langlang | 1. = melanglang menjalani (utk memeriksa dll), mengelilingi; 2. orang yg mengembara (meronda dll), peronda, pengembara; ~ buana peronda dunia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peronda | 1 orang yg meronda: polis (askar) ~. 2 sesuatu yg digunakan utk meronda: kereta ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
peronda | 1 orang yg meronda: polis (askar) ~. 2 sesuatu yg digunakan utk meronda: kereta ~. | Kamus Pelajar |
ronda | 1. = meronda berjalan berkeliling kerana berkawal (menjaga keselamatan): polis ~ di jalan-jalan raya utk mencegah berlakunya rusuhan; 2. perbuatan berjalan berkeliling kerana berkawal; 3. = peronda orang atau sesuatu yg menjaga keselamatan (di jalan raya, di laut, di kampung, dll): polis ~; askar ~; kapal peronda; 4. Mn bersiar-siar, makan angin; rondaan perjalanan berkeliling utk meronda, hasil meronda: polis melakukan ~ mengejut di kawasan itu utk menangkap penagih-penagih dadah; perondaan perbuatan (kerja-kerja) meronda. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kereta peronda | kereta yg digunakan oleh polis utk meronda di jalan raya dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kereta peronda | kereta yg digunakan oleh polis utk meronda dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kapal peronda | kapal yg meronda utk menjaga keamanan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melanglang buana | peronda dunia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengakap | 1. peronda, peninjau; 2. pandu laki-laki. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengakap | 1 pasukan peronda; peninjau. 2 anggota pertubuhan pandu lelaki (pertubuhan yg ditubuhkan utk membentuk watak, tatatertib dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |