan kasih dan anak; 2. memeriksa utk mengetahui keadaan sesuatu (sedap tidaknya, baik buruknya, dll): kalau hendak tahu lama barunya mesin ini, cubalah hidupkan enjinnya; elok dicubalah rokok orang pekan ini; sebelum dibeli, dicubanya dahulu baju itu; 3. = mencubai menguji sesuatu (kebolehan, nasib, kesetiaan, dll): merantau ke negeri orang hendak ~ untungnya; disuruh baginda ~ kuat dgn Badang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencari | 1. berusaha utk mendapat (memperoleh) sesuatu, melihat ke sana sini dan berusaha supaya menjumpai atau mendapat kembali sesuatu yg hilang atau tidak diketahui mana perginya; 2. mengada-adakan sesuatu, sengaja menimbulkan (mengadakan): dia memang suka ~ gaduh di tempat orang ramai; ~ akal (fikiran, jalan) berusaha mendapat cara utk mencapai tujuan; ~ bala = ~ susah membuat sesuatu yg akhirnya menyusahkan; ~ daya upaya = ~ ikhtiar berusaha sungguh-sungguh; ~ enaknya (senangnya) sahaja tidak memikirkan susahnya (hanya memikirkan enaknya sahaja); ~ fasal = ~ gaduh = ~ lantaran = ~ perkara = ~ salah = ~ sebab = ~ selisih = ~ seteru berbuat sesuatu utk menimbulkan pergaduhan (permusuhan, pertengkaran, dll); ~ helah (alasan) memikirkan sesuatu utk dijadikan sebab atau alas an (melakukan atau tidak melakukan sesuatu); ~ hitungan menyelesaikan soalan hitungan (kira-kira); ~ kesalahan = ~ salah berusaha utk mengetahui kesalahan orang; ~ ketam (burung, udang, dll) menangkap ketam (burung, udang, dll); ~ laba (untung, wang) berusaha (bekerja) utk mendapat laba (untung), berusaha (bekerja) utk memperoleh rezeki; ~ muka melakukan sesuatu dgn tujuan mendapat pujian (drpd majikan dll); ~ nama berbuat sesuatu (berusaha) utk mendapat nama (sanjungan, kemasyhuran) drpd orang; ~ punca berusaha utk mengetahui sebab-sebab (kejadian, perselisihan, dll); ~ tahu hendak tahu akan hal sesuatu; enau ~ sigai prb perempuan mencari laki-laki; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perolehan | sesuatu (barang, hasil, dll) yg diperoleh: ~ padi tahun ini lebih baik drpd tahun lalu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemeroleh | pihak (orang, firma dsb) yg memperoleh sesuatu: pindaan itu membolehkan pihak yg berkenaan memindahkan hak milik tanah kpd mana-mana ~ menerusi perakuan pemberian hak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
karmin | (Bio) pigmen berwarna merah yg diperoleh drpd sj serangga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perantis | orang yg bekerja dgn tujuan utk memperoleh pengetahuan dan kemahiran dlm sesuatu bidang: dia menjadi ~ di sebuah kedai dapur arang; perantisan; latihan ~ latihan sbg seorang perantis (utk memperoleh pengetahuan dan kemahiran); keperantisan latihan dan kerja sbg perantis: dia berjaya menamatkan ~ selama enam tahun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |